Gadis Ecru 4

1K 7 2
                                    

Gadis Ecru 4

Baju apa yang perlu aku pakai?

Berapa inci mekap tebal yang aku perlu tacap?

Gaya rambut apa yang aku kena buat?

Semua persoalan di atas merupakan permasalahan yang biasa dihadapi oleh kaum Hawa sekiranya mereka hendak keluar berjalan-jalan.

Namun,aku terkeluar dari senarai kerana aku lansung tidak pedulikan semua itu.

Satu perkataan yang menyifatkan aku iaitu 'Santai'. Seperti yang Omputih cakap “Less is More” yes!! And that is exactly what I am practicing. Not want to attract attention much.

Aku sedang berdiri di pintu depan 1Borneo,"Hish~Manalah budak dua ekor ni?Jenuh aku menunggu."

Kakiku dikuis-kuiskan seperti ayam sedang cari makan.

Tunggu punya tunggu, akhirnya mereka muncul juga.

John yang mengenakan baju t-shirt berlengan pendek yang bercorak abstrak dipadankan dengan skarf dan fedoranya yang berwarna kelabu.Seluar denimnya berpotongan lurus dan lusuh.

Josephine yang mengenakan gaun pendek dipasangkan dengan seluar 'skinny' yang sama warna dengan gaunnya iaitu hijau.Rambutnya diikat ikatan 'fishtail'.

"Fulamak sedondonlah~"Aku memuji mereka berdua sebaik saja mereka sampai dihadapanku.

John berjalan sambil membisikkan kepadaku,"I'm more into youu~"

Aku menoleh untuk memandangnya,"Yeah, right..."

Kami bertiga menuju ke panggung untuk menyemak jadual waktu tayangan filem yang ingin kami tonton,Piranha 3D.

"Joey,kau pasti?"Aku menyoal Josephine kerana aku ragu-ragu hendak menonton cerita thriller begini atau lebih tepat lagi aku takut.

Josephine mengecilkan matamya merenungku sambil tersenyum nakal,"kau takutkan?"

Aku menggelabah akibat soalan yang diajukan Josephine itu dan cuba berdalih,"taklah mana ada..aku cuma takut jalan ceritanya tidak menarik.."

okey,itu alasan bodoh..

John tergelak,"reaksi kau tidak mengatakan yang kau risau tentang perjalanan cerita yang tidak menarik."

Aku memegang mukaku,"mana kau tau?"soalku separuh bengang dengan sikap John yang sering meneka perasaanku.

John membalas,"muka kau pucat~"

Josephine mengangguk ,"aku kenal kau dah lama jadi tak usah nak berdalih lagi.."

Akhirnya aku mengalah,"yalah,yalah."

Aku bersandar pada kaunter membeli tiket. Bibirku muncung menandakan aku tak puas hati dengan seseorang.

Josephine mendekatiku,"Jomlah! John pergi beli popcorn,dia akan menyusul kemudian."

Kami berdua menuju ke 'Hall 8' .

Aku terberhenti di depan pintu masuk panggung,manakala Josephine sudah masuk ke dalam,"kejap,aku hidupkan telefon dulu,aku tak nampak bila gelap nanti.."sambil tanganku dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ikut aku.."seseorang menarik tanganku ke dalam panggung dan kebetulan lampu panggung telah pun dipadamkan.

"Err..terima kasihlah.."ujarku apabila aku tiba di barisan tempat dudukku.

Aku perasan yang orang tersebut mengukirkan senyuman kepadaku.

Sampai saja aku di tempat duduk, Josephine menarik lenganku,"mana kau pergi tadi?Terkejut aku bila aku toleh belakang seorang mak cik dengan keluarganya berada di belakangku."

Gadi§  €cruWhere stories live. Discover now