Bangunan itu sudah dihadapan mata, enjin Kelisanya tidak dimatikan. Nafasnya turun naik laju, Lily Karleena mematikan enjin keretanya dan dia melangkah keluar dari perut kereta itu. Dia melangkah perlahan menuju ke tempat yang dinyatakan oleh gadis itu tadi. Dia dapat lihat seorang gadis melangkah keluar dari bilik itu.
"Awak? Gadis penjual bunga?"
Lily Karleena sedikit kaget, haruskah dia meneruskan langkahnya atau... Mazlina senyum dan membawanya masuk ke dalam bilik itu. Lily Karleena memandang gadis itu. Mazlina mengangguk kecil dan mereka mendekati katil itu.
"Dia kemalangan... doktor kata kecederaannya parah dan barangkali tiada peluang untuk sembuh," ujar Mazlina tanpa dipinta. Lily Karleena memandang tubuh yang terbaring dengan wayar-wayar yang melekat di tubuhnya. Lily Karleena mengesat air matanya. Mazlina mengeluh dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua, dari balik pintu dia dapat melihat perbuatan gadis penjual bunga itu. Mazlina pasti gadis itu sukakan abangnya, pintu itu ditutup.
Lily Karleena memandang tubuh itu, wajahnya lesu disebalik ketampanan. Dia merenung wajah lelaki itu, tiada senyuman dan tiada teguran mesra yang dilontarkan. Dia terkenang kata-kata Mazlina, kemungkinan lelaki itu tidak akan sembuh. Lily Karleena menarik nafas panjang. Takkan sembuh? Kenapa insan sebaiknya boleh jadi begini. Tangannya singgah dibirai katil dan masih memerhati. Lily Karleena mengeluh. Dia berharap lelaki itu akan lekas sembuh, gadis itu berlalu melangkah keluar dari bilik itu. Dia bertembung dengan Mazlina.
"Terima kasih kerana sudi jumpa dengan dia," suara gadis itu. Lily Karleena hanya memandang kemudian mengangguk. Dia melangkah tetapi berhenti dan berpaling.
"Doktor tidak cuba untuk memulihkannya?"
"Mereka sedang mencuba, kita doakan keselamatannya sama-sama?" ujar Mazlina. Lily Karleena mengangguk dan berlalu.
YOU ARE READING
CINTA SI PENJUAL BUNGA
RomanceSIAPA YANG TIDAK SUKA BUNGA? CINTA SEMUA ORANG MENCARI CINTA SEJATI... TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA?