11

5 2 2
                                    

"So benda penting apa yang kau nak cakap, Darwisy?" Soal Naira sebaik sahaja mereka berkumpul di kafe yang diminta oleh Darwisy.

"Kejap la, tunggu Adresia sampai dulu baru aku cakap." Balas Darwisy selamba.

Orked rolled eyes. Malas betul dia nak duduk lama-lama semeja dengan Naira begini tapi disebabkan paksaan oleh Darwisy yang merupakan kawan baiknya dari kecil itu buatkan Orked terpaksa relakan jiwa.

Tak lama kemudian seorang gadis yang berpakaian serba hitam tiba di meja tempat mereka bertiga duduk.

Adresia Rayhan. Kawan baik mereka bertiga.

"Weh sorry do lambat. Harini busy gila banquet." Adresia mengambil tempat kosong di sebelah Naira.

"Okay memandangkan Adresia pun dah sampai, jadi mari kita mulakan." Darwisy bersuara.

Tiga pasang mata tertumpu pada Darwisy disebabkan lelaki itu yang tiba-tiba sahaja buat group chat baharu untuk mereka berempat dan ajak bertemu kerana ada hal mustahak yang hendak disampaikan katanya.

"First of all, aku nak tanya korang bertiga, siapa yang kenal rapat dengan cucu-cucu Tok Syed?" Tanya Darwisy. Orked, Naira dan Adresia dipandang silih berganti.

"Cucu Tok Syed who?" Dahi Adresia berkerut.

"Kau kenal Naim Nazhan yang jadi presiden siswa dekat kolej kan?" Naira bertanya kepada Adresia.

Yang paling muda di antara mereka berempat itu lantas menganggukkan kepala, mengiyakan pertanyaan Naira.

"Kenal gitu gitu jela tapi."

"Naim Nazhan tu cucu lelaki termuda Tok Syed. Dia ada ramai abang-abang sepupu. Kalau kau nak tahu, Sir Noah yang selalu ganti kelas lecturer kita tu pun abang sepupu dia." Balas Naira lagi.

"Lahh?? Muka diorang tak sama pun??" Komen Adresia.

"Memang la tak sama. Bapak Sir Noah tu kan kahwin dengan mat salleh. Yang Naim tu pulak memang pure blood Syed Syarifah." Darwisy yang sudah hafal dengan susur galur keturunan Tok Syed itu kembali bersuara.

"Awisy, straight to the point jela apa tujuan kau panggil kita semua berkumpul harini. Nak cakap pasal cucu-cucu Tok Syed tu ke? Pasal wasiat mengarut Atuk diorang tu?" Orked yang sedari tadi diam akhirnya buka mulut.

"Ehh mana kau tahu pasal wasiat tu?" Darwisy terkejut.

"Kejap, korang cakap pasal wasiat apa ni?" Adresia kerut dahi.

Naira hanya mampu mengeluh pendek.

*****

"Begitulah ceritanya." Darwisy mengakhiri ceritanya. Lelaki itu kemudiannya menoleh ke arah Adresia.

"Ngko faham tak, Cil?" Tanya Darwisy.

Cil, singkatan dari bocil. Bocah cilik, nickname yang Darwisy suka sangat buat panggil Adresia. Alasannya sebab Adresia yang paling muda di antara mereka empat sekawan.

"So basically cucu-cucu Tok Syed tu tengah war sesama diorang siapa yang kahwin dulu akan dapat harta dari Atuk diorang tu? Lahh wattpad sangat. Klise betul storyline." Cemuh Adresia.

Naira yang duduk di sebelah gadis itu hanya mampu tepuk dahi. Dia dah jangka dah respon Adresia akan di luar kotak seperti itu.

"Kejap, aku tak faham la." Respon Adresia kemudiannya buatkan tiga orang di meja itu spontan mengeluh.

"Ya Allah ya Tuhanku, part mana lagi yang kau tak faham, Adresia ku sayang??" Tanya Orked, geram.

"Aku tak faham apa kaitan aku dengan korang dan cucu-cucu Tok Syed tu?? Okay, Darwisy concern sebab bos dia yang garang tu macam ada bau bau nak jadi calon menantu keluarga diorang tu. Lepastu Naira, sebab Sir Noah tu dok kejar kejar dia." Ucap Adresia sambil menoleh ke arah Darwisy dan Naira.

"Kau pulak, Ked. Sebab kau ada kaitan dengan si Luth Luth tu. Habistu kenapa aku kena panggil berkumpul sama ni? Aku bukannya kenal dengan cucu-cucu Tok Syed tu??" Soal Adresia lagi.

Naira dan Orked terus terdiam. Betul juga cakap Adresia itu. Apa kaitan dia dengan cucu-cucu Tok Syed?

Sedangkan Darwisy buat muka menyampah. Ais dalam gelasnya yang sudah kosong itu dikunyah dengan ganas.

"Siapa cakap kau takde kaitan dengan cucu-cucu Tok Syed tu?" Suara Darwisy buatkan Naira, Orked dan Adresia berkerut dahi.

"Si Naim Nazhan tu crush dekat kau, Cil." Balas Darwisy lagi.

"LAHHH???" Orked dan Naira terkejut.

Adresia being Adresia, dia masih blur dengan apa yang baru disampaikan oleh Darwisy itu.

"Mana kau tahu dia suka dekat Adresia?" Tanya Orked laju.

"Aku kan admin base kolej kita. Aku tahu la siapa yang hantar menfess untuk siapa dekat situ." Jawab Darwisy selamba.

"LAHHH ENGKO ADMIN BASE KOLEJ KITAAAA?!??!?!" Kali ini Adresia pula yang heboh.

Sekarang, Darwisy pula yang tepuk dahi. Penat betul dia dibuatnya dengan Adresia yang random ini.

########

Fri, 27 Sept 2024 7:27PM

my quadruple go bestfriends squad 🥹🥹🫶🏻🫶🏻

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CUCU TOK SYEDWhere stories live. Discover now