Sejak pertemuanku tempoh hari dengan sahabat karibku yang terpisah sebaik selepas kami tamat menduduki kertas terakhir untuk SPM. Aku kembali menyusun jadual harianku seperti dulu.
Sedang aku mengemas beg sandangku,mataku sering mengilas ke arah jam dinding.Jarum panjang menunjuk angka sembilan dan jarum pendek menunjuk angka enam.Dah lambat !
"Mana pula aku simpan kunci nie?" Hatiku berdetik,mungkin..
"Daniel Arshad!!!"Aku baru teringat,Daniel yang bertanggunjawab memegang sebarang kunci untuk kenderaanku. Ini semua disebabkan oleh hobiku yang suka sangat berjalan.Oleh itu,papaku memberi mandat kepada Daniel untuk menyekat kemudahan yang mendorong hobiku terus berjalan.
" Walawey~ naik baslah kawan..",aku mengeluh berat.
* * * * * * * * * * * *
Aku menaiki bas awam menuju ke pusat bandar. Kemudian menaiki 'city bus' dan turun di wisma merdeka.
"Mana Joey ni?"resah gelisah aku dibuatnya,takut-takut aku terlambat.Josephine memberitahu aku tempoh hari yang ' Addict STUDIO' sudah berpindah dari Damai ke kawasan sekitar Wisma.
Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar.Sekiranya aku duduk,tanganku mesti akan bermain gitar.Maklumlah,gitarku sentiasa di bawa bersama demi menghilangkan bosan yang mungkin bertandang.
Mataku memandang sekeliling dan terlihat John sedang melintas jalan dan menuju ke arahku.Aku mencebik,mana Joey?"kenapa dia pula yang datang?",aku berbisik pada diriku.
John melemparkan senyuman mesra,"Hai! Maaf lambat!"dia berdiri betul-betul dihadapanku sambil memandang tepat pada wajahku.Dia kelihatan bersalah.
Aku boleh agak apa yang sedang bermain dalam fikirannya,"Hey,aku baru sampai okey..".
"Ye ke?"matanya bersinar kelihatan lega dengan jawapanku tadi.
"Okey,mana studionya?"Soalku,tidak sabar hendak melihat suasana studio baru.
John tergelak,"mari!"dia menarik lenganku dan kami berlari menyeberangi jalan.Kemudian,dia berhenti sejenak dan menhadapku,"Hmm..apakata kita buat begini.."dia tersenyum.Senyuman yang sememangnya tidak disenangi olehku.
"Apa?"soalku. Captivate by the devil..aku mengeluh panjang.
"Kau kena kejar aku untuk tahu jalan ke sana!!"katanya dan terus berlari meninggalkan aku yang dilanda kebingungan.
Aku tersenyum lebar,"Nak uji aku?Jangan haraplah.."aku melihatnya yang sudah jauh di depan.
OH,free runner rupanya..Aku meregang-regangkan kakiku.Aku masih belum berkaratlah..
" Selok belok tempat nie aku dah hafal..",aku tersengih lebar dan mula mengejarnya melalui jalan pintas yang selalu aku lalui.
Kakiku ringan saja berlari mengejar John yang sedang membuat lompatan membuta tuli dan menarik minatku terhadapnya,"not bad..".
Aku membuat pintasan demi pintasan dan berjaya menyaingi John,"Hei! Wassup!"tegurku selamba di sebelahnya.
John berhenti dan aku terlajak lima meter untuk berhenti,"Apasal stop?"
"We're here."jawabnya pendek.
Aku menoleh untuk memandang tempat yang dimaksudkan John,"Excellent!"Aku sangat teruja.
Tempatnya menarik,berdepan dengan balai polis,"Cool.."Ini barulah yang dikatakan kehidupan..mereka memang gila..aku tersengih-sengih sendiri.

YOU ARE READING
Gadi§ €cru
De TodoAkurnia Aya, seorang gadis yang hidup dalam dunianya. Dia dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyayangi dirinya. Sahabat karibnya iaitu Danny dan Joey merupakan temannya sejak kecil lagi. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya Danny m...