Melihat bintang satu hiasan,
Bayangannya ada di kali,
Masih menanti satu keputusan,
Keputusannya hanya sekali.Mid : kita akan beranjak ke pusingan ketiga!! Sila ambil tempat masing-masing sebab pusingan ini sangat menarik.
Pengawal Jagat : oi cepatlah!
Mid : nampak sangat tak sabar nak kalah.. hahaha.. sebelum itu.. biar lah saya mulakan dengan satu pantun tekan teki.Penonton setuju dan teruja.
Mid : Lelaki itu bertapa berkurun, apa dia naik tak pernah turun?
Semua orang mula berfikir. Nampak jelas ada yang sedang kebingungan..
Mid : haa jawab lah.. hahaha..
Salwa : budak ni. Masih kecik pun pandai teka teki ..
Tok Laba : tengok lah dari mana dia datang.. hahaha..
Salwa : eeee.. apa jawapan dia?
Tok Laba : abah pun tak tau.Raja Muda juga cuba mencari jawapan nya.
Raja Muda : dua tiga telur hangus, jawapan dia hingus!
Semua terdiam mendengar jawapan Raja Muda.
Mid : ampun tuanku, salah jawapan nya..
Penonton pula ada yang menjerit jawapan nya..
"Angin!"
"Layang-Layang"
"Harga ikan"Semua orang di situ memandang pemuda yang memberikan jawapan harga ikan tadi.
Mid : salah! Semua salah..
Pengawal Jagat : apa jawapan nya?
Mid : baiklah.. jawapan nya adalah...... Buih..Penonton serta merta menepuk tangan nya dengan kuat. Kenapa mereka tak memikirkan nya?
Mid : di persilakan perserta naik ke atas panggung atau pentas ini. Kerana pusingan ini menentukan siapa yang akan menang.. jadi siap sedia semua.
Yunus dan Jagat naik ke pentas. Jagat dengan wajah yang yakin sedang kan Yunus dengan wajah yang serius dan risau.
Mid : ditangan saya sekarang ada syiling. Pilih antara satu belah.
Jagat : kepala.
Yunus : bunga ..Mid pun melontarkan syiling itu ke atas.. dannnn... Dapat bunga ..
Yunus : fuh nasib baik..
Mid : baiklah kita mula kan dengan Yunus ....
Yunus : makan asam muka berkerut,
Semut berkumpul melihat gula, kalau lembu makan rumput, nasi makan apa?
Mid : itu dia soalan yang di lempar oleh Yunus. Apa ye jawapan dia?Jagat mengangkat tangan untuk bertanya.
Jagat : boleh saya balas dengan dua rangkap?
Mid melihat Raja muda. Baginda mengangguk tanda boleh. Jagat faham. Penonton juga kebingungan dengan jawapan nya. Ada yang tolong jawab kan dengan menjerit-jerit.
"Nasi makan air"
"Padi"
"NASI DIMAKAN"
Namun tiada seorang pun memberi jawapan yang betul. Yunus juga tidak memandang penonton.
Jagat : Jalan Anggerik belok ke kanan, jawapannya Nasi Makanan.
Mid : apa kah betul?Tanya Mid kepada Yunus.
Yunus : betul.
Tok laba dari tempat penonton menepuk dahi nya.
Tok Laba : matilah kita.. kalah lah.
......
Mid : sekarang kita ke Jagat.. silakan pantun tek teki nya.
Jagat : malam raya pasang pelita, apa dia yang selalu ikut kita?
YOU ARE READING
Raja Pantun
PoesíaBerkisarkan zaman dahulu dimana sebuah penempatan yang setiap gaya bicaranya haruslah di selitkan dengan berpantun. Tersebutlah kisah tentang seorang pemuda yang kalah dalam pertandingan berpantun, mempertaruhkan semua harta, pangkat dan darjat nya...