Hari perjuangan tidak terganti,
Namun zaman tetap berubah,
Masa depan jangan di nanti,
Hanya kita yang mampu menambah.Menambah sesuatu di dalam hati yang kosong, agar ia berbahagia sentiasa. Keadaan kampung Sutera masih biasa. Mereka tidak terasa apa-apa setelah kehilangan Yunus. Hanya beberapa orang yang masih terasa.
Di sebuah gerai, Tok Laba mengeluh sesuatu kepada kawan-kawannya.Tok Laba : dah 4 hari si Yunus ni hilang. Entah hidup atau tidak. Kalau hidup dah makan ke belum, kalau mati mana tubuhnya.
Kawan 1 : tak payah risau lah. Apa sangat lah budak tu.
Kawan 2 : ya betul. Hanya merayau-rayau dalam kampung ni je.Tok Laba menghentak tangan nya di meja.
Tok Laba : kamu lupa ke apa yang buat kampung ni boleh kekal berdiri begini sampai sekarang? Semua sebab Yunus! Kamu semua hanya menjunjung tinggi orang yang berada, bila orang tu jatuh kamu cuma memijak dia bila dia terjatuh.
Kawan 2 : kamu cakap baik-baik sikit ya Laba. Mentang-mentang kamu ketua kampung di sini.
Kawan 2 : mati mat jenin kerana kelapa, Putus kawan pun tak pa..
Tok Laba : cih, mungkin sebab ni lah dia pergi dari kampung ni. Kamu semua lupa apa kebaikan dia. Potong buluh ia berolah, karma datang baru berlelah !Tok Laba terus pergi meninggalkan kawan-kawannya itu. Dia marah dengan sikap orang kampung. Bagaimanalah seorang Yunus yang masih muda mampu menahan cacian makian di kampung ini? Dia saja sudah marah.
Baru sahaja Tok Laba ingin mencuci kakinya sebelum masuk ke rumah, ada seseorang memberi salam.
Jagat : Assalamualaikum!
Tok Laba : waalaikumussalam!! Eh kamu.. jagat kan?
Jagat : ya ..Jagat dengan beberapa orang yang bersama dengannya baru sampai di Kampung sutera sambil menaiki kereta lembu yang gagah. Ada juga beberapa menaiki kereta kuda. Mereka itu ialah anak buah Jagat, dari Kampung Beraya.
Tok Laba : ada apa kedatangan kamu ke sini?
Jagat tersenyum kecil. Seolah-olah ada makna tersembunyi di balik senyuman nya.
Jagat : nak cabar orang berpantun dengan saya. Apa kata Tok lawan saya dulu?
Tok Laba : tak ingin aku. Kamu tu kalau cabar ada sahaja pertaruhan..
Jagat : eh bukan begitu tok. Saya mencabar sambil mencari hadiah. Kalau saya kalah saya juga bagi hadiah tok. Bukan nya saya lari. Hadiah itu cuma petanda saya menang.
Tok Laba : cari orang lain lah. Aku ni sibuk urus kampung.
Jagat : ya lah tok. Pegang pisau takut terhunus, tok mana si Yunus?
Tok Laba : dia dah pergi dari kampung ni.
Jagat : hahaha dia juga takut dengan kehebatan saya.Datanglah anak Tom Laba, Mid .
Mid : apa mereka buat di sini abah?
Tok Laba : anak kambing sudah berbulu, hanya cuma menumpang lalu.
Jagat : matahari sudah pun men-jingga, jangan risau kami ada tenda.
Mid : saya ingat abang ni. Abang yang kalahkan Abang yunus masa tu kan?
Jagat : kuat juga ingatan budak ni. Ya memang. Mahu uji pantun teka teki?
Mid : Limau bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung, Harimau di hutan lagi kutangkap ,Inikan pula cicak mengkarung.....Jagat terpegun melihat kefasihan budak itu dalam berpantun..
Jagat : hmm baiklah. Dengarkan baik-baik.. Masuk ke hutan menjerat si Nuri, terjerat pula ia dalam sabut, kalau adik bijak bestari, binatang apa yang 3 kali sebut?
Mid kelihatan nya sedang berfikir.
Tok Laba : Mid, hati-hati jawab. Sebab pantun teka teki ni la si Yunus tu kalah.
Jagat : oh jangan risau. Ini cuma sekadar uji menguji. Saya belum mencabar seseorang dengan rasminya.
Mid : akan saya jawab teka teki itu.
Jagat : silakan..Kata jagat dengan yakin.
Mid : serangga ada 6 kaki,
Di tanya pula oleh si abah,
Kalau bayar ada baki,
Jawapannya labah labah la-bah ..Seketika Jagat terpegun lagi. Budak ini handal juga. Walaupun agak bertunggang-balik, namun jawapannya tepat. Jagat hanya tersengih dan berlalu pergi.
Tok Laba : apa jawapan nya ?!
Jagat tidak mengendahkan Tok Laba.
Mid : betul lah tu. Sebab tu dia pergi.
Tok Laba : wah hebat anak abah! Walaupun pantun tadi agak hancur tapi jawapan betul. Kamu mungkin boleh jadi pengganti Yunus bila besar nanti.Mid hanya tersengih malu.. seketika itu, Jagat bertemu orang-orang kampung dan mencabar mereka untuk berlawan pantun dengan nya. Pada mulanya mereka tidak mahu tetapi setelah melihat hadiah yang di bawa oleh si Jagat itu hadiah yang bernilai. Mereka terus mahu..
Namun .....Malam itu, beberapa orang kampung datang ke rumah Tok Laba.
Orang Kampung 1 (OK1) : tok !!! Tokk!!
Suasana riuh rendah di depan rumah Tok Laba. Tok Laba keluar membuka pintu dan menanyakan apa gerangan terjadi?
OK1 : tok, jagat tok. Dia cabar kami berpantun kemudian...
Ok2 : dia rampas rumah kami tok!!! Mana kami nak tinggal malam ni!!!Ada yang tenang, ada panik dengan keadaan itu. Tok Laba menunjukkan wajah yang sedikit terkejut namun dia sudah menduga semua ini terjadi.
Tok Laba : yang kamu menerima cabaran nya kenapa?
Ok3 : dia tawar kan kami emas tok!!
Ok2 : selepas kami kalah, dia terus mengambil hak milik kami.
Ok 4 : ya, padahal dia tidak bagitau apa yang akan dia ambil. Bila dah kalah, baru dia cakap tok!
Tok Laba : sabar jangan gundah.
Ok1 : macamana kami tak rasa gundah tok. Kami anak beranak nak tidur mana tok. Kami semua ada keluarga tok.
Tok Laba : tenang semua.Mid keluar dari rumah dalam keadaan mamai.
Mid : pergi berehat di pokok sena, sudah terkena baru merasa.
Mereka semua terdiam. Tidak tahu harus berbuat apa.
Tok Laba : jadi sekarang dimana jagat?
Ok2 : dia di rumah rumah kami tok. Bersama rombongan nya.
Tok Laba : ya, dia anak orang kaya. Mana mungkin tidur di tenda.
Ok1 : macamana tok?
Tok Laba : jangan risau.. saya minta malam ini saja. Tidur lah dulu di kandang kuda itu. Bawa semua barang-barang kamu. Kita akan fikirkan ini sama-sama esok.Mereka agak kepenatan dan mengantuk. Tok Laba menunjukkan tempat kandang kuda itu. Bertuah sungguh kandang ini banyak tempat kosong. Jika di ingat kembali, di sinilah Yunus selalu tidur. Itu lah yang di fikir Salwa. Dia membawakan beberapa kayu api bersama Mid. Untuk menghangatkan suasana sejuk di situ.
Ok1 : saya mula rasa menyesal. Dulu orang kampung selalu ejek si Yunus tidur di kandang kuda.. sekarang kami mendapat balasan.
Salwa : orang menggali mendapat timah, jangan runsing, ada hikmah..
Tok Laba : benar. Jadikan apa yang berlaku sebagai pelajaran...Kini sudah 7 hari Yunus menghilang. Entah di mana dia berada... Selama itulah, jagat terus mempermainkan orang kampung dengan cabaran pantun nya. Dia merampas rumah, hak dan mencuba mencari hamba-hamba yang cantik untuk di rumahnya. Siapakah di antara orang di kampung Sutera dapat menyelamatkan mereka? Sekarang ini cuma ada dua iaitu Salwa, ratu pantun dan Mid, budak yang handal..
Bersambung.....
YOU ARE READING
Raja Pantun
PoésieBerkisarkan zaman dahulu dimana sebuah penempatan yang setiap gaya bicaranya haruslah di selitkan dengan berpantun. Tersebutlah kisah tentang seorang pemuda yang kalah dalam pertandingan berpantun, mempertaruhkan semua harta, pangkat dan darjat nya...