Dua

39 6 0
                                    

"Assalamualaikum,"

Mendengar suara Seroja yang memberi salam, serentak Awira dan Andika menghentikan permainan mereka di telefon bimbit. Mereka berdua sudah siap sedia untuk mendengar komen Seroja tentang Abdul.

"Don't talk to me," ingat Seroja sebelum melenggang pergi. Satu persatu anak tangga didaki dengan hentakan kaki yang cukup kuat. Sampai kedua adiknya tercengang.

Awira yang seperti faham dengan apa yang terjadi pun cepat-cepat menyuruh Andika menghubungi Abdul. Kalau tak boleh nak tanya kakaknya, tanyalah Abdul.

"Apa katanya?" Tanya Awira tak sabar. Kening tebalnya sudah hampir bercantum. Wajah Andika pula masam mencuka.

"Dia kata, kakak dah tak nak jumpa dia lagi." Seperti yang sudah Awira duga. Tapi, mesti bersebab kalau Seroja dah tak nak berjumpa dengan seseorang.

"Kau tanya tak, apa yang dia sembang dengan kakak?" Andika menggaru tengkuknya. Sebenarnya dia takut nak beritahu Awira. Yang ada nanti, dia yang kena bebel.

"Err...dia kata, dia sembang biasa je dengan kakak." Jawab Andika takut-takut. Tetapi yang namanya Awira, dia tak percaya dengan apa yang Andika katakan. Dia merenung tajam adiknya, memaksa supaya memberitahu perkara yang sebenar.

"Yela, yela. Dika bagi tahu perkara yang sebenar. Tak payah pandang Dika macam tu." Andika menolak sedikit bahu abangnya kerana tiba-tiba dia terasa terancam dengan tatapan maut Awira. Wajah lelaki itu juga tidak ada sebarang reaksi.

"Dia sembang macam biasa, tanya fasal diri kakak. Lepas tu dia tanya fasal hantaran dengan tema kahwin." Hati-hati Andika menghabiskan ayatnya. Takut melihat mata Awira yang sudah membuntang.

Awira menepuk dahinya agak kuat sampai berbunyi. Awal-awal sudah dia ingatkan supaya Si Abdul tak buat perangai. Sekarang?

"Dia ni lah, awal-awal dah cerita bab kahwin kenapa? Sah, sah kena tolak." Ucap Awira.

Raden Omar also known as Abdul, cancel!

"Jadi, macam mana sekarang?" Tanya Andika. Awira diam dan berfikir. Mengingat kembali kawan-kawannya yang sedang mencari pasangan.

"Okey macam ni, kalau calon kau tak jadi, kita cuba calon aku."

"Siapa bang?"

"Khairul."

——————

Seroja menyedot air yang dipesan sehingga tinggal setengah. Rasa takut dan berdebar-debar membuatkan jantungnya rasa macam nak melompat keluar dari dalam.

Lelaki yang bernama Khairul di depannya sekarang tengah merenung tajam. Seakan Seroja dah melakukan satu kesalahan.

"Jangan minum air tu sampai habis, makanan tak sampai lagi." Seroja terus menjauhkan gelasnya. Walaupun mungkin itu cuma pesan biasa, tapi untuk Seroja lain jadinya. Dia merasakan seperti sedang dimarah.

Mereka berdua duduk dalam keadaan yang canggung. Kepala Seroja sejak tadi menunduk memandang ke bawah. Kalau boleh masuk bawah meja, dah lama dia buat. Aura Si Khairul ni lain macam.

"Maaf lambat," tiba-tiba datang seorang pelayan membawa makanan yang Seroja pesan. Dalam hati, Seroja dan mengucap syukur tak terkata. Setidaknya nanti, dapatlah dia alihkan perasaan berdebar-debar dia ni dengan makan.

"Nanti dulu, jangan makan lagi." Terkebil-kebil mata Seroja ketika ditahan. Selesai baca doa, baru saja dia nak menyuap nasi goreng kampungnya, Khairul bersuara lagi.

"Makanan saya tak sampai lagi. Makan sama-sama barulah bagus." Ucap Khairul tenang. Tenang-tenang pun, tetap ada nada garang.

Berhati-hati Seroja meletak semula sudu dan garfu. Matanya meliar melihat sekeliling sementara menunggu makanan Khairul.

Calon Suami KakakWhere stories live. Discover now