"Korang ingat lagi tak perempuan gila yang aku jumpa dekat Jakarta dua tahun lepas?" Asytar pandang Luth dan Noah dengan muka serius.
"Perempuan gila yang mana satu?" Sebelah kening Noah terangkat. Tangannya yang sibuk mengacau ais dalam gelas berisi air pepsinya berhenti.
"Alah, perempuan yang berebut McFlurry dengan aku masa kau dengan Luth tengah sibuk buat vlog dulu." Balas Asytar yang mula merasa kesal bila Noah tak ingat tentang peristiwa gelap itu.
"Oh, ingat. Yang lastnya dia curah aiskrim dekat muka kau tu kan? HAHAHAHAHAHAHA." Noah ketawa jahat apabila teringatkan kejadian memalukan itu.
Dulu, dua tahun lepas. Semasa mereka bertiga mengadakan "bro trip" ke Jakarta, Indonesia yang sempat buatkan Asytar trauma sebab dia bergaduh dengan seorang pelancong yang sama-sama berasal dari Malaysia di restoran makanan segera Mekdi.
Puncanya, salah faham pasal benda kecil je. Aiskrim mereka tertukar. Asytar cuma mahukan McFlurry durian dia yang tertukar dengan McFlurry oreo perempuan tu, eh tahu tahu je mereka bergaduh.
Perempuan tu tuduh Asytar sengaja buat aiskrim diorang tertukar sebab Asytar nak mengorat dia. Padahalnya staff mekdi tula yang salah! Lepas dah perang mulut sampai berbakul sumpah seranah keluar, perempuan tu curah aiskrim berperisa durian tersebut ke muka Asytar.
Dan sejak peristiwa itu, Asytar disahkan trauma dengan semua restoran makanan cepat saji terutamanya McDonalds. Kalau sampai tahap dia craving gila gila pun, sanggup dia order delivery je daripada keluar pergi beli sendiri.
"Kenapa tiba-tiba mention pasal dia?" Tanya Luth, prihatin.
Asytar mencebik. Tisu di tangannya dicabik-cabik.
"Aku jumpa dia pagi tadi. Surprisingly--- dia klien baru aku." Balas Asytar sebal.
"HAHAHAHAHAHAHAHA." Noah ketawa jahat lagi. Puas hati betul dia tengok muka monyok Asytar itu.
"Kau ni, tak baik lah." Luth memukul perlahan bahu Noah.
Tapi kalau dah namanya Syed Noah Aaric, bukannya makan saman. Lagi dia bantai gelak berdekah adalah.
"Kalau dah jodoh tu memang tak ke mana Tar. Kau pergilah ngorat awek Mekdi tu. Mana tahu kau kahwin dulu, nanti wasiat Tok Syed tu kita bahagi dua lah. Sebab aku ada jasa support kau cari jodoh." Balas Noah, selamba.
"Diamlah bodoh!" Asytar nyaris nak baling telefon pintarnya ke arah sepupunya itu.
Entahlah. Sejak-sejak viral pasal wasiat baru Tok Syed, hidup Asytar yang dulunya tenang-tenang itu tiba-tiba sahaja jadi kucar-kacir.
Mana tidaknya, asal nampak muka dia je, semua orang dok tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin. Mula-mula yelah Asytar boleh buat bodoh je pasal soalan tu tapi Lama-lama....
SIAPA YANG TAK GERAM BILA DAPAT SOALAN SAMA BANYAK KALI??????
"Haih... Kalaulah Naira tu setuju ikut plan aku, mesti sekarang ni aku yang menang wasiat Tok Syed engkorang tu huhuhu." Noah tiba-tiba merengek.
Luth buat muka jijik bila melihat tingkah laku sepupu yang hanya tua sebulan darinya itu.
"Kau plan apa dengan si Yasmin?" Tanya Asytar. Kebetulan memang dia kenal dengan Naira sebab kakak ipar Naira dulu senior satu kolej dengan Asytar.
"Aku ajak dia kahwin kontrak lima bulan. Lepas aku dapat segala harta wasiat Tok Syed, aku nak ceraikan dia lepastu balik Berlin bukak kilang hot pot hehehehe." Noah terkekeh ketawa sambil menceritakan cadangan bernasnya itu.
"Bodohnya kau ni ya Allah Syed Noah Aaric.... Dekat mana Pak Ngah dengan Mak Ngah kutip kau ni?" Luth sekadar mampu tepuk dahi. Speechless dengan kebodohan sepupu sendiri.
######

ANDA SEDANG MEMBACA
CUCU TOK SYED
RomanceKisah perjuangan cucu-cucu kesayangan Tok Haji Syed Sulaiman untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis idaman mereka sebelum hujung tahun.