Gadis Ecru 8

160 4 0
                                    

Gadis Ecru 8

 Aku baring di atas katil sambil merenung siling bilikku.

Kosong. Siling bilikku yang hanya mempunyai kipas dan lampu lansung tidak membantu aku untuk berfikir. Fikiranku masih buntu.

Perasaanku berbelah bagi, kalau diikutkan perasaan, mahu saja aku cakap "YES,YES x1000, I WANT TO BE YOUR GIRLFRIEND" tapi kalau difikirkan semula, aku kena selesaikan masalah Danny dulu...

lagipun si Danny tak berapa suka sangat dengan si John ni. Karang kalau aku terima lamaran John apa pula kata Danny? aku juga yang beriya-iya mahu membantunya menyelesaikan masalah ini...Aya,Aya, bertuah betullah kau ni!?BUT as a good friend I WANT to help him solve this problem. Masalahnya sekarang macam mana?? 

LET THEM KNOW THAT WE WISH TO ROCK N ROLL  , ROCK  N ROLL ! HEY,HEY,HEY ....

Bunyi deringan telefon bimbitku lagu nyanyian Avril Lavigne bertajuk "Rock N Roll" bergema dalam ruang bilikku.

Aku segera bangkit dan mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja bersebelahan di bahagian kiri katilku. Dengan tangkas, ibu jariku menekan butang hijau.

"Hello?" 

" Salam dik,"  

Aku terkaku seketika. Eh? Aaila? Bila dia balik???  

"Adik, helooo? kak Aaila ni.." suara Aaila kedengaran seperti dia sedang menelefon sambil memandu.

"Ah! Salam , bila Ila balik?" 

kalau dia dah balik sini.. jadi macam mana  bisnes Aaila di sana?

Kakak baru balik semalam, sekarang kakak dalam perjalanan untuk ke rumah kamu ni. Ayah beritahu kakak yang kamu tinggal menyewa tapi ayah tak inform kakak yang rumah nombor berapa, tulah sebab kakak call kamu ni nak tanya pasal tu, cepatlah! Kakak dah sampai kat gate ni," suara kakak kedengaran sangat terdesak memandangkan dia bercakap dengan laju dan sangat terdesak.

 Aku tertawa kecil. Haha, ini bukan kali pertama  Aaila terdesak. Setiap kali berlaku  hal-hal yang bersangkutan dengan aku, Aaila selalu berperangai begini...selalunya Aaila bersifat lemah lembut dan tenang saja dalam semua hal..

"AKURNIA AYA!!?" Suara Aaila menjerit dalam telefon bimbit menyebabkanku tersentak.

Bulat mataku memandang telefon bimbitku, mak oiih!? Garangnya!

" AYA!!" Sekali lagi jeritan Aaila kedengaran. Kecut perut aku dengar nada suaranya. Matilah aku!! 

" Ila akan nampak kereta MC  warna merah di parking lot. Itu kereta Aya. Kereta tu berparking berdepan dengan rumah adik..nanti.." 

Tak! Tuut, tuuut,tuut... dia matikanlah pula..tak sopan betulah! Orang belum habis cakap lagi... 

" Eh? Kejap, apahal  Aaila cari aku?Aku ada kasi tinggal masalah di Paris ke? Ah! Tak mungkinlah! Setahu aku semua hal-hal tu aku dah settle sebelum pulang ke sini..hmmm..," sedang aku menyenaraikan kemungkinan sebab-sebab Aaila datang melawat aku hari ini, lonceng pintu rumahku berbunyi. 

Aku yang sudah sedia menunggu di sebalik pintu segera mencapai tombol dan membuka pintu. 

" Bonjour oui mademoiselle!" Ku pamerkan wajah yang ceria dengan senyuman yang lebar sehingga mencecah telinga.

 Aaila sedang berdiri dihadapanku dengan pandangan yang tajam ditujukan kepadaku.

 Kalaulah pandangan boleh membunuh, tentu aku sudah mati sekarang..fuh! Nasib baik tidak.

Gadi§  €cruWhere stories live. Discover now