Doa selepas solat baru saja selesai dibaca, kemudian dia terus ke dapur. Malam ini dia mahu makan roti sardin saja. Alat kawalan jauh dicapai dan rangkaian 40 di saluran ASTRO dipasang. Dia mengeluh, tiga tahun dia berhijrah dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur namun macam selalu dia kesepian. Umi di kampung sering bertanya bila dia mahu pulang atau bila dia mahu bernikah. Namun, kedua dua soalan itu tidak berjawapan. Biarlah... fikirya, ada jodoh kahwinlah dia nanti. Roti sardin habis dimamah, dia bersandar disofa. Iklan di kaca televisyen itu membuatnya terkenangkan seseorang. Lelaki yang sering membeli sekuntum bunga ros. Kenapa lelaki itu selalu lewat agaknya? Dia menghela nafas, alangkah bagus kalau dia dapat lelaki sebegitu sebagai temannya. Dia menguap dan mengeliat kecil. Dia harus masuk tidur awal, lagipun esok dia akan membawa 3 jambangan bunga untuk satu majlis perkahwinan di Puchong.
YOU ARE READING
CINTA SI PENJUAL BUNGA
RomanceSIAPA YANG TIDAK SUKA BUNGA? CINTA SEMUA ORANG MENCARI CINTA SEJATI... TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA?