"Ice caramel macchiato, extra shot, cold foam and caramel on top." Pesan Seroja kepada barista yang mengambil pesanannya.
Seroja duduk tidak jauh dari kaunter bersama dengan tablet di tangan. Terlalu leka dengan kerjanya membuatkan Seroja tidak sedar namanya sudah dipanggil beberapa kali. Pada kali ketiga barulah Seroja sedar dan cepat-cepat bangun untuk mengambil minumannya.
"Errr, excuse me? Sorry, itu air saya." Seorang lelaki menahannya membuatkan dahi Seroja berkerut dua lapis.
"Air awak? Sah, sah tadi nama saya yang dipanggil." Balas Seroja tidak mahu kalah. Matanya dijengilkan pada lelaki yang tinggi beberapa meter daripadanya. Melihat tingkah Seroja, lelaki itu berdiri sambil berpeluk tubuh dan menatap datar padanya.
"Cik, itu memang air encik ni. Ada nama dekat cawan tu. Air Cik Seroja yang ini." Mata Seroja membelalak ketika melihat nama yang tertulis di sana.
Dengan senyuman yang dipaksakan, Seroja meletak semula air yang diambil. "Errr, sorry. My bad," ucap Seroja malu.
Tak tunggu lama, Seroja cepat-cepat mengambil minumannya dan pergi dari situ sebelum mendengar balasan daripada lelaki itu. Dirinya sudah kepalang malu. Macam manalah dia tak terfikir untuk tengok dulu nama yang tertulis.
"Itulah perempuan, dia je nak betul. Dah salah tahu pulak nak lari." Bebel lelaki tadi. Barista yang menjadi saksi kesalah fahaman mereka berdua hanya mampu menggaru kepala.
Di lain sisi, Seroja cepat-cepat masuk ke dalam kereta dengan muka yang sudah merah menyala. Rasanya kalau muka boleh ditanggal, sudah lama dia tanggalkan. Malu bukan main. Manalah dia nak letak muka kalau datang ke kafe itu lagi.
Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit nyaring membuatkan badan Seroja tersentak sedikit. Dia berdengus kasar sebelum menjawab panggilan itu.
"Hm, kenapa?" Seroja menjawab malas. Orang yang di sebelah sana sudah siap-siap untuk melemparkan semua kata pada penulis kesayangannya.
"Kenapa kau tanya? Draft aku mana? Kau nak peram sampai tahun depan ke?" Omelnya. Seroja menggaru hidungnya, bingit apabila mendengar editor penerbitan novelnya sudah mula membebel.
"Aku nak pergi pejabatlah ni. Sabar sekejap ya. Aku bagi kau tengok sampai puas nanti." Balas Seroja sinis. Nasib baik editornya adalah kawan sendiri. Kalau tidak, tak ada makna Seroja boleh menjawab semula kata-kata wanita itu dengan nada sinis.
Bukannya Seroja melanggar batas waktu yang sudah ditetapkan. Cuma kawan dia yang satu ini saja yang tidak boleh bersabar.
"Cepat ya Seroja Kamelia Binti Abdul Razak. Aku banyak kerja nak buat ni." Sambung wanita itu.
Eleh, macam aku tak tahu kau tu sibuk nak tengok drama Korea.
"Iya. Kalau kau tak tutup telefon ni, macam mana aku nak memandu? Okeylah, bye." Belum sempat pemanggil di sana menjawab, Seroja cepat-cepat mematikan telefonnya.
Seketika Seroja kembali teringat kejadian beberapa minit lalu. Dia jadi malu sampai pipinya yang sememangnya tembam itu terasa panas.
"Eiiii...tak nak dah jumpa dia! Sumpah ya, kalau jumpa lagi, aku memang menyorok bawah meja." Keluhnya seorang diri. Kalau orang luar boleh nampak reaksi Seroja sekarang, orang itu akan berfikir bahawa Seroja sedang mengalami krisis tekanan jiwa.
Aduhai, Seroja.
——————
"Ma," Awira membuka suara setelah keretanya berhenti di hadapan rumah. Dia hanya menghantar mamanya balik dan dia harus kembali ke pejabat.
"Kenapa Wira?" Ragu-ragu Wira untuk bersuara.
Dia berfikir sejenak untuk mencari perkataan yang sesuai untuk dikatakan. Dahi Murni berkerut, hairan melihat anak terunanya yang satu ini. Nak cakap, tapi macam tak nak cakap.
"Jebat Awira Bin Abdul Razak!" Ambik, nama penuh terus yang dipanggil Murni. Awira tersengih.
"Ma, kalau Wira bagi pendapat Wira...mama marah tak?" Tanya Awira hati-hati.
"Pendapat tentang apa? Tentang Daniel?" Perlahan dan dengan penuh hati-hati Awira mengangguk.
"Kenapa?" Tanya Murni. Nampak saja tenang, tapi dalam tenangnya Murni, Awira tetap berhati-hati.
Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
"Wira rasa Daniel tu macam tak sesuai dengan kakak. I have bad feeling about him." Jujur Awira.
Murni memutarkan matanya malas. Dah faham dengan perangai anaknya. Terlalu posesif dengan si kakak.
"Bad feeling, bad feeling. Tak habis-habis dengan kamu punya bad feeling tu. Cubalah fikir dan doa yang baik-baik. Bagi mama, okey je Daniel tu. Sopan aje mama tengok." Sebab tu Awira tak nak mengeluarkan semua pendapatnya. Kalau dikeluarkan semua, habis semua ditolak mamanya.
"Sekurangnya bad feeling Wira selalu betul..." Ujar Awira perlahan sampai terdengar samar di telinga Murni.
"Apa dia?"
"Eh, tak ada apa ma. Okeylah, Wira ada kerja lagi ni dekat pejabat."
"Kamu balik pejabat lagi lah ni?" Tanya Murni. Sunyi lagilah dia. Anak-anak semua sibuk bekerja. Seroja pun hari ini bukan ada di rumah.
"Iya ma. Pejabat tu bukan ayah Wira punya. Kalau papa punya syarikat, dah lama Wira keluar masuk sesuka hati." Balasan Awira mendapatkan pukulan lembut daripada Murni.
Setelah bersalaman dengan mamanya, Awira terus memecut keretanya meninggalkan perkarangan rumah. Soal Daniel, malam nanti dia akan berbincang dengan Andika. Setidaknya, sebelum terikat apa-apa ikatan, dia dan Andika sudah memastikan bahawa lelaki itu adalah pilihan yang paling tepat untuk kakak mereka.
YOU ARE READING
Calon Suami Kakak
Romance"Ma tak bagi kamu berdua kahwin, selagi kakak belum kahwin." Titah bernoktah itu membuatkan Jebat Awira dan Jebat Andika pening kepala. Niat di hati, keduanya sudah sedia untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ni. Tapi si mama pulak tetap dengan...