Bab 1 Terima

245 15 58
                                    

Al-kisah sebuah negeri yang di dalamnya terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sutera. Adanya pun kampung itu sungguh unik dari gaya berkata-kata mereka. Setiap perbuatan, setiap kelakuan mahupun setiap malam keraian sentiasa di selitkan dengan pantun.

Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.

Kampung Sutera dahulunya ada seorang pemuda yang di gelarkan "Raja Pantun" yang hebat ilmunya. Sentiasa ada buah fikiran untuk membeli dan menjual pantun.

Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.

Namun sayangnya, pemuda itu kalah dalam pada kali terakhir dia masuk bertanding. Pertandingan itu bukanlah pertandingan apa-apa. Ianya cuma cabaran dari seorang pemuda anak tok penghulu kampung sebelah. Dia mewakili Kampung Beraya menentang Yunus dari kampung Sutera. Akibat lagak sombongnya, dia hilang kesemuanya. Termasuklah harta bendanya, maruah dan darjatnya sebagai orang yang terhormat di kampung itu.

Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.

Sebelum memulakan cerita, izinkan ;

Merah sungguh biji saga,
Tinggi mentari barulah ia terjaga.

Yunus yang tidur di kandang kuda terjaga apabila dia terasa bahang matahari. Sebenarnya waktu itu sudah pun tengahari. Dia pun bangun dan berjalan-jalan di kampung itu. Sedang dia berjalan-jalan dengan pakaian lusuh yang berwarna hitam itu, tok penghulu memanggilnya.

Tok Laba : Yunus! Sinilah. Kau dah makan tengahari belum?
Yunus : hihihi. Belum Tok..
Tok Laba : haaa sini lah.
Yunus : Cantik permaisuri memakai celak, orang dah mengajak tak kan kita nak menolak.. kan?
Tok Laba : haa silakan naik. Tapi sebelum tu.. si luncai terjun dengan buah labu, cucilah kaki dahulu..
Yunus : baik tok..

Yunus pun naik ke beranda rumah Tok penghulu itu. Makanan sudahpun tersedia di situ. Dia pun terus memakan makanan itu dengan bacaan doa.

Tok Laba : aku ni bukan apa yunus. Dah 2 tahun kamu dalam keadaan begini semenjak kalah dengan Jalah. Kamu tak nak ke buat sesuatu?
Yunus : bukan apa tok, inilah perjanjian. Saya orang yang menepati janji. Saya tak boleh buat apa-apa.
Tok Laba : Jatuh dalam jurang lembah, sungguh kamu orang yang tabah.
Yunus : bodoh dungu pak pandir, kita mestilah menerima takdir.
Tok Laba : betul kata kamu.

Kembali ke dua tahun sebelum itu..
Yunus bertanding kerana ditentang oleh Jagat, anak tok penghulu Kampung Beraya. Semuanya pantun yunus bagus dan sempurna namun dia kalah pada pusingan "Pantun Teka-teki"...

Ketika Yunus sedang makan di beranda rumah Tok penghulu, anak kedua nya datang. Masih kecil dalam usia 10 tahun.

Tok Laba : mid, sini. Inilah lah raja pantun kampung ni..
Yunus : bekas...
Mid : ohh inilah orang yang kalah pantun teka teki tu.
Yunus : mana ada...
Mid : abang benar-benar pandai ke?
Yunus : air perigi yang tenang di baling batu, sekarang kau ujilah aku.

Mid pun terus memikirkan soalan teka-teki yang harus dia jual kepada Yunus.

Mid : baiklah dah dapat. Dengarkan walaupun di bungkus bukanlah kiriman,sudah takdir Tuhan yang satu, meskipun ditanam bukanlah tanaman, cuba teka apakah itu? Haaa jawab jawab..
Yunus : wah, kecil lagi dah boleh empat kerat..
Tok Laba : biasalah pantun teka-teki.. haa jawablah. Tadi kata pandai.
Yunus : dua kerat boleh? Sebab tengah makan ni.
Mid : hentam sajalah.
Yunus : baiklah. Orang Pakistan jual tarbus, jawapannya ialah jagung rebus.. kan?
Mid : hahahah jauh betul pembayang yang saya bagi dengan jagung..
Yunus : eh betullah.. jagung rebus mana boleh tumbuh kalau tanam.
Mid : itu tanaman.. yg ni bukan tanaman.
Yunus : haaa apa dia?
Mid : jawapannya mayat lah..
Tok Laba : iya lah.. mayat.. pembayang yang kedua dah dapat petunjuk. Apalah kau ni yunus.. hahaha..

Yunus sememangnya lemah dalam teka teki. Otaknya sentiasa berfikir logik. Selesai makan, dia pun beredar.

Yunus : pucuk paku daun selasih, saya ucapkan terima kasih.. kenyang saya hari ni..
Tok Laba : pergi mendaki di gunung tahan, alhamdulillah rezeki Tuhan..

Yunus pun berjalan di sekitar kampung itu. Tatkala dia terdengar suara-suara yang mengutuk tentang kekalahannya, keadaan nya dan hidupnya. Pada saat itu, dia sedar akan sesuatu. Waktu dulu dia kaya dan terhormat, orang-orang kampung memandang tinggi dengannya. Apabila keadaan nya sudah begini, orang-orang malah benci padanya. Tak apalah fikirnya. Biarlah kita tak suka orang asalkan jangan benci orang. Nasibnya sebegini sememangnya sudah ketentuan Ilahi yang berkuasa.

Pun begitu, dalam hati kecilnya dia berasa bangga kerana orang-orang mengamalkan budaya pantun dari setiap sudut. Ketika orang sedang membeli ikan orang pun turut berpantun. Dalam gurauan juga masih berpantun. Sekurang-kurangnya kampung ini aman dan sentosa. Dia pergi ke sebuah pokok dimana sejauh mata memandang terdapat sebuah sungai yang mengalir perlahan. Bunyi-bunyian alam sungguh menenangkan hati dan perasaan. Yunus duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Terlihat anak-anak gadis yang baru pulang dari mencuci baju di sungai. Para gadis itu mendekati Yunus.

Salwa : hei orang muda! Duduk berehat di bawah pokok beringin, sambil mengail memancing ikan,
Wajah mu tidak ku ingin, apatah lagi keberadaan tidak di alu-alukan!..

Kawan-kawan kepada gadis itu ketawa ..

Yunus : ketawa mengilai akan si beruk, melihat kambing duduk di bangku, hei gadis berperangai buruk, engkau tidak layak menemaniku.

Wajah gadis itu berubah ketika mendengar kata-kata yunus.

Salwa : gua di jadikan tempat berteduh, sungguh kelakuan masih angkuh!

Dia pun pergi dengan wajah yang kesal. Sedangkan Yunus hanya tersenyum kecil. Salwa anak sulung Tok penghulu Laba.. orang nya putih kekuningan cantik berseri. Orangnya suka menyindir dan mengacau orang lain. Kalau tak di ingatkan dia anak tok penghulu sudah tentu dia akan kacau gadis itu dengan lebih teruk. Cantik? Memanglah cantik tetapi jika berperangai seperti itu siapa yang nak? Salwa juga di kenali sebagai Ratu Pantun kerana dia petah ketika menjual pantun. Dia memang menjadi pujaan pemuda di kampung. Semasa di usianya 15 tahun dia pernah dipinang oleh pemuda kampung itu namun dia menolaknya dengan kasar. Sekarang umurnya sudah 19 tahun. Bila-bila masa dia akan berkahwin. Berfikir tentang kahwin, Yunus terasa mahu berkahwin. Tetapi siapa yang mahukan dirinya dalam keadaan begini.

Yunus : mungkin kalau aku berkahwin dengan seseorang , nasib aku akan berubah. Aku pernah dengar orang kata kahwin ni pembawa rezeki. Ya! Itulah yang aku lakukan esok. Sebab sekarang aku nak tidur..

Makan isi dalam buluh rebung,
Bersambung.....

Tahun ini tak dapat balik beraya,
Tapi jangan lupa vote yaaa.. hahaha

Raja PantunWhere stories live. Discover now