Gadis Ecru 9
Okay, sekarang sudah masuk masa mengimbas kembali. Yep! Yep! * Exited* ^^-
******************************************************************************************
Dua bulan yang lalu,
" Aya! Aya! Aya!" Seseorang memanggilku dengan penuh bersemangat dari belakang. Aku segera menoleh untuk melihat siapakah gerangannya yang memanggilku dengan begitu sekali.
Aku terlihat seorang gadis yang berambut pendek paras bahu lantas aku segera mengenali susuk itu, hmmph? Audrey? Apahal pula yang penting sangat ni?
Audrey berhenti dihadapanku sambil tersenyum," Jumpa lagi tahun depan.." ucapnya ringkas.
Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya, eh? Itu ja? Dia berlari dengan penuh semangat kesukanan macam ikut marathon hanya kerana nak ucap benda tu?
Melihat Audrey masih membisu, aku membuka langkah untuk pergi sambil tergelak kecil, "Okay...kalau kau teda apa-apa lagi mahu cakap aku chow lu! Kakak aku tengah menanti tu, karang jadi singa pula dia kalau aku terhegeh-hegeh macam siput sedut! Hehe..Ciao!"
Sebaik sahaja aku melangkah pergi, Audrey menjerit, " Selamat Berbulan Madu di Perancis Aya!! Semoga berkekalan dengan pasanganmu si Danny!"
Terbeliak mataku mendengar kata-kata Audrey. Dengan sepantas kilat aku patah balik ke tempat Audrey berdiri bersedia untuk menyoalnya tentang hal bulan madu di Perancis itu.
Audrey tersengih-sengih macam kerang busuk memandangku seolah-olah dia tidak terlibat dalam hal ini. Namun, aku sudah boleh agak ini angkara siapa kalau buktinya tidak terang lagi bersuluh lampu spotlight stadium.. Huh!? Kurang ajar betul si Danny ni! Dia memang sengaja cari pasal!
" Audrey, aku boleh agak siapa punya angkara ni tapi aku cuma hendak pesan ini semua fitnah. Okay? So, jangan sebar fitnah, berdosa besar tahu! Kalau masuk neraka nanti susah aku nak tolong. " Kataku dengan nada yang serius. Aku maintainkan reaksi wajahku seserius yang mungkin walaupun hatiku geli melihat wajah Audrey yang pucat lesi.
Mak oi! Ni kalau cucuk jarum tak keluar darah ni..Walaupun Audrey merupakan seorang mualaf tetapi dia sangat patuh akan ajaran agama.
Bila difikirkan balik tindakan aku, aku rasa aku dah bersikap keterlaluan. Aku mengeluh, "beginilah, aku takkan ambil hati tentang hal ini tapi jangan percaya sangat dengan berita Si Danny tu k?"
Sebuah senyuman terukir pada wajah Audrey lalu dia memelukku, " thanks Aya! You are so Sweet! Patutlah Danny suka sangat kat kau!"katanya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
Aku terdiam," Aku dengan Danny kawan ja lah..tidak lebih dari itu kalau lebih pun macam adik-beradik. Lagi pun kami ni macam Spongebob dan Patrick. Danny jadi Patrick sebab dia ada sedikit dungu.." aku tersengih-sengih lebar sambil menerangkan kedudukan sebenar hubungan aku dengan Daniel.
Audrey mengangguk dan berlalu pergi. Kebetulan kereta mamanya sudah sampai untuk menjemputnya. Aku menggelengkan kepala memikirkan kenaifan Audrey.
Tak sangka senang betul Audrey termakan omong kosong si Danny tu, kesian. Sebelum tu, mana si bedebah Danny ni?? Nak kena Hikmat seribu kaki ni! Biar dia rasakan akibatnya menyebarkan fitnah tidak berasas macam tu..
Aku menuju ke parkir kereta dan terlihat Aaila sedang berbual dengan seseorang dalam telefon dengan menggunakan bahasa Perancis?! Woah! Maju Ila ni.. sejak bila dia pandai berbahasa Perancis ni?
Sejurus Aaila melihatku, dia segera menghentikan perbualan dan mematikan telefon bimbitnya. Dia menghadiahkanku sebuah senyuman dan memandangku dengan pandangan yang penuh makna. Aku berasa tidak senang diperlakukan begitu seakan-akan Aaila sedang merancang sesuatu cuma ku rasakan rancangannya ini melibatkan aku.
YOU ARE READING
Gadi§ €cru
De TodoAkurnia Aya, seorang gadis yang hidup dalam dunianya. Dia dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyayangi dirinya. Sahabat karibnya iaitu Danny dan Joey merupakan temannya sejak kecil lagi. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya Danny m...