LILY4

15 1 0
                                    

                             Dia berpuas hati dengan aturan jambangan bunga yang telah dia susun. Kemudian, dia menghampiri tuan rumah untuk memberitahu yang dia sudah bereskan kerjanya. Jam sudah menunjukkan jam 11 pagi, dia perlu segera kembali ke kedainya. Risau jika ada pelanggan yang mahu membeli bunga-bunganya namun dia tidak membuka kedai. Suara sapaan membuat dia menghentikan langkah dan menoleh. Dia terkejut namun tersenyum.

"Awak di sini?" suara lelaki itu.

"Ada tempahan bunga untuk Datin Syikin. Awak?"

"Saya pengapit lelaki..."

Dia tersenyum. Lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan kad nama.

"Itu kad nama saya... Saya Muzzamil." Suaranya selepas kad nama bertukar tangan.

"Lily Karleena. Panggil saja Lily. Maaf saya ada kerja... En. Muzzamil nak ros merah sekuntum lagi?"

"Hari ni tidak. Orang itu outstation."

Lily Karleena tersenyum dan minta diri untuk berlalu.

                       Petang itu seperti biasa, lelaki bernama Muzzamil itu muncul. Lily Karleena tersenyum, menanti dihadapan muka pintu. Lelaki itu mendekatinya dan mereka berdepan. Wangian dari Dunhill menusuk rongga hidungnya.

"Ini Datin Syikin hantarkan, katanya balance bayaran bunga awak?"

"Hairan, kenapa En. Muzzamil pula yang disuruh."

"Kebetulan saya lalu disini jadi dia minta untuk diberi pada Cik Lily."

Lily Karleena tersenyum dan memalingkan wajahnya.

"Dah nak tutup kedai?"

Gadis itu mengangguk dan mereka beredar ke luar kedai. Lelaki itu turut membantu menutup pintu kedai.

"Saya belanja Cik Lily minum?" ajak Muzzamil.

"Lain kali?"

Muzzamil mengangguk dan minta diri untuk pulang. Lily Karleena tersenyum dan masuk ke dalam perut keretanya.

CINTA SI PENJUAL BUNGAWhere stories live. Discover now