"Korang dah dengar ke pasal wasiat baru Tok Syed?" Ketiga lelaki di meja bulat itu saling memandang antara satu sama lain.
"Wasiat apa?" Luth buat-buat tanya. Padahal dia dah tahu dulu disebabkan Ummi dia kan anak kesayangan Tok Syed, datuk mereka bertiga.
Iyalah. Gila tak sayang? Hajah Syarifah Zalina itu kan satu-satunya anak perempuan yang Tok Syed ada. Pulak tu, anak bongsu.
"Atuk engkorang tu buang tebiat buat wasiat baru." Asytar yang sedang sibuk bermain PUBG itu menyampuk.
"Ohhh..." Luth buat-buat angguk kepala. Betul-betul menjiwai watak bodohnya itu.
"Wasiat apa?" Noah yang selalu sibuk dengan dunianya sendiri itu bertanya.
Asytar mencarut apabila karakter game nya mati disebabkan bom yang dibaling oleh pihak musuh. Telefonnya segera dimatikan sebelum dia angkat muka, memandang wajah sepupu-sepupunya itu.
"Kononnya cucu yang berjaya kahwin sebelum habis tahun ni, Atuk nak bagi separuh harta Keluarga Syed dekat dia." Balas Asytar sekadar menyampaikan apa yang dia dengar dari ibu dan ayahnya sebelum datang ke rumah keluarga besar ini.
"Mantul." Luth angkat sebelah ibu jari, kagum.
"Pemenda la atuk ko tu. Yang aneh aneh jelah. Dia ingat jodoh tu boleh beli dekat mamak ke." Noah cebik bibir.
Memang dalam banyak-banyak cucu, Syed Noah Aaric ini sahaja yang paling berani melawan. Mulut dia memang sejenis tak ada insurans takaful. Mungkin disebabkan faktor dia lahir dan membesar dekat Berlin dulu.
Tapi entah lah.
Yang penting sekarang, wasiat baru Tok Syed.
"So kita bertiga nak berlumba ke menangkan wasiat baru Atuk?" Luth betulkan cermin matanya yang sudah mula melorot ke batang hidung.
Noah dan Asytar angkat bahu.
"Nak menang wasiat macam mana, aku calon pun tak ada." Balas Asytar dengan muka monyok.
"Dude, same." Noah tumbuk bahu Asytar, perlahan.
Nak dijadikan cerita juga, dalam banyak-banyak cucu lelaki Tok Syed ada, tiga ketul ini lah yang paling jarang ada isu pasal percintaan.
Syed Asytar Khair yang terlalu sibuk dengan kerja.
Syed Noah Aaric yang terlalu narsis sampai dia rasa tak ada perempuan yang layak bersanding dengan dia dalam dunia ni.
Dan Syed Luth Asyfar yang terlalu dingin dengan homosapien atas muka bumi.
Memang tiga serangkai ini tak pernah ada bahan untuk digosipkan oleh skuad makcik bawang dalam group chat Keluarga Besar Tok Syed.
Lain sungguh dengan sepupu-sepupu yang lain. Yang kalau boleh tiap bulan adaaaaa je gosip baru pasal perempuan. Seperti contoh sepupu mereka yang lain yang bernama Daniel, yang selalu bertukar pasangan macam tukar baju.
Dan disebabkan wasiat baru Tok Syed yang tiba-tiba viral, tiga serangkai ini mula tak senang duduk macam cacing kepanasan.
Mana tidaknya, dan-dan je mak ayah diorang dok paksa-paksa suruh cepat-cepat kahwin. Sebab masing-masing nakkan harta Tok Syed yang kalau 10 keturunan makan pun tak habis-habis.
Asytar serabut, sebab memang dia tak ada calon.
Noah akal panjang, laju je dia cari Mek Klate made in Ganu si Naira untuk bantu dia. (Yang sudah pastinya ditolak mentah-mentah oleh gadis itu.)
Dan Luth.... Tetap Luth. Dia buat pekak je dengan paksaan Umi Walid tu. Sampailah tiba-tiba je ada bunga yang masuk dalam kehidupan Luth yang selama ini tenang dan aman damai.
Ini cerita tentang Asytar dengan Azkia.
Ceritera Noah dengan Naira dan.....
Hikayat Luth dan Orked.
Agak-agak, siapa cucu yang bertuah akan memenangi wasiat Tok Syed?
(7:31 PM, 5 November 2021)
Syed Asytar Khair (26 tahun)
Syed Noah Aaric (25 tahun)
Syed Luth Asyfar (25 tahun)
republish: Sun, 22 Sept 2024 04:12AM
tajuk lama: OP NIKAH
YOU ARE READING
CUCU TOK SYED
RomanceKisah perjuangan cucu-cucu kesayangan Tok Haji Syed Sulaiman untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis idaman mereka sebelum hujung tahun.