Muzzamil mengangguk dan minta diri untuk pulang. Lily Karleena tersenyum dan masuk ke dalam perut keretanya.
Panggilan telefon kedengaran, tangannya segera mengangkat dan pantas dia mencapai pen dan kertas.
"Cik Lily, saya Muzzamil."
"Oh? Kenapa En. Muzzamil?" tanyanya. Hairan juga kerana lelak itu menelefonnya. Ada tempahan barangkali.
"Maaf saya terpaksa telefon Cik Lily. Boleh tak, Cik hantar 21 kuntum ros merah di alamat ni sebelum jam 5 petang."
Lily Karleena mengangguk sambil tangannya menulis alamat yang akan dia hantar jambangan bunga itu. Panggilan itu berakhir. Dua puluh satu kuntum bunga ros merah... lelaki hebat. Gadis itu mengeluarkan 21 kuntum bunga ros merah dan mula mengubahnya. Tinggal 3 jam lagi sebelum jam lima petang, dia pasti sempat untuk mengubah sekaligus menghantar jambangan itu. 1 jam lagi jam lima petang. Dia harus segera untuk menghantar bunga itu. Agak susah juga untuk dia mencari alamat yang dinyatakan oleh lelaki itu. Lily Karleena memerhati sekeliling, dengan jambangan bunga itu dia melangkah keluar. Seorang pemuda awal 20an muncul.
"Cik Mazlina ada?" tanyanya.
"Mazlina? Sekejap saya cari dia. Duduklah, cik." Suara pemuda itu dan berlalu meninggalkannya. Dia memandang sekeliling, pasti syarikat antarabangsa. Hebat, gadis itu sehebat lelaki yang memilihnya.
"Awak cari saya?" satu suara menyapa. Dia menoleh, gadis itu menyambutnya dengan senyuman. Wajahnya seiras Muzzamil.
"Ros merah 21 kuntum," suara Lily Karleena.
"Abang saya ingat juga hari lahir saya. Saya ingat dia lupa."
"Abang?" tanya Lily Karleena.
"Abang kandung saya, dia ke Kuantan ada urusan kerja. Awak ni penjual bunga yang dia selalu beli kan?"
"Erk!"
"Cantik... Terima kasih," suara gadis itu dan berlalu. Lily Karleena kaget seketika dan ketawa kecil. Dia berlalu.
YOU ARE READING
CINTA SI PENJUAL BUNGA
RomanceSIAPA YANG TIDAK SUKA BUNGA? CINTA SEMUA ORANG MENCARI CINTA SEJATI... TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA?