⚠️ tw // sexuality issue!
——————
Andika sejak tadi mengekori abangnya dari belakang sambil memegang hujung baju lelaki itu. Matanya meliar di setiap penjuru tempat yang sedang kaki mereka injak ketika ini. Rasanya macam nak berlari keluar ketika ada beberapa pandangan menggoda penuh hasrat dilemparkan untuknya. Dia tak sangka kelab malam khusus untuk hubungan sejenis berjantina lelaki itu wujud di sini.
Ya, tak salah lagi. Awira membawanya ke kelab malam gay!
Awira yang berjalan di hadapan hanya menggeleng kepala jika sesekali adiknya berdiri rapat dengannya. Nampak ketara bahawa lelaki itu tengah takut dan geli. Dia juga sama, tapi demi Seroja dia terpaksa melakukan ini.
Awira membawa adiknya duduk di salah satu tempat yang masih kosong. Tak terlalu menonjol, tetapi mereka masih boleh melihat keadaan sekeliling kelab dengan jelas dari tempat itu. Dua tin air berkabornat diletakkan atas meja. Matanya masih mencari seseorang yang menjadi pemerhatiannya malam ini.
"Abang, kau tak bagi tahu lagi aku sebab apa kau bawa aku datang sini. Haa, jangan cakap kau sebenarnya 'belok'. Aduh!" Andika mengaduh ketika tapak tangan Awira mendarat tepat di belakang badannya. Awira meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Memberi arahan supaya adiknya memperlahankan sedikit suara.
"Kau ni, aku ada iman lagi tahu tak." Ucap Awira. Tak terima dirinya dikatakan sudah terpesong daripada landasan agama.
"Dah tu?" Andika belum puas hati selagi Awira belum bercerita.
"Ingat tak hari yang aku ikut mama jumpa Acik Rose dengan Si Daniel ni?" Andika mengangguk laju. Mana dia tak ingat, hari itu dia dibebel mamanya kerana tiba-tiba tak dapat menemani wanita itu.
"Hari tu, aku pergilah tandas. Masa masuk tu, aku tak sengaja terpaksa jadi saksi orang berzina." Dahi Andika berkerut. Dah tu? Apa masalah?
"Lah? Dosa diorang bang. Bukan dosa kau. Eh, tapi kau kena tegur, kalau tak dikira bersubahat." Jawapan Andika membuatkan Awira menarik nafasnya dalam-dalam.
"Aku tergur. Masalah dekat sini sekarang ni, yang berzina tu lelaki dengan lelaki." Menyembur minuman yang sedang diminum oleh Andika. Nasib baik Awira duduk di sebelahnya, kalau tak mesti lelaki itu jadi mangsa.
"Ya Allah bang, Astarghfirullah. Bang telinga okey tak lepas tu?" Andika membelek telinga kiri dan kanan abangnya. Nak kata risau, tapi macam tak. Awira menepis tangan adiknya itu.
"Ish, aku tak habis cerita. Dengar dulu." Marah Awira dan Andika hanya tersengih.
"Mula-mula aku tak fikir sangat siapa lelaki yang tengah bermaksiat tu. Tapi, lepas balik dari restoran tu, aku jadi terfikir dan teringat sesuatu." Andika mula fokus dengan cerita abangnya. Dia mendekatkan diri dengan Awira supaya boleh mendengar dengan lebih jelas.
"Aku teringat, masa tu Si Daniel ni pergi tandas juga. Tapi, aku tak terserempak dengan dia pun masa aku dalam tandas. Waktu aku balik semula ke meja pun, dia belum balik lagi. Tapi tak lama lepas tu baru dia datang." Awira menoleh pada Andika. Berharap adiknya faham apa yang cuba dia nak sampaikan.
"Alah, mungkin dia pergi tandas dekat bulan. Siapa tahu." Awira memicit perlahan kepalanya. Terasa berdenyut pula bila bercerita dengan Andika ni.
"Aku pun tak tahu macam mana kau boleh dapat anugerah dekan dulu." Komen Awira sebelum dia mengambil airnya. Tekaknya terasa kering.
"Sejak tu aku dah cuba risik-risik Si Daniel. Dia selalu datang sini. Kalau kau tak percaya, tengok depan sana." Andika terus melihat arah yang dikatakan abangnya. Nak terkeluar biji matanya ketika melihat Daniel sedang berciuman dengan seorang lelaki tanpa segan silu.
Ya Allah, mama! Mata Dika dah tak suci!
Awira menahan ketawanya melihat reaksi Andika. Baru dia percaya. Kalau tak, tak habis-habis dengan perangai bersangka baik dia tu.
"Bang..." Tergagap-gagap Andika dibuatnya.
"Iya, itu Daniel. Calon abang ipar kau." Jawab Awira santai. Padahal itu calon abang iparnya juga. Andika menoleh melihat abangnya dengan pandangan takut. Mukanya mula pucat.
"Sekarang, kita kena cari cara macam mana kita nak bagi tahu kakak dan mama dalam jangka waktu secepat mungkin. Sebab dia ni, nak kahwin dengan perempuan hanya untuk tutup masalah dia. Abang tak nak kakak terjebak dengan orang macam ni." Sambung Awira. Andika membisu kerana dia sendiri tak tahu untuk berkata apa lagi. Dia terlalu terkejut.
——————
Tok! Tok! Tok!
"Masuk." Jawab Kyle pada ketukan di pintu biliknya.
Tidak lama kemudian muncul walidnya di muka pintu dengan senyuman lembut. Walidnya itu masih lagi kacak meskipun rambut lelaki itu sudah mula berwarna putih. Kyle membalas senyuman Xender. Dia menghentikan semua kerjanya.
"Ada apa walid? kenapa tak tidur lagi?" Dia mengerling jam di dinding. Selalunya ini waktu tidur walid dan uminya.
"Saja, dah lama walid tak berborak dengan kamu. Boleh walid duduk?" Kyle terkekeh.
"Apa walid ni, mestilah boleh. Duduk dulu. Walid nak minum apa-apa tak? Kyle ambilkan." Xender menggeleng. Tak mahu anak bujangnya bersusah payah.
"Walid cuma datang nak jenguk kamu je. Tadi walid ke bilik, kamu tak ada. Ni yang walid datang sini. Banyak lagi ke kerjanya? Tak boleh sambung esok?" Kyle menggaru tengkuknya. Dia lupa kalau walid dah bersuara, lebih dasyat dari uminya.
"Boleh je, walid. Tapi itulah, Kyle tak nak tambah kerja. Esok ada kerja baru lagi. Bila nak habis kalau asyik tambah kerja je." Xender tergelak mendengar jawapan anak bujangnya. Agaknya Kyle dah siap ada skema jawapan untuk semua pertanyaan dan bebelan dia dan Salma.
"Alah kamu ni, sampai bila pun mana ada kerja yang siap. Walid pun tak faham." Kyle tersenyum kekok. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh walidnya. Kerjanya tak pernah habis. Tak tahu bila masanya dia boleh duduk berlunjur sambil menikmati hari-hari cuti.
"Jangan sampai sakit baru nak berhenti kerja." Kata-kata Xender membuatkan Kyle membisu lagi tanpa jawapan. Perlahan lelaki berdarah kacukan itu menganggukkan kepalanya.
"Walid dengan umi dah tua, kalau esok lusa kami dah tak ada, siapa lagi yang nak ingatkan Kyle? Umi tu, dia bebel sebab sayangkan Kyle. Kalau Kyle sakit, risau dia macam Kyle nazak sangat dah. Sebab tu dia selalu bising kalau Kyle tak habis-habis dengan kerja." Sambung Xender. Kyle hanya diam, merenung ke depan. Sekelibat wajah teduh uminya terlintas di kepala.
"Baiklah walid, Ni sekejap lagi Kyle tidur ya? Yang sekarang ni, apa kata walid yang tidur dulu. Walid tu bukan sihat sangat. Okey?" Xender terkekeh dan menggeleng. Tahu sangat dia dengan perangai Kyle yang satu ini. Mengelat!
"Yela, ni walid tidur dulu. Ingat pesan walid. Apa walid kata tadi?" Tanya Xender mahu memastikan kata-katanya tadi diterima baik oleh Kyle.
"Walid suruh Kyle tidur." Xender mengangguk puas hati. Dia pun akhirnya bangun dan ingin mengorak langkah. Sebelum dia keluar, dia menoleh semula ke belakang.
"Ada baiknya juga kalau Kyle beristeri. Bolehlah nanti dia tolong ingat-ingatkan Kyle waktu makan dan tidur." Ucap Xender penuh makna dan senyum simpul. Kyle hanya mampu tersengih.
"Walid...walid. Sabar ya walid. Nanti Kyle bagi menantu." Ujarnya setelah bayang walidnya hilang dari balik pintu. Kyle cepat-cepat mengemas meja kerja sebelum walidnya sekali lagi datang dengan bebelan yang lainnya.
Malam ini, dia mahu tidur dulu. Soal menantu esok lusa baru dia akan fikirkan.
YOU ARE READING
Calon Suami Kakak
Romance"Ma tak bagi kamu berdua kahwin, selagi kakak belum kahwin." Titah bernoktah itu membuatkan Jebat Awira dan Jebat Andika pening kepala. Niat di hati, keduanya sudah sedia untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ni. Tapi si mama pulak tetap dengan...