Gadis Ecru 6

1K 7 1
                                        

 Gadis Ecru 6

"Uwah!!!!", aku teruja sebaik saja aku masuk ke dalam "Ballroom" yang sedang dihias sebelum majlis berlansung malam nanti.

       Josephine  mencubit pipiku," hei budak kecik, duduk diam-diam boleh?".

      Aku mengusap pipiku yang berbekas akibat cubitan Josephine yang berbisa itu. Mataku berair kerana menahan pedas cubitan Josephine itu. Sakitnya...

      Krew-krew AS melangkah masuk ke dalam "Ballroom" dengan bergayanya. Selalunya, sekiranya kami dijemput melakukan persembahan dalam sesuatu majlis, kami akan menyewa baju. Namun, kali ini, demi meraikan persembahan ‘ulung’ kami yang pertama sempena kemunculan semula krew tari dari ADDICT studio, aku dengan berbesar hatinya menyumbangkan idea dalam rekaan kostum bagi memenuhi tema majlis. Bangganya!

      John dan Azlan berjalan bergandingan menuju ke arahku. Dengan berbekalkan ilmu pertahanan diri yang sudah aku 'master' dalam dada, adalah mustahil untuk mereka menyakat aku. CEH!

     "Apa?" Soalku kasar yang tak bertempat.

     John mengukir senyuman sinis, manakala Azlan pula merenungku serius.

    Dengan penuh berhati-hati, aku menyoal mereka semula," wahai jejaka tampan bak kambing ladang, apa urusan kamu yang nampak begitu penting sehingga sanggup berjumpa dengan gadis bunga yang kiut ini?",sambil aku menghabiskan ayatku yang berbunga-bunga itu,aku menghadiahkan segaris senyuman sinis.

      Josephine yang turut sama memasang telinga menghamburkan tawa kecil yang ditahan-tahan. Ada-ada saja si Aya ni...

      "Kenapa seluar aku sendat  ni?",soal Azlan yang kelihatan seperti Adolf Hitler versi Malaysia merenung aku tajam tanda dia tidak puas hati.

      Aku tersentak,sambil merenungnya dari atas ke bawah dan serta merta dilanda kebinggungan,"aik? macam mana hal ini boleh berlaku? Setahu aku,saiz kau 27kan?Lainlah kalau kau dah gemuk!",terangku dengan wajah yang selamba.

     "Eh? Lan,sejak bila kau jadi kurus ni?",soal Josephine.

      Aku tersentak lagi, alamak!..aku baru teringat!

     John merenung aku sambil tersenyum sinis,"kau pastikah saiz Lan ni 27?"dia seakan-akan tahu tentang kesilapan teknikal yang aku alami.

 " Ya..barangkali...mungkin,aku dah tersilap saiz Lan dengan Wan..ahaha,maaf Lan.."akhirnya aku  mengakui kesilapanku.

   Azlan mengeluh," tak apalah, memang sudah adat manusia sentiasa melakukan kesilapan...'.

    Wajahku mula bertukar merah, malunya...maaflah Lan..perasaan bersalah mula menjalar dalam diriku. Eee..Cubalah aku berhati-hati sikit lain kali.

     Sedang aku melayan perasaan sentimentalku, seorang lelaki segak menuju ke arah kami.

Langkahnya kemas dan postur badannya tegak, bahunya lebar dan kelihatan seperti seorang perenang.

     Maya terjerit kecil," Wah! Kacaknya!" tanpa disedarinya, tangannya mula membetulkan rambut dan pakaiannya.

Josephine yang menyedari kelakuan Maya yang 'ter'gedik itu segera menampar lembut bahu kiri Maya.

      Aku kelucuan melihat reaksi Maya yang terkebil-kebil seakan-akan baru sedar dari khayalannya.

     Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Rusell Ray dan dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan majlis itu.

Gadi§  €cruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang