Chaos

1K 107 20
                                    

"Apa.. Yang kau buat dekat sini, hah? "

Gempa merenung wajah Halilintar dengan tajam. Jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu. Namun Halilintar hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Keadaan mereka berdua menjadi tumpuan para orang yang lalu-lalang di sekitar mereka. Terutama sekali Halilintar. Tak cukup dengan wajah yang menarik, dia semakin menaikkan popularitinya dengan senyuman sinis.

"Heh, tadi kebetulan aku nak hantar client aku naik kereta api. Tapi tak sangka pula yang boleh berjumpa kau dekat sini. So, jangan ingat aku ekori kau ya, budak? Aku ada banyak lagi kerja lain nak kena buat. "

"Cis! " Gempa menjeling marah. Selepas itu, dia segera bangun dan menepuk-nepuk bajunya yang agak kotor kerana dia terduduk di atas lantai tadi.

Gempa ingin meninggalkan Halilintar, tetapi tiba-tiba lelaki itu menarik tangannya.

"Apa lagi? "

"Kejap. Kau... Dah masuk universiti ke belum? "

"Tak lagi. Ayah belum daftar. "

Terdiam Halilintar jadinya. Namun tidak lama selepas itu dia tersenyum dengan membawa maksud yang tersembunyi.

Hal itu sudah tentu membuatkan Gempa menyedarinya. Segera dia cuba melepaskan dirinya dari lelaki berdarah sejuk di hadapannya itu. Namun usahanya tentu sahaja gagal kerana jejaka beriris merah dingin tu tetap menghalang jalannya.

"Heish! Masalah betullah Mamat ni! Kang ada orang kenal aku susah nanti! " Gempa mendengus geram sambil menggigit bibir bawahnya. Jelingannya masih tetap pada lelaki itu.

Halilintar diam memerhatikan riak wajah dingin Gempa. Dia tahu bahawa gadis itu sedang memaki hamun kepadanya dan dia tidak terlalu kisah akannya. Selama dia membesar dan menceburi bidang perniagaan dalam mengusaha syarikatnya, sudah tentulah ada saja yang akan mencemburuinya dan memusuhinya dengan menyebarkan perkara-perkara dan perkataan yang keji. Alah bisa tegal biasa. Benda itu sudah jadi perkara biasa buat jejaka bernama Halilintar ini. Dan sekadar seorang gadis yang sedang geram dengannya? Itu hal kecil.

"Oi, budak. Nanti aku nak kau kasi aku kau punya result. "

"Huh? Result aku? Nak buat apa dengan result aku, hah? "

"Ada lah. Jangan banyak tanya pula. Aku nak kau hantarkannya pada aku malam ni. Ada faham? "

"Cis! Nombor kau pun aku takdelah! Fon aku dah rosak tempoh hari! "

"Oh? Takde masalah. " Halilintar terus mengeluarkan telefonnya dari saku seluar dan menaip sesuatu seolah-olah sedang menghantarkan mesej kepada seseorang.

Gempa hanya memandang dengan bersahaja. Di dalam fikirannya dia sudah memikirkan pasti lelaki di hadapannya itu ada helah sesuatu. Dan dia takkan masuk perangkap!

Ting!

Tiba-tiba Gempa menerima satu mesej personal. Segera dia melihat telefonnya dan membaca mesej tersebut.

01X XXXX XXX

"Kau boleh hancurkan banyak mana telefon yang kau nak. Tukar nombor sebanyak mana yang kau nak. Tapi segala hal peribadi kau, ada dalam cengkaman aku. "

Terbelalak mata Gempa melihat mesej tersebut. Serta-merta jari-jemari mulusnya kedinginan dan terasa sejuk.

"Dapat mesej aku? Jangan risau, itu nombor yang sama macam dulu. Dan itu nombor peribadi aku. Jadi... " Halilintar berjalan mendekati Gempa lalu menundukkan sedikit paras badannya sama dengan Gempa dan mendekatkan wajahnya di telinga gadis itu. Dengan nada dingin dia berbisik. "...simpan baik-baik, ya? Kau jangan ingat kau seorang sahaja yang tak boleh dicabar, selain kawan-kawan aku 5 orang tu, aku antara yang paling terkuat. Faham-faham lah ya budak? "

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now