Untitled Part 8

5 0 0
                                    

                             Dia memandang ke luar pintu kacanya, dia perlu berjumpa dengan lelaki itu. Hatinya kurang selesa hari ni. Pantas tanganya mencapai kunci. Dia kembali ke ruangan itu, dia terkejut melihat katil itu kosong. Dia memandang sekeliling, semua sudah dikemas. Lily Karleena melangkah keluar dari bilik itu.

"Cik, tumpang tanya... Orang bilik ni ke mana?"

Jururawat itu menjengah ke bilik yang ditunjukkan.

"Semalam peguam keluarganya datang, keluarganya minta dia dibawa ke Amerika untuk menjalani rawatan," terang gadis itu.

"Amerika??? Bila dia bertolak?"

"Pagi tadi... Cik ni siapa?"

Lily Karleena membisu, dia siapa? Dia pun tak tahu jawapan yang patut diletakkan.

"Kawan... hanya kawan."

Dia berlalu, kecewa dan sedih.

Masa berganti tanpa disuruh dan tanpa paksaan, dia melihat dirinya di cermin-cermin kedai itu. Dia dah jauh berubah, dia bukan lagi Lily Karleena 4 tahun yang lalu. Dia sudah berjaya dengan perniagaanya, perniagaan bunga eksotik yang akan dipasarkan diluar negara. Dia mengeluh dan melangkah, melewati kedai-kedai itu dan langkahnya terhenti. Direnung kedai itu, kedai bunga... kedai bunga miliknya suatu ketika dulu. Dia menjualnya untuk memulakan perniagaan. Lily Karleena menghela nafas dan melangkah masuk ke dalam kedai itu. Wangian bunga menyelubungi ruangan itu. Dia terasa seperti kembali sewaktu kedai ini masih miliknya. Seorang gadis muncul dengan senyuman, dia membalasnya.

"Cik nak beli apa? Kami ada buat gubahan kalau cik mahu?"

Lily Karleena memandang gadis itu, terkenang dia waktu mula-mula buka kedai, tanpa pengalaman dan disinilah semuanya bermula. Lily Karleena memandang sekeliling.

"Ini kedai awak? Cantik?"

"Terima kasih... cik tengoklah. Kami ada bunga segar dan bunga plastik serta keluaran terbaru, bunga kristal."

"Tak mengapa, saya pusing-pusing dulu."

Gadis itu faham dan membiarkan Lily Karleena berlegar dikedai itu, Lily Karleena terpandang satu loceng angin dan menghampirinya. Indah sekali bunyian loceng angin itu.

"Empat tahun saya mencari awak dan awak disini?"

Lily Karleena terkejut dengan suara itu, pantas dia menoleh. Dia terkejut melihat wajah dan senyuman itu. Lelaki itu menghulurkan sejambang lili putih, tangannya mengeletar untuk mengambil bunga itu.

"Lily, ini untuk awak... seindah nama awak." suara lelaki itu.

Dia kaku tak bersuara hanya memandang wajah itu. Air matanya mengalir, lelaki itu mencapai sapu tangannya dan segera mengesat air jernih itu.

"Lily, terlalu lama saya mencari awak. Jangan awak sambut saya dengan air mata, tetapi sambut saya dengan senyuman manis yang terlalu lama saya rindukan."

"En. Muzzamil... Saya... saya terlalu gembira sehingga tak mampu untuk saya ukirkan senyuman."

"Awak masih pandai bergurau seperti 4 tahun dulu."

"Jom kita pergi..."

"Ke mana?"

"Menunaikan cinta saya pada awak," suara Muzzamil dan menarik tangan gadis itu.

"Awak bergurau kan, En. Muzzamil?"

Lelaki itu membuat tanda senyap, dimulut Lily Karleena

"Panggil saya Muzzamil dan tak... kali ni saya serius. Lily Karleena, saya cintakan awak..." bicara lelaki itu.

Lily Karleena tidak percaya apa yang dia dengar. Lelaki itu cintakannya, dia ketawa kecil kerana sehingga kini rasa yang ada di hatinya hanya untuk lelaki bernama Muzzamil.

"Family awak?"

"Mereka gembira kerana saya sembuh kerana awak, Lily?"

"Saya? Apa yang dah saya lakukan..."

Kad nama awak yang sentiasa ada ditangan saya... ketika kemalangan itu. Kad ini berada ditangan saya, Lily."

Lily Karleena memandang lelaki itu kemudian mengalihkan matanya ke arah kad kecil yang sedikit kusam ditangan lelaki itu, pantas dia mendongak dan memandang wajah itu seakan-akan bertanya apa yang terjadi?

"Saya cuba menghubungi awak ketika itu kerana... kerana saya ingin meluahkan perasaan saya pada dan... ianya terjadi. 4 tahun saya tak sedar dan sebaik sedar, Mazlina menceritakan kehadiran awak dihospital dan kad nama ini tidak pernah lekang ditangan saya sehingga saya pulih semula."

Lily Karleena tersenyum dan memalingkan wajahnya.

"Saya tidak akan meninggalkan awak lagi dan awak jangan tinggalkan saya?" suara lelaki itu. Lily Karleena menatap wajah itu dan mengangguk. Muzzamil mencapai tangan wanita itu dan mereka melangkah keluar menuju ke destinasi yang akan mereka tujui.

TAMAT

CINTA SI PENJUAL BUNGAWhere stories live. Discover now