Right Over Here

318 35 7
                                    

Gempa berjalan menelusuri bahu jalan raya sambil menikmati pemandangan pokok-pokok yang rendang yang menghiasi jalan raya tersebut. Fikirannya kosong sembari dirinya hanyut sewaktu sedang mendengar muzik-muzik kegemarannya melalui earphone di telinga. Jiwanya terasa kosong dan letih, tetapi fizikalnya masih bertenaga untuk bergerak. Hairan.

Ding!

Gempa melihat ke arah layar skrin telefonnya apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi dan getaran daripada telefon pintar tersebut. Sebaik sahaja membuka aplikasi pesanan di dalam telefon itu, dia pun melihat nama Fang tertera di tapak paling atas notifikasi tersebut.

Fang 🐺

Hi, Gempa! Apa khabar?
Hari ni ada surat yang sampai ke rumah!
And guess what? Saya dapat belajar di tempat kegemaran saya! ✌

Saya sangat teruja dan tak sabar rasanya nak ke sana! Apa-apa pun, hari ni hari pertama awak belajar kan? Semoga hari pertama awak berjalan lancar!

Call me when you free 👌📱

Gempa tersenyum setelah selesai membaca mesej yang dikirim oleh Fang sebentar sahaja tadi. Semenjak dari hari Fang pulang ke kampung halamannya yang berdekatan dengan rumah Tok Aba, Gempa sudah tidak sempat untuk memikirkan lelaki yang disukainya itu dek kerana dia harus menyelesaikan banyak perkara di sini. Selain itu, banyak juga perkara yang berlaku pada masa yang singkat ini sehingga ia membuatkan Gempa harus fokus kepada yang lebih penting dan menjadi profesional terhadap perasaannya.

Ah, Gempa rindu akan dirinya sewaktu kanak-kanak dahulu. Dia masih ingat yang pada waktu itu tidak banyak yang dia perlu fikir dan risaukan. Hanya sibuk membayangkan apa yang akan dia jadi apabila dewasa nanti dan lakukan kerja-kerja yang persis seperti seorang usahawan yang berjaya. Walaupun Gempa tidak seberapa gemar dalam bidang perniagaan atau pengurusan syarikat, namun dia tidak dapat menafikan bahawa sekurang-kurangnya dia bersyukur yang kini dia sudah tidak perlu runsing memikirkan tentang apa yang perlu dia fokus untuk kerja nanti kerana ayahnya sudah menetapkan apa yang bakal dia jadi selepas ini.

Mungkin boleh katakan yang Gempa ini lemah dan terlalu mementingkan ayahnya, tetapi percayalah. Siapa saja yang ingin dirinya dikongkong? Dan Gempa bukannya ada niat lain melainkan hanya ingin perhatian ayahnya kembali kepadanya semula.

Gempa sedar yang semenjak dari kematian ibunya lagi ayahnya sudah mula kurang memberikan perhatian kepadanya. Selama 4 tahun dia membesar dan sebelum diserahkan di bawah jagaan atoknya, Gempa sudah sering merasai kesepian dan kesunyian di rumah. Pada awal dahulu Amato masih belum berjaya seperti sekarang. Dia masih menjadi pekerja suruhan yang hanya mampu bergantung hidup ke atas sebanyak mana usahanya dalam menjalankan tugasnya. Dan oleh disebabkan ingin berjaya dan mengejar impiannya, anak tunggalnya disisihkan dan dibiarkan seorang diri di rumah. Tanpa pengawasan pengasuh kecuali jiran-jiran tetangga.

Jadi apabila dia dapat tahu yang dia akan diserahkan kepada Tok Aba, Gempa rasa sedih dan kecewa. Dirinya yang pada waktu kecil itu tidak faham akan apa yang ada dalam fikiran ayahnya. Tergamak ayahnya lakukan perkara seperti itu. Tapi Gempa tetaplah Gempa. Dia akur. Akhirnya putus asa untuk merengek lama, dan biarkan ayahnya pulang semula tanpa membawanya kembali selama bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah dia mendapat berita bahawa ayahnya telah kahwin baru.

Hati anak mana yang tidak marah dan kesal akan ibu atau bapanya sekiranya mereka langsung tidak mengkhabari anak mereka bahawa mereka ingin memiliki pasangan baru? Apabila Gempa dapat tahu tentang perkara itu, dia marah bukan kepalang. Lebih kurang seminggu dua lamanya dia perlukan masa untuk bersendirian dan menenangkan dirinya. Dia kesal. Sungguh kesal.

Dia bukan sahaja tahu hal tersebut daripada orang lain, malah, ayahnya sendiri pun tidak memberitahu apa-apa. Tok Aba juga ternyata terkejut dengan berita tersebut.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now