LILY1

11 0 0
                                    

                        Dia melangkah keluar dan papan tanda di letak diluar pintu, dia melihat kedainya dan tersenyum kecil. Hari ini terasa lebih semangat dari semalam. Ini bermakna sudah lima hari dia buka kedai ini, kedai yang sudah terlalu lama dia inginkan. Dia melangkah masuk dan berharap keuntungan hari ini berlipat ganda, dia tersenyum dan berlalu ke hujung kaunter. Kerja mengubah bunga harus dia lakukan segera sebelum bunga layu. Penuh berhati-hati dia mengubah bunga-bunga hidup itu, dia senyum selepas gubahan itu selesai. Dia begitu berpuashati. Dia teringat kata guru yang mengajarnya seni mengubah, kalau hati tidak puas selepas mengubah bermakna pelanggan juga tidak berpuas hati dengan hasil itu. Gubahan itu diletak dihadapan kedai sebagai daya tarikkan pelanggannya.

Dia memandang jam di dinding, hari sudah lewat dan pelanggan terakhir sudah pun melangkah keluar dari kedainya. Dia bersedia untuk menutup kedai bunga itu bila ada suara menyapa.

"Nak tutup?"

Dia memandang lelaki itu, lelaki muda barangkali seusianya. Kemas bergaya, anak orang berada tentu sekali. Dia senyum dan mengangguk.

"Boleh kalau saya nak beli sekuntum bunga ros merah?" tanyanya.

"Sekuntum?"

"Tolonglah, penting?" suara lelaki itu diikuti anggukkan kepala. Dia melihat lelaki itu, kelihatan lelaki itu begitu mengharap.

"Okey," ringkas jawapannya dan mencapai sekuntum ros merah dari peti sejuk dan membungkusnya. Kemudian diserah ke tangan lelaki itu dan wang bertukar tangan.

"Terima kasih, cik dah menyelamatkan saya," ujar lelaki itu sebelum berlalu. Dia ketawa kecil dan segera berkemas untuk pulang ke rumah. 

CINTA SI PENJUAL BUNGAWhere stories live. Discover now