"No,"
"Tapi mama..."
"Ma tak bagi kamu berdua kahwin, selagi kakak belum kahwin. Dikira langkah bendul." Ucap Murni yang menolak hasrat anak-anak bujangnya untuk mendirikan rumah tangga dulu sebelum kakak mereka.
Awira selaku anak lelaki sulung akhirnya bangun dan duduk di sebelah mama mereka. Cuba untuk memujuk wanita itu supaya melupakan adat orang dulu-dulu.
"Ma, kalau nak tunggu kakak tu kahwin...sampai ke tua anak mama yang lagi dua orang ni membujang tau. Tak kesian ke dekat kami ma?" Kini Awira sudah memeluk lengan Murni dengan manja. Sengaja nak meluluhkan Murni.
Andika yang duduk di sofa seberang mengangguk laju. Membenarkan kata-kata abangnya. Betul kata Awira, kalau tunggu Seroja kahwin, alamat bujang terlajaklah mereka nanti.
"Tak boleh. Ma kata tak boleh, maknanya tak boleh. Tak payah buat muka seposen, mama tak tergugat pun." Murni terus bangun meninggalkan kedua anak bujangnya yang dah masam mencuka.
Kini tinggal berdua Awira dan Andika di ruang tamu banglo dua tingkat itu. Keduanya tengah sama-sama mencari jalan dan idea untuk meneruskan niat mereka.
"Bang, kau pergi pujuk kakak lah suruh cari suami. Masak kita macam ni." Cadang Andika yang dah ubah tempat duduknya agar duduk di sebelah sang abang.
Nak suruh Seroja cari calon suami? Tak boleh! Seroja akan tolak mentah-mentah suaranya. Alasan, kakak nak fokus pada kerjaya kakak dulu. Padahal Seroja cuma seorang penulis. Tak ada kaitanlah dengan kahwin nanti.
"Tak boleh. Kalau kita suruh dia buat sendiri, nanti dia tak buat. Okey macam ni, abang ada idea. Tapi idea abang ni tak ada lah gempak. Biasa-biasa je." Kata Awira cuba untuk mengutarakan ideanya.
"Apa bang? Tak kisahlah idea tu gempak ke tak, yang penting jadi." Tanya Andika. Dia dah tak sabar untuk mendengar usul abangnya. Siapa tahu kali ni rancangan mereka berjaya.
"Kita yang carikan calon suami untuk kakak. Apa macam? Okey tak?"
——————
"Apa? Tak nak, tak nak." Seroja cuba menutup semula pintu biliknya, tetapi dengan cepat ditahan Andika. Kedua orang adiknya itu akhirnya berjaya masuk ke dalam bilik kakak mereka.
Awira membawa tubuh kakaknya berjalan ke katil, sementara Andika menutup dan mengunci pintu bilik.
"Kakak please..."
"Kali ni je kakak dengarlah cakap kami. Kahwin kak, tak susah pun." Ucap Andika yang dah terpacak di sebelah Awira.
Seroja berdengus bila mendengar kata-kata adik bongsunya itu. Tak susah dia kata?
Lengang Andika dicubit kuat sampai lelaki itu menjerit kesakitan. Kakak dia ni nampak saja lembut, tapi tangan macam kepit ketam.
"Ewah, ewah...sedapnya mulut tu cakap tak susah. Dika ingat kahwin ni macam main masak-masak?" Sedepa muncung Andika ketika Seroja berkata begitu. Awira di sebelah hanya mampu mengerutkan keningnya menahan rasa ngilu dari cubitan yang Andika dapat.
"Kak...kami nak kahwin." Kata Awira berterus terang. Dengan Seroja tak boleh banyak sangat lapiknya.
"Haa...kahwin sajalah. Yang nak ajak kakak kahwin sekali dah kenapa?" Seroja dah mula berpeluk tubuh dan merenung tajam adik-adiknya.
"Itu masalahnya wahai kakak kesayangan Andika. Mama tak izinkan kami kahwin kalau kakak belum kahwin." Kedua mata sepet Seroja membulat. Ah, masak!
Seroja menggaru kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal. Mamanya memang suka letak syarat yang boleh menyebabkan rambut gugur.
"Kakak tak percayalah lelaki zaman sekarang, selain kamu berdua." Jawab Seroja jujur. Dalam dunia ini, dia cuma percaya arwah papa dan kedua adiknya saja. Yang lain? Dalam mimpi.
Awira dan Andika saling bertukar pandangan. Faham apa yang kakaknya lalui. Kedua lelaki itu menghampiri sang kakak yang terduduk dengan wajah menunduk di atas katil. Mereka memeluk kakak mereka penuh sayang. Sejak kecil, mereka sudah diterapkan dengan ajaran agar menghormati wanita. Terutama pada mama dan kakak mereka. Bukannya mereka tak risau kalau Seroja jatuh pada orang yang salah, mereka risau. Cuma, sampai bila Seroja nak menutup dirinya.
"Apa kata kalau Wira dengan Dika yang carikan untuk kakak?" Pelukan mereka terlepas. Badan Seroja dah menegak ketika mendengar usul Awira. Matanya merenung ke dalam anak mata Awira. Mencari gurauan dalam kata-kata adiknya tadi.
Tak ada!
Awira benar-benar serius dengan ucapannya tadi. Kalau kakaknya takut untuk mencari, biar dia dan Andika yang mencari. Dia yakin pilihan mereka nanti tak akan salah.
"Apa kata macam ni? Kakak pujuk mama dulu." Seroja dah bangun untuk mendapatkan mama mereka, namun Andika cepat-cepat menarik Seroja untuk duduk semula. Telunjuknya bermain di depan muka sang kakak.
"Hehehe, tak ada. Buang tenaga kakak je nanti pujuk mama, lepas tu tak berjaya. Kali ni no excuse ye Miss Seroja Kamelia. Izinkan kami berdua, selaku wali kakak untuk buat kerja. Sekian, terima kasih." Andika tersenyum lebar sampai kedua matanya yang sepet juga tertutup. Seroja mengeluh pasrah.
Andika akhirnya bangun dan menarik abangnya untuk keluar dari bilik itu. Meninggalkan kakak mereka yang sudah mula merenung nasibnya.
"Bang, Dika ada calon untuk kakak." Sebaik saja pintu bilik Seroja ditutup, Andika mula membuka suara. Awira mengerutkan dahinya.
"Kau jangan bagi calon yang pelik-pelik. Meraung kakak tu nanti." Awira mengingatkan adiknya, Andika hanya tersengih.
"Dika rasa yang ni memang okey bang." Andika masih lagi mahu meyakinkan abangnya sementara kedua kaki mereka melangkah menuruni anak tangga.
"Hm, siapa yang kau kata okey sangat tu?" Tanya Awira sebaik saja dia dan Andika berada di dapur. Awira menuang air sejuk ke dalam gelasnya sebelum meneguk minuman itu untuk membasah tekaknya.
"Si Abdul bang. Okey?" Tersembur Awira dibuatnya ketika Andika menyebut nama Abdul. Dia merenung tajam pada adiknya yang sedang merungut kerana bajunya basah.
"Jangan cakap Abdul guard dekat office kau." Cepat-cepat Andika menggeleng, menidakkan tekaan abangnya.
"Bukanlah. Kalau Abdul tu, jangankan kakak, aku pun tak nak. Ni Abdul geng futsal kita. Raden Omar." Baru Awira ingat. Cuma itu saja satu-satunya kawan mereka yang namanya Raden tapi dipanggil Abdul.
Awira terdiam, memikirkan calon yang adiknya usulkan. Rasanya kalau Raden Omar, okey kot. Mengenangkan perangai lelaki itu yang bersahaja dan kelakar, pasti dapat memikat hati sang kakak.
"Kau cakaplah dengan dia. Tapi, nanti bagi tahu awal-awal yang kita tak janji yang kakak akan terus terima dia. Kau fahamlah kakak macam mana, satu saja perangai yang dia tak berkenan, cancel!" Awira memberikan peringatan pada adiknya. Seroja itu cerewet, jadi nak tak nak terpaksa hadap.
Nak kahwin kan? Nak kahwin, kena terima sajalah nasib mereka yang harus mendahulukan sang kakak. Kalau tak, alamat sampai ke tualah membujang.
YOU ARE READING
Calon Suami Kakak
Romance"Ma tak bagi kamu berdua kahwin, selagi kakak belum kahwin." Titah bernoktah itu membuatkan Jebat Awira dan Jebat Andika pening kepala. Niat di hati, keduanya sudah sedia untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ni. Tapi si mama pulak tetap dengan...