Sebulan berlalu, lelaki itu tidak muncul-muncul. Dia kehairanan, jam enam petang dan lelaki itu tidak juga muncul. Mungkin belum balik dari urusan di Kuantan. Dia mengeluh, hari makin lewat dia harus pulang. Tetapi entah kenapa dia masih tertanya-tanya kenapa Muzzamil masih belum muncul. Bukan kerana bayaran ros merah yang tertunggak tetapi sudah terlalu lama dia tidak menatap wajah itu. Lily Karleena melangkah lemah keluar dari kedai dan mengunci pintu kedai itu. Kelisanya dipandu melintasi tol Sg. Besi dan dia menuju ke rumahnya. Langkahnya lemah masuk ke dalam rumahnya. Dia menghela nafas. Dia mengeringkan rambutnya yang basah dan duduk disofa, entah kenapa dia hanya merenung dinding yang kosong itu. Lontaran keluhan bermain lagi di bibirnya. Susunan nafasnya tidak teratur dan dia diserang kebosanan.
"Aku ditakdir sendiri?" ngomelnya sendiri. Bunyi rintik hujan diluar kedengaran, dia berdecit. Semakin lebat hujan di luar semakin sunyi dia merasakan dirinya.
Lily Karleena tekad mencari lelaki itu. Berdasarkan kad nama yang diberikan padanya dulu, dia gagah mencari. Pintu kaca ditolak, Lily Karleena menghampiri kaunter yang ada disitu.
"Selamat pagi, saya nak jumpa dengan En. Muzzamil. Dia ada?" tanya Lily Karleena. Gadis yang ada di kaunter pertanyaan memandangnya. Wajahnya seperti terkejut mendengar pertanyaan itu.
"Cik mencari En. Muzzamil? Dia..."
Kata-kata gadis itu terhenti. Lily Karleena memandang, ingin tahu. Akhirnya, gadis itu menceritakan segalanya dan menyerahkan sekeping kertas kepadanya. Dia jadi longlai, kemudian melangkah pergi tanpa suara. Lily Karleena memandang jalan raya, tanpa dipinta airmatanya melimpah. Lily Karleena menghidupkan enjin keretanya dan menuju destinasinya. Air mata masih lagi mengalir, dia memujuk diri untuk bertenang tetapi masih tidak berjaya.
YOU ARE READING
CINTA SI PENJUAL BUNGA
RomanceSIAPA YANG TIDAK SUKA BUNGA? CINTA SEMUA ORANG MENCARI CINTA SEJATI... TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA?