Petang itu Luth bersiar-siar dengan motor vespa milik abangnya Syed Adam Eshaal yang dia selalu panggil Bang Ecaal je. Bosan pula dia sebab harini kerja dia dekat studio habis awal.
Dalam kalangan cucu-cucu Tok Syed, cuma Luth seorang yang menyimpang dari dunia bisnes macam sepupu-sepupu dia yang lain sebab Luth kerja sebagai freelancer photographer.
Memang daripada kecil minat Luth ada pada gambar-gambar yang selalu Ummi tunjukkan pada dia. Bila masuk alam dewasa, Luth suka dengan sastera dan bahasa.
Kemudian dia sambung belajar ambil bidang fotografi, sampailah sekarang pun dia kerja dalam bidang yang sama. Betul-betul melanggar hukum alam cucu-cucu Tok Syed yang rata-ratanya berkecimpung dalam bisnes.
Kecuali Noah. Noah tak dikira sebab dia kan cucu pungut.
Taklah. Gurau.
Bodoh bodoh Noah tu pun, dia ahli waris syarikat perkapalan milik keluarga Tok Syed yang diuruskan sepenuhnya oleh bapa Noah, Tuan Syed Zulkarnain. Kerja Noah yang sebagai pembantu pensyarah dekat kolej Naira tu semacam kerja part time dia saja.
Sebab yelah, Noah tu pun sendiri tak betul. Ada hati dia nak mendidik anak bangsa? Tak payah. Karang makin hancur generasi baru ni dibuatnya.
Kembali kepada Luth, dia yang sedang mengendarai motosikal milik abang sulungnya itu berkerut dahi apabila melihat ada plastik yang bergerak-gerak di tepi tong sampah besar itu. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam diri, Luth memutuskan untuk berhenti di tepi jalan.
Luth turun dari motor dan melangkah mendekati plastik yang bergerak-gerak itu. Samar-samar suara anak kucing kedengaran. Luth mula rasa tak sedap hati.
Dan bila Luth sentuh sahaja plastik beras itu, mengucap panjang dia dibuatnya apabila melihat memang ada seekor anak kucing di dalam plastik beras yang sengaja diikat dengan tali rapia itu.
"Astaghfirullahhal'azim anak setan mana yang buat macamni?!" Dada Luth bergemuruh, menahan rasa marah. Cepat-cepat dia lepaskan ikatan tersebut dan mengeluarkan si anak kucing yang malang itu.
Anak kucing yang berbulu putih bersih itu berjalan seperti kucing mabuk. Luth kesian, jadi dia ambil anak kucing itu dibawa ke dalam pelukannya, kemudian diusap-usap dengan penuh kasih.
Memang, Luth ini orangnya penyayang sebenarnya. Lagi-lagi bila dengan haiwan yang lemah, lagi lah nampak sifat penyayangnya itu.
Bang Ecal selalu cakap dekat Umi dengan Walid yang sepatutnya mereka bagi nama Luth ni dengan nama Nabi Allah Sulaiman AS. Sebab Luth lagi sayang dan mesra dengan binatang daripada dengan manusia.
"Kucing awak ke tu?" Tiba-tiba je, ada satu suara menegur.
Suara perempuan.
Luth yang masih mencangkung di tempat pembuangan sampah itu mendongak, matanya langsung bertembung dengan sepasang mata bundar yang berwarna hazel.
Cantik, puji Luth dalam hati.
"Saya jumpa kucing ni dalam plastik beras. Ada orang ikat pakai tali rapia." Balas Luth, jujur.
"Ya Allah sampai macamtu sekali...." Gadis bermata hazel itu mengucap panjang. Terkejut barangkali.
"Boleh saya tengok collar tag dia tak?" Tanya si gadis itu lagi apabila terpandangkan leher anak kucing itu yang ada rantai warna merah.
"Boleh, boleh." Luth bingkas berdiri lalu menyerahkan anak kucing di tangannya kepada si gadis bermata kelabu itu.
"Huwaaaa Ochi!!! Ya Allah nasib baik kakak jumpa awak balik!!!" Gadis bermata hazel itu mula menangis setelah melihat nama yang ada di collar tag anak kucing itu. Siap diciumnya kucing itu selamba.
![](https://img.wattpad.com/cover/290584575-288-k86844.jpg)
YOU ARE READING
CUCU TOK SYED
RomanceKisah perjuangan cucu-cucu kesayangan Tok Haji Syed Sulaiman untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis idaman mereka sebelum hujung tahun.