"Bagi aku tiga sebab kenapa aku mesti tolong kau?" Yasmin Naira memandang angkuh lelaki yang lengkap dengan sut hitam di hadapannya ini.
Geram betul Naira. Tengah-tengah fokus dalam kelas tiba-tiba je makhluk aneh yang bernama Noah Aaric ini muncul dalam bilik kuliahnya. Pula tu, selamba badak Noah sahaja meminjam Naira dari pensyarah yang sedang mengajar di kelasnya tadi!
Oh, sebelum terlupa. Noah ini pembantu pensyarah di kolej tempat Naira belajar.
Dan jangan tanyalah kenapa Naira berani berperilaku tidak sopan dengan Noah. Semua disebabkan ulah lelaki itu sendiri!
Noah punca Naira hilang respect pada dia sebab jantan yang satu ini terlalu narsis. Narsis nak mampos!
Tahu lah kumpulan penyanyi terkenal asal Korea Selatan tu bawak konsep "Love Yourself". Tapi si Noah ni, bukan takat love yourself je. Kalau ada kempen Cintai dan Idolakan Diri Sendiri, memang Naira calonkan Noah jadi duta kempen tersebut!
Lagipun umur mereka tak jauh mana. Noah baru 25 tahun. Naira pula, 23. Alah setakat beza dua tahun apa ada hal? Naira beza umur dengan abang sulung dia dekat 10 tahun pun selamba je mereka beraku-kau.
Belakang Ibu dengan Ayah lah tapi. Mana berani Naira nak beraku-aku dengan si abang sulung bila depan mak ayah dia yang pure Kelantanese itu.
Mahunya meminta kena kejar sekampung dengan penyapu lidi Ibu.
"Sebab yang pertama, aku kacak. Kau beruntung akan dapat suami hesmes macam aku. Nanti kalau kita ada anak, mesti diorang pun semua hesmes hesmes belaka. Kalau dapat genes aku la tapi." Balas Noah dengan percaya diri.
"BODOH." Maki Naira. Nyaris sahaja dia hendak menampar Noah dengan buku law yang setebal dosa di tangannya.
"Sebab yang kedua, come on Naira. Kau tak nak harta ke? Atok aku kaya tau. Harta dia tu kalau dapat kat kita, 10 keturunan makan pun tak habis." Noah keluarkan hujahnya lagi.
"Kau nak kaya kaya ni nak pergi mana? Dunia ni dah nak kiamat dah, Noah. Buatnya harta tak habis pakai, tak pasal-pasal je buat berat timbangan dekat akhirat nanti!" Cemuh Naira lagi.
Noah terdiam. Dia agak terasa dengan respon Naira tadi tapi dia buat-buat tak faham bahasa Melayu.
Tak apa, IC Noah pun bukannya IC Malaysia. Dia kan made in Germany.
"Yasmin--- kau kena tolong aku. Tak ada orang lain dah yang boleh tolong aku selain kau seorang je." Noah memandang Naira dengan muka kesian yang jelas dibuat-buat. Membuatkan gadis itu mendengus sebal.
"Kenapa aku? Kat luar sana bersepah perempuan cantik-cantik yang kau boleh upah diorang untuk kahwin kontrak dengan kau. Kenapa mesti aku? Dahla aku ni tak habis belajar lagi. Kau expect aku mampu ke nak bahagi masa dengan nak study, dengan nak kena layan kau sebagai isteri lagi nanti? FYI Encik Noah Aaric, saya ni diri sendiri pun tak terjaga tau. Tak kuasa lah saya nak jaga orang gila macam awak ni." Naira membebel panjang lebar. Semput jugaklah dia sebab memang dia bercakap dengan satu nafas.
Noah diam. Tiba-tiba dia terfikir, ada betul juga cakap Naira ini.
Dekat luar sana kan ramai lagi perempuan yang pasti akan setuju dengan permintaan Noah tanpa fikir panjang? Jadi kenapa dia... Mesti mengharapkan Naira?
"Lagipun Noah, aku tak rasa Tok Syed tu sampai hati nak pilih-pilih kasih dekat cucu dia dengan guna harta. Entah-entah atuk kau tu memang sengaja nak suruh korang bertiga cepat-cepat kahwin sebab risau kalau-kalau korang tak laku. Who knows." Ucap Naira lagi.
Noah tarik muka masam. Naira dijelingnya dengan tajam.
Amboi, perempuan ni. Suka-suka hati dia je ya nak mengata Noah tak laku? Heyyy dia ni Syed Noah Aaric lah!
Petik je jari, seribu datang beratur tau!
Tapi tulah,
Dalam seribu yang datang beratur itu...Tiada seorang Yasmin Naira.
#########

ANDA SEDANG MEMBACA
CUCU TOK SYED
RomanceKisah perjuangan cucu-cucu kesayangan Tok Haji Syed Sulaiman untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis idaman mereka sebelum hujung tahun.