Sungguh lembut kain baldu,
Di beli pula oleh si nyonya,
Sudah lama kita menunggu,
Siapa pula akan jadi pemenangnya.Jagat pun memulakan pantun untuk menjual kepada Salwa.
Jagat : Lawa cantik si burung merak, selalu di pakai dan selalu di pijak. Apa kah aku?
Orang kampung dan orang yang ada di situ juga turut memikirkan jawapan nya. Namun Salwa terlebih dulu mendapat jawapan.
Salwa : Lemas di darat terkapar-kapar, sudah tentu jawapannya selipar.
Pengadil : apakah betul tuan jagat?
Jawab Salwa dengan tersenyum sinis. Jagat hanya mengangguk.
Jagat : amboi, hebatnya dia.
Pengadil : baik lah. Kita akan mula kan pusingan kedua yang akan menjual pantun pada kali ini Salwa!!!
Jagat : lebih-lebih pula anak buah aku ni.
Salwa : Pagar rumah haruslah teguh, apa benda yang kita nampak tapi tak boleh di sentuh?
Jagat : waa boleh tahan. Susah ni..Lama juga Jagat berfikir sehingga kan dia kehabisan waktu.
Pengadil : waktu sudah habis. Jika anda tiada jawapan, bererti anda kalah.
Jagat : hehehe sudah tentu ada. Cuma betul atau salah je. Saya mahu menggunakan satu peluang saya. Saya ingin bertanya kepada seseorang.Pengadil itu mengizinkan permintaan Jagat. Dia memanggil anak buah dia.
Jagat : kau rasa apa jawapannya?
A. B : mungkin angin.
Jagat : tak tak tak. Angin kita tak nampak.Jagat ketika itu melihat kebawah dan terus menemukan jawapan nya.
Jagat : Sungguh tinggi terbang si layang-layang, jawapannya bayang-bayang.
Pengadil : benarkah cik Salwa?
Salwa : betul.
Anak-anak buah jagat bersorak kuat di situ.
Pengadil : ok pusingan ketiga. Masih belum ada yang kalah!! Sila kan Tuan Jagat...
Jagat : Hebat bersilat hang tuah, percaya orang buat kawan, berduri bukan buah, berlubang bukan cawan. Haa jawab!!
Salwa : hmm empat kerat ya sekarang.Salwa juga memikirkan banyak jawapan. Tetapi dia memegang beban orang kampung yang ingin harta benda nya di kembalikan. Jika dia menjawab salah, alamatnya semua orang kampung jadi hamba abdi si Jagat.
Pengadil : cik Salwa, anda sudah kehabisan masa. Ada jawapan atau tidak?
Salwa : saya ingin menggunakan peluang untuk bertanya dengan adik saya. Mid.Mid pun datang ke Kakak nya.
Mid : kenapa?
Salwa : banyak jawapan yang dapat. Agak-agak apa dia?
Mid : pantun 4 kerat memang susah sikit teka teki nya. Sebab mengelirukan.
Salwa : jadi mid rasa ? Apa jawapannya?
Mid : Kuih donat.
Salwa : ya boleh jadi. Jap, kuih donat mana ada duri.
Mid : mangkuk mungkin.
Salwa : ya itu jawapannya.Salwa pun mula ingin menjawab pantun dari Jagat.
Salwa : Singa menerkam dari tengkuk, jawapan yang pasti adalah mangkuk!
Salwa menjawab soalan itu dengan yakin. Mungkin dia terbawa suasana. Melihat Jagat hanya tersenyum, orang kampung pun bersorak riang.
Jagat : Terdengar orang sedang menangis, tersedu-sedan tidak terkata, ooh maafkan hamba cik adik manis, jawapan sebenar adalah mahkota.
Mereka yang ada di situ terkejut dengan jawapan sebenar dari Jagat. Salwa tersentak bagai tak percaya. Matanya berkaca-kaca seperti mahu menangis. Dia kalah! Sedangkan Jagat menang.
Jagat : baiklah, secara tak langsung saya adalah ketua kamu semua. Jadi mulai hari ini. Kamu harus berkerja dengan saya. Jadi hamba abdi saya.
Orang kampung : tidak! Tak mungkin!!
Salwa : jagat! Tolong jangan buat kami macam ni.Salwa mula merayu.
Jagat : Sungguh rendah darjat kamu.
Jagat tepuk tangan nya dua kali.
Jagat : bawa mereka ke ladang baru kita.. ladang lembu.. suruh mereka kerja. Jika enggan sebat mereka dengan buluh.
Anak-anak buah jagat pun menuruti arahan. Tok laba hanya mampu memeluk Mid. Dan orang kampung bagaikan orang gila kerana dengan sekejap mereka hilang kesemuanya.
Jagat : oh kau. Ingat tak lagi pasal perkahwinan kita?
Salwa : tidak!! Aku tak akan berkahwin dengan kau. Tak ingin dan tak rela aku!Jagat agak terguris dan dengan marah.
Jagat : ikat dia kat pokok belakang rumah. Jangan bagi dia makan sampai esok pagi.
Anak buah : baik tuan..Siang itu pun berlalu dan di ganti dengan malam. Ketika itu orang-orang kampung hanya dapat tidur di kawasan ladang tersebut dan berkhemah. Isteri tok laba juga mengeluh. Dia lebih salahkan penduduk kampung. Dia menjerit sambil menyedarkan orang kampung. Namun orang kampung cuma duduk terdiam. Ada yang berangkat mahu tidur. Ada yang masih di unggun api sambil minum air hangat. Tok Laba pula menerima nya dengan hati terbuka. Dia berkumpul dengan orang yang ada di unggun api.
Tok Laba : entah apa nak jadi dengan kita ni.
Ok 1 : tu lah. Lelaki, perempuan dan budak kena paksa jadi hamba abdi.
Ok 5 : kalau raja tahu ni, tentu baginda murka.
Ok 9 : ya benar. Baginda tidak suka dengan perbudakan seperti ini.
Tok Laba : itu dia! Kita kena jumpa Raja!! Dengan itu masalah kita selesai.
Ok 2 : cakap senang lah. Siapa pula yang rela keluar dari kampung?
Tok Laba : kamu semua ni pengecut!
Ok 2 : sudah lah Laba. Kami dah penat dengar omelan isteri kamu tadi.
Tok Laba : tak boleh jadi ni.. kita mesti berbuat sesuatu.Mid tiba-tiba datang dengan tergesa-gesa.
Tok Laba : kenapa kamu ni Mid?
Mid cuba ambil nafas dahulu.
Mid : kakak... Dia ...mereka.. haaa kahwin esok.
Tok Laba : apa?! Mari mid..Tok Laba dan anaknya Mid mengintai dari semak samun di belakang rumah. Tiada penjaga yang menjaga Salwa. Namun tetap bahaya kerana dekat dengan bilik jagat. Mereka harus menyelamatkan Salwa dengan senyap.
Tok Laba : kamu ada pisau?
Mid : sentiasa bawa.
Tok Laba : dengar sini.. kita akan selamat kan kakak kamu. Jadi apa-apa terjadi lepas ni. Abah harap kamu bertahan sehingga bantuan datang.
Mid : saya nampak je macam ni, tapi saya orangnya kuat.Mereka pun bergerak perlahan-lahan ke pokok itu. Tempat Salwa di ikat.
Salwa : Abah? Mid?
Mid : shushh perlahan sikit suara tu.Mereka pun berjaya menyelamatkan Salwa. Ketika Salwa ingin pulang ke Ladang, Tok laba menahannya.
Tok Laba : bukan sana Salwa.
Salwa : habis tu?
Tok Laba : kalau kamu pergi sana, orang-orang jagat akan mencari kamu di sana selepas mereka sedar kamu hilang.
Mid : habis tu kemana kak salwa nak pergi?
Tok Laba : kamu kena lari dari kampung ni. Pergi jumpa raja dan dapatkan bantuan. Ceritakan semuanya.
Mid : bijak idea tu.
Tok Laba : biasalah..
Mid : idea tu yang bijak, bukan orang nya.
Tok Laba : esok kamu buang tahi lembu dan cuci.
Mid : bergurau je..
Salwa : tapi bah....Mereka pun pergi kerumah senyap-senyap. Mereka mengambil bekalan makanan dan peta menuju ke sana.
Tok Laba : maafkan abah tak dapat ikut kamu. Ini semua demi kebaikkan kita semua. Mereka pun tak syak kami yang menyelamatkan kamu.
Salwa : saya paham ayah.
Mid : hati-hati kakak..
Tok Laba : jadi, semoga kamu selamat pergi dan balik. Lari salwa, lariii...Bersambung
YOU ARE READING
Raja Pantun
PoetryBerkisarkan zaman dahulu dimana sebuah penempatan yang setiap gaya bicaranya haruslah di selitkan dengan berpantun. Tersebutlah kisah tentang seorang pemuda yang kalah dalam pertandingan berpantun, mempertaruhkan semua harta, pangkat dan darjat nya...