Gadis Ecru 5
Aku duduk termangu di sudut studio yang dihiasi polka dot berwarna ecru.
Peristiwa kelmarin masih berputar di mindaku , Kenapa? Mengapa?Bila? Seakan-akan semua persoalan yang aku pelajari masa sekolah dulu kembali mengisi fikiranku.
Aku melepaskan keluhan panjang.
Tapi jika dilihat dari sudut positif aku taklah kisah sangat, kan Danny dah besar, dia pandailah fikir sendiri.
Tapi, aku kasihankan Josephine, dia dah lama simpan perasaan pada Danny cuma takut untuk meluahkannya kepada jejaka itu.
Namun, bila difikirkan semula, aku rasa geram sangat kerana dia lesap begitu sahaja dan urgh! Entahlah,kepalaku runsing sangat ketika ini.
“Sakit otak aku dibuatnya!” Bentakku kuat sambil menyandarkan badanku di sofa.
John menghempaskan dirinya di sebelahku,dia terus menyandar sambil menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.
Terkejut aku dibuatnya,tanganku segera mencapai ipod shuffle milikku yang terletak di atas meja kopi bersebelahan sofa berkenaan dan terus meyumbatkan earphone ke dalam telinga.
Harap-haraplah dia tak ungkit balik peristiwa kelmarin. Buat-buat lupa,lupa,lupa..
Perlahan-lahan aku menoleh memandangnya, aku tersentak kerana John sedang merenungku, kenapalah aku menghadap dia?? Apa nak jawab ni?
Aku hanya melemparkan senyuman yang dibuat-buat ke arah John, kekok rasanya apabila ditenung begitu.
Dia ni pun satu suka sangat buat orang tak senang duduk.
John tidak menunjukkan apa-apa reaksi , namun aku dapat membaca riak wajahnya yang seakan-akan ingin bertanya sesuatu kepadaku.
Aku pejamkan mata sambil menghadap ke siling.
Kepalaku bersandar kemas pada sofa. Satu helaan nafas yang panjang jelas kedengaran.
Tanganku terus mencapai gitar yang tersandar pada dinding di antara meja dan sofa.
Entah siapa empunya gitar ini, tapi aku pasti pemilik gitar ini lelaki kerana warnanya yang begitu gelap dan terdapat pelekat yang bertulis ‘only for girls’, mana mungkin pemiliknya perempuan kerana pelekat itu akan membawa tanggapan yang negatif terhadapnya.
Dan sudah menjadi kebiasaanku,sekiranya gitar berada di tangan,alunan muzik menjadi santapan buat diriku.
Kebetulan, lagu dendangan 'Avril lavigne' iaitu 'Darlin' sedang berdendang.
Lantas,jariku ligat menekan dan memetik kord gitarnya dan mula mencari keserasian lagu, tidak lama kemudian aku menyanyikan bait- bait liriknya dengan penuh perasaan.
"Darlin , you’re hiding,
In the closet once again,
Start smilin’,
I know you’re tryin’,
Real heart not to,
Turn your head away,
Pretty darlin,
Face tomorrow tomorrow’s,
Not yesterday,
Yesterday,
Oh,oh
Pretty please, I know it’s a drag,

YOU ARE READING
Gadi§ €cru
LosoweAkurnia Aya, seorang gadis yang hidup dalam dunianya. Dia dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyayangi dirinya. Sahabat karibnya iaitu Danny dan Joey merupakan temannya sejak kecil lagi. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya Danny m...