Berbohong boleh sekali sekala,
Kalau selalu buruk padahnya,
Hukuman sudah pun bermula,
Hanya menunggu waktu tiba.Yunus duduk berlutut di padang itu dan di perhatikan orang ramai. Ramai yang bersedih akan hukuman Raja Muda itu .. datang lah seorang tukang penghukuman pancung. Dia mengangkat pedangnya lalu memancung kepala Yunus...
........................................................................
Salwa : Yunus!!!
Salwa berkeringat apabila dia bangun dari tidurnya. Ternyata itu mimpi. Dia sedar sekarang waktu senja. Dia terus mengambil wuduk dan sembahyang. Sungguh dia hanya berdoa sepanjang malam. Dia tidak di perbolehkan bertemu Yunus di penjara.
Dia menangis setiap doa nya. Bersungguh-sungguh meminta pertolongan.1 hari lagi......
Abu mengedarkan puisi baru yang dia buat. Ramai yang tersentuh dengan puisi nya. Katanya puisi itu sungguh puitis bak pujangga. Orang mula bertanya asal usul silasilah keluarga Abu. Namun Abu tidak tahu kerana dia anak Yatim. Hampir semua orang kota suka akan puisi itu.. ketika di gerai....
Orang Kota 1 : wah indah sungguh puisi ini. Tak sangka kau ada bakat ini.
Abu : biasa je. Saja-saja nak buat...Abu menjadi bualan ramai ketika itu. Dia sudah menjadi terkenal hanya dengan satu hari. Sedang Abu sibuk menyediakan makanan untuk di jual. Datang seorang wanita manis dipandang. Semua orang melihat wanita itu meluru ke arah Abu.
Orang Kota : uhhhh abuuuuuu.. ada buah hati...
Abu : haish tak ada lah.. hahaha
Hanis : abang, saya nak kerja dengan abang boleh tak?
Abu : hah?
Hanis : saya sanggup buat apa saja.
Untuk Abang Abu yang terkenal. Kalau saya dapat kerja dengan abang, mesti kawan-kawan perempuan saya cemburu. Hehehe..
Abu : hahaha.. hanya sebab tu? Nak kerja lama ke sekejap?
Hanis : insya-Allah lama bang.. saya boleh ringan kan kerja abang. Saya bukan nak menggoda abang. Saya nak kerja dengan orang terkenal. Boleh tak?Kebetulan Abu mahu membuka satu lagi gerai di hujung kota. Kalau perempuan ini kerjanya bagus, dia boleh lah jaga kat sana.
Abu : duduk kat mana?
Hanis : hujung kota tu. Jauh saya berjalan.
Abu : wah macam tak di sangka.. pucuk di cita, ulam mendatang.. boleh wahai perempuan yang manis. Nama mesti hanis.
Hanis : eh macamana abang tahu?
Abu : eh betul ke? Main sebut je.. hahaha..Bermulalah satu lembaran baru dalam hidup si Abu.. dia mengajar gadis muda itu dari mula. Takdir sahaja memihak kepada Abu. Apakah takdir memihak juga pada Yunus?
Keesokkan harinya... Tiba lah waktu hukuman mati terhadap Yunus. Yunus di ikat tangannya. Menuju ke padang besar di kaki bukit. Tempat itu kebiasaannya digunakan Raja untuk berlatih memanah dan tombak. Ramai orang datang pagi itu. Mengelilingi yunus. Mereka memandang Yunus yang diam tak bermaya di tengah dari jauh.
O.K 75 : aku pernah pergi berperang. Inilah tandanya orang itu akan mati. Mereka akan jadi lemah tidak berdaya seperti ini..
Mendengar kata orang kota 75 itu, mereka hanya terdiam. Suasana sunyi sehinggalah Raja datang dengan singgahsana yang di bawa oleh pengawal.. Tukang penghukuman pancung itu sudah ada di situ. Salwa berdiri dekat dengan Raja Muda. Dia masih bersedih. Kelihatan matanya menjadi merah kerana menangis. Abu juga ada di kerumunan orang-orang itu. Tidak dapat di gambarkan perasaan nya. Wazir juga berada di sana bersama Raja Muda.
Raja Muda : pengawal! Jalankan Hukuman..
Pengawal : ada kata kata terakhir?Yunus hanya diam..
Salwa : kekanda janganlah begini. Dinda akan berkahwin dengan kanda. Lepaskanlah dia.
Raja Muda : oh tidak! Jangan berharap..
YOU ARE READING
Raja Pantun
PoetryBerkisarkan zaman dahulu dimana sebuah penempatan yang setiap gaya bicaranya haruslah di selitkan dengan berpantun. Tersebutlah kisah tentang seorang pemuda yang kalah dalam pertandingan berpantun, mempertaruhkan semua harta, pangkat dan darjat nya...