LILY2

5 1 0
                                    

                            Hari baru bermula lagi, beberapa bekas mengandungi bunga segar segera dibawa masuk. Jika lewat bunga-bunga itu pasti layu dek panahan matahari. Sesekali matanya memandang sekiranya ada pelanggan yang mahu membeli bunga. Waktu masih terlalu awal untuk orang membeli bunga itu bermain difikirannya. Hari ini dia lega kerana ada tempahan untuk majlis perkahwinan jadi dia tidak menang tangan membuat gubahan. Perutnya berkeroncong, baru dia tersedar waktu makan tengahari hampir terlepas tetapi dia belum lagi menjamah makanan. Dia berlalu ke gerai berhampiran untuk membeli makanan, dia tahu kalau dia tak makan gubahan yang terhasil pasti buruk. Kalau dimatanya sudah nampak buruk apatah lagi dimata pelanggan.

Sudah separuh ros merah dan ros putih sudah habis dijual. Entah kenapa hari ini pelanggan begitu inginkan kedua ros itu, hendak dikatakan hari ke.kasih sudah lama berlalu barangkali mereka mahu menyambut Krismas yang akan dirayakan lusa. Dia sudah bersedia untuk menutup kedainya.

"Hai..."

Dia menoleh dan tersenyum. Kaca matanya dibetulkan dan dia menghampiri lelaki itu.

"Ros merah sekuntum?" suaranya.

Lelaki itu ketawa kecil, wajahnya tersipu dan mengangguk.

"Bertuah perempuan yang bakal menerima ros merah ni."

"Dia sukakan ros merah. Jika tak dibeli merajuk pula."

Mereka ketawa dan lelaki itu berlalu selepas wang bertukar tangan. Dia sempat memerhati lelaki itu yang melangkah masuk ke dalam perut kereta. Hyundai Sonata itu berlalu pergi dan dia segera menutup pintu kedai, alat pengera kereta ditekan. Kereta Kelisa miliknya meluncur laju menuju ke rumahnya.

CINTA SI PENJUAL BUNGAWhere stories live. Discover now