Batu belah batu bertangkup,
Menjunam badan membunuh diri,
Boleh di buka, boleh di tutup,
Lalu di kunci, di simpan dalam peti.Apakah ia?
Dua hari kemudian, Abu yang sedang di gerai nya seperti biasa masak makanan untuk di jual. Dia bersyukur kerana akhir-akhir ini semakin ramai yang datang bertandang. Kebetulan waktu itu, Yunus singgah di gerainya untuk makan.
Yunus : rindu Mee Ayam kau. Rasa nya sangat unik.
Abu : nah makan. Jangan lupa bayar.
Yunus : kau pun tahu kalau aku sedang berjalan-jalan, aku tak bawa duit. Gaji aku bayar lah.
Abu : ye lah. Baru ada masa nak duduk kejap. Makin ramai datang.
Yunus : ya.Yunus terus kan makan sambil mendengar celoteh si Abu.
Abu : aku ingat nak buka lagi satu kedai. Dekat hujung kota. Biar pelanggan tak payah berjalan jauh dari sini. Kan?
Yunus : Alhamdulillah. Kenyang..
Abu : kau dengar tak apa aku cakap tadi.
Yunus : ya dengar. Bagus cadangan kau. Nanti aku tolong kau buka gerai kat sebelah gerai kau.
Abu : bukan! Kat hujung kota.. aduh..
Yunus : maafkan hamba, sesungguhnya hamba begitu lapar.
Abu : lapar? Apa saja yang kau buat kat istana tu? Bukan buat kerja susah.
Yunus : susah lah.
Abu : berkat kau, hampir seluruh kota ingin belajar pantun. Tiba-tiba kau dah jadi orang kaya. Hahaha..
Yunus : itu semua rezeki dan atas izin-Nya.
Abu : aku pun nak buat macam kau. Suatu hari nanti, aku akan cipta satu puisi yang indah dan di baca oleh semua orang.
Yunus : baguslah. Anak nelayan tak makan ikan, Adat yang baik jangan kita lupa kan.
Abu : ya betul.
Yunus : jadi, macamana kau nak kerja nanti? Tak kan lah kau berada di dua tempat dalam satu masa yang sama?
Abu : itu lah. Tengah fikir. Siapa yang bagus untuk aku turunkan resepi Mee Ayam aku. Kalau boleh aku nak perempuan lah.
Yunus : kenapa pula?
Abu : saja, biar seimbang ada lelaki ada perempuan. Hahaha..
Yunus : ceh. Aku bagi tahu puteri nanti baru tahu.
Abu : ehh.. aku cakap je. Cari pekerja. Cakap fasal perempuan, macamana perempuan yang Raja jumpa tu?
Yunus : entah lah.. dah dua hari tak bangun.. kata tabib istana, dia kekurangan zat.
Abu : ohhh begitu....Di istana pula, di tempat pembaringan perempuan itu. Dayang istana yang menjaganya sedar dia telah sedar.
Dayang : kamu tak apa-apa?
Wanita itu hanya mengangguk-angguk. Mungkin dia sedang bingung..
Dayang : jangan takut. Kamu berada di istana raja. Raja Muliadi Shahbar menemui kamu ketika dalam perjalanan pulang. Kamu terbaring tertatih di jalan.
Datang lah Raja Muda bersamanya dayang yang memanggil Raja tadi untuk memberi perkhabaran. Raja suggut terpikat dengan wanita itu. Wanita itu sungguh cantik dan ayu. Baginda memimpin tangan wanita itu untuk bangun. Kemudian, baginda membawanya menuju ke hadapan istana untuk melihat permandangan indah kota tersebut. Sungguhpun istana raja itu berada di atas bukit.
Raja muda : siapakah kamu wahai perempuan yang memikat hati beta? Hendak ke mana, apa gerangan kamu boleh terbaring di jalan itu.
Salwa : ampun tuanku.
Raja Muda : oh jangan begitu. Anggaplah beta seperti yang lain nya. Lagi pun kamu tetamu di kerajaan beta.
Salwa : baiklah tuanku. Hamba bernama Salwa, anak kepada Tok laba di kampung Sutera.
Raja Muda : hahaha..Raja Muda tiba-tiba ketawa.
Salwa : apakah tuanku kenal dengan ayah patik?
Raja muda : oh tidak kenal.
Salwa : kenapa tertawa?
Raja Muda : saja..Raja Muda berpaling dan mengeluarkan sebuah buku tentang memikat gadis.
Raja Muda : berani buku ini menipu beta..
Katanya dalam keadaan berbisik.
Raja Muda : pengawal. Ambil buku ni dan bakar. Tak boleh di harap.
Pengawal : menurut titah Tuanku.
YOU ARE READING
Raja Pantun
PoetryBerkisarkan zaman dahulu dimana sebuah penempatan yang setiap gaya bicaranya haruslah di selitkan dengan berpantun. Tersebutlah kisah tentang seorang pemuda yang kalah dalam pertandingan berpantun, mempertaruhkan semua harta, pangkat dan darjat nya...