Lima

43 5 2
                                    

"Eiii, kakak tak nak lah jumpa dia." Sejak tadi Seroja dan adik-adiknya seakan bermain tarik tali di hadapan restoran terkemuka ibu kota. Malam ini, mamanya sudah mengatur temu janji di antara dia dan Daniel.

"Kakak kena masuk juga. Kalau kakak tak jumpa dia, macam mana kita nak siasat fasal dia?" Ujar Andika memujuk supaya kakaknya segera bertemu Daniel.

Awira dan Andika telah memutuskan untuk diam-diam mengikuti Seroja tanpa pengetahuan mama mereka. Ini semua demi keselamatan dan masa depan Seroja.

Seroja beberapa kali menjengah ke dalam melalui pintu masuk restoran. Dia takut sekiranya Daniel adalah sejenis lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Tahu bahawa kakaknya takut pada semua kemungkinan yang boleh terjadi, Awira pula yang membuka suara untuk memujuk. "Kakak, kami sekarang ni nak tolong kakak tau. Kalau kakak tak kenal-kenal dengan dia, macam mana kita nak tahu dia orang yang macam mana?"

Seroja terdiam cukup lama. Tengah mencerna semua kata-kata adiknya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus perlahan dan melirik adik-adiknya.

"Okey,"

Dia melangkah masuk ke dalam restoran dengan debaran di dalam dada. Rasa macam jantungnya mahu melompat keluar. Matanya mencari-cari bayang lelaki yang dia lihat melalui gambar yang dikirim oleh mamanya.

Tak jauh dari tempat dia berdiri, orang yang dicari akhirnya kelihatan. Ternyata Daniel lebih kacak di luar daripada gambar yang dia lihat. Kemeja hitam yang tersarung di badannya membuatkan dia semakin kacak.

"Hai?" Tegur Seroja. Daniel mengangkat mukanya yang sejak tadi menunduk kerana fokus pada telefon bimbitnya.

Senyuman manis terukir dari bibir yang berlekuk indah itu. "Hai, Seroja?"

Seroja mengangguk sebelum duduk di hadapan Daniel. Lelaki itu bangun, menarik kerusi untuk Seroja duduk.

"So, order dulu?" Tawarnya dan Seroja mengangguk.

Setelah selesai memesan makanan dan minuman, mereka diam cukup lama kerana masih belum terbiasa. Daniel berdeham beberapa kali untuk membuang rasa canggung dan kekok.

"Nama saya Daniel, 28 tahun. Saya site supervisor di AR Group." Daniel mengenalkan dirinya secara singkat.

"Saya, Seroja Kamelia, 27 tahun. Kalau kerja, saya seorang penulis je." Daniel nampak tertarik ketika memberitahu kerjanya.

"Mesti awak ni puitis orangnya. Mama saya ada cerita sikit fasal awak. Dia ada dua buah buku hasil penulisan awak. Ada satu tu, saya dah baca. Bagus betul." Seroja tersipu malu. Pertama kali sepanjang blind date yang dia ikuti, ini yang pertama kali berjaya membuatkan dia bahagia. Belum pernah dia dipuji oleh pasangan blind datenya.

"Terima kasih, biasa je. Saya belum sebagus yang awak rasa." Jawab Seroja merendah diri. Daniel tersenyum.

"Don't be, because you're good than you know." Seroja selesa. Rasanya di antara dia dan Daniel akan ada pertemuan yang kedua.

——————

Kyle berjalan masuk ke dalam sebuah kelab malam yang telah disewa khas oleh sahabatnya. Dia menggeleng kepalanya ketika melihat Reyhan yang sedang berjoget seronok seakan tiada beban yang dipikul.

"Hey, bro!" Sapa Aris, salah seorang sepupu Reyhan. Kyle mengangkat tangannya sebelum duduk di atas sofa yang ada di seberang model itu.

"Minum apa, bro?" Tanya Aris. Dia mewakili Reyhan untuk melayan beberapa orang tetamu yang dijemput.

"Tak ada mabuk-mabuk kan?" Tanya Kyle memastikan. Aris terkekeh.

"Tak ada. Kau nak tengok Si Reyhan kena sembelih dengan Abang Hayden ke kalau mabuk-mabuk ni?" Balas Aris dengan ketawa halusnya. Ini pun ketika mendapat tahu majlis hari jadi Reyhan pada tahun ini diadakan di kelab malam, Hayden terlebih dulu membangkang. Tapi, Reyhan tetaplah Reyhan.

"Haih, tak habis-habis dengan degil dia." Keluh Kyle. Padahal Hayden itu boleh dikatakan garang jugalah. Si Reyhan tetap tak makan saman.

Setelah memilih minuman, Kyle memilih untuk duduk diam di sofa yang menjadi pelabuhannya sejak tadi. Reyhan masih belum datang menyapanya. Lelaki itu sekarang sedang bergerak ke satu meja ke meja yang lain untuk bertemu tetamunya.

"Yowww my man," Ucap Reyhan girang ketika melihat Kyle sudah ada. Dia terus duduk di sebelah Kyle.

"Kau datang seorang je ke?" Tanya Reyhan sambil matanya meliar mencari sesiapa saja yang memungkinkan untuk menjadi teman Kyle malam ini. Kyle hanya mengangguk. Seperti biasa, dia seorang diri.

"Get yourself a partner dude. Sampai bila nak membujang?" Kyle ketawa sinis. Ada hati Si Reyhan nak nasihat orang, dia pun tak jumpa lagi perempuan yang boleh buat dia berhenti jadi buaya.

"Get yourself a mirror first." Balas Kyle selamba. Dia mengambil minumannya dan kembali meneguk minuman berkarbonat itu. Rasa tajam air itu membuatkan dahinya berkerut.

"Aku rasa aku dah jumpa. Maybe, tahun ni tahun terakhir aku buat party macam ni." Kyle melihat Reyhan tidak percaya. Terkejut juga sebenarnya bila tahu sahabatnya ini sudah bertemu seseorang.

"Siapa yang malang sangat tu?" Sindir Kyle. Reyhan ketawa sambil menumbuk perlahan bahu Kyle.

"Setiausaha aku." Lagi sekali Kyle mendapat kejutan.

"Weyh? Bukan ke kau kata dia bukan citarasa kau? Apa dulu kau cakap? Dia terlalu kampung untuk kau kan?" Rasanya macam tak percaya bila Reyhan mengatakan dia jatuh cinta dengan gadis desa itu.

"Sambal belacan dia power!" Balas Reyhan. Kyle hanya menggeleng sambil ketawa. Tak sangka mat saleh celup ni boleh jatuh cinta hanya dengan sambal belacan.

"Tapi, aku serius ni Kyle. Get one for you, someone that you can hold till the last breath." Kyle terdiam. Memikirkan akan baik betulnya nasihat Reyhan.

Dia sedar, umurnya bukan lagi muda. Dan dia memang memerlukan seseorang. Terutama orang yang boleh membuatkan mulut uminya tertutup dan berhenti risaukan tentang dirinya.

"Tengoklah nanti macam mana. Nak cari pasangan bukan macam pilih baju. Tak berkenan, buang." Putus Kyle. Reyhan hanya menjungkitkan kedua bahunya. Malas nak sambung bebel. Alih-alih, jawapan Kyle akan tetap sama.

Nantilah.

Calon Suami KakakWhere stories live. Discover now