"Aku rasa Atuk tu lonely lah. Sebab tu dia suka suruh kita semua berkumpul tiap hujung minggu dekat rumah ni." Noah yang sedang asyik mewarna lukisannya di atas kanvas itu bersuara.
Hari itu seperti biasanya semua anak-anak dan cucu-cucu Tok Haji Syed Sulaiman berkumpul di rumah agam keluarga besar itu.
Rutin harian ahli keluarga Tok Syed sejak 5 tahun yang lalu. Bertepatan setelah kematian isteri Tok Syed, Hajah Syarifah Haslina, nenek kepada mereka semua.
"Ko carikan lah Atuk tu isteri baru. Biar dia tak lonely dah. Ko kan kasanova pujaan hati gadis Malaya." Balas Asytar yang masih sibuk dengan game PUBG nya.
Noah cebik bibir. Tahu sangat abang sepupunya itu tengah perli dia. Nasib baik si Luth tak ada dengan mereka ketika itu sebab dia sedang sibuk bermain dengan Sayf, anak saudaranya yang baru berusia 4 tahun di halaman rumah.
"Aku ni kasanova berkelas. Kalau nak suruh carikan Atuk bini baru, baik suruh si Danny tu. Dia kan stock makwe keliling pinggang. Tukar kekasih macam tukar baju." Sindir Noah.
Syed Daniel Elhan atau biasa dipanggil Danny itu spontan berdecit.
"Aii aku diam pun kena jugak??" Sahut Danny tak puas hati.
"Dah ko yang paling muda dekat sini." Asytar bersuara.
Danny rolled eyes. Malas hendak berdebat dengan kedua abang sepupunya itu. Niat dia duduk melepak di gazebo samping rumah ini untuk mengelak dari soalan maut pakcik dan makciknya tentang bila dia akan berkahwin.
Semua sebab wasiat baru Tok Syed itulah! Serabut betul. Danny masih muda kot. Dia belum bersedia hendak berkahwin. Jadi suami orang pun tak layak lagi.
"Naim takde pulak harini. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena buli dengan korang." Danny mengeluh.
Syed Naim Nazhan, cucu lelaki termuda Tok Syed tidak dapat hadir di acara keluarga hari itu disebabkan sedang berada di luar negara atas urusan pekerjaannya.
Jadi Danny yang merupakan cucu lelaki kedua termuda itulah yang menjadi bahan bulian Asytar dan yang lain.
"Danny Danny!" Suara anak kecil kedengaran.
Tak lama kemudian Luth muncul sambil mendukung si kecil Sayf.
"Panggil Abang lah! Abang Danny!" Marah Daniel apabila Sayf memanggilnya hanya dengan nama.
"Abang tengkorak ko! Pakcik lah!" Marah Luth tak terima apabila adik sepupunya itu minta dipanggil abang oleh anak saudaranya.
"Halah Bang Luth ni. Orang baru 23 tau. Abang lah sesuai. Pakcik tu elok untuk umur macam korang ni ha." Balas Daniel dengan selamba. Sayf dibawa duduk di atas pangkuannya.
"Banyak cekadak kau!" Protes Asytar dan Noah bersamaan.
"Padahal beza umur berapa tahun je pun. Dasar perasan muda." Cemuh Luth.
Daniel? Saja dia pekakkan telinga. Buat-buat tak dengar je cemuhan dari abang-abang sepupunya itu.
#######
Wed, 25 Sept 2024 19:45pm
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.