What's The Matter?

986 100 7
                                    

"Gempa? "

Yaya mengetuk pintu bilik Gempa sambil memanggil nama cik mudanya dengan prihatin. Masakan tidak? Sejak kelmarin Gempa pulang ke rumah langsung tidak keluar dari bilik. Makanan pula hanya dijamah sedikit sahaja. Amato selaku ayah kandung Gempa sudah tentu terlebih dahulu mengkhuatiri anak tunggalnya itu. Namun asal dia mahu menjenguk, ada saja urusannya yang mendadak. Jadi dipendekkan cerita, beliau terpaksa meminta tukang gajinya tolong jenguk-jenguk akan anaknya itu.

Jadilah sekarang Yaya dan Ying kini sedang berdiri di ambang muka pintu bilik Gempa. Mereka pada awalnya mahu meminta tolong Fang namun entah kemana lah lelaki itu pergi kerana sejak kelmarin juga dia tidak pulang ke rumah. Hal ini semakin membuatkan seisi penghuni rumah agam yang mewah itu semakin kerisauan.

"Tsk, biarkan jelah minah tu kat situ. Mereput sampai ke mati pun takpelah. Senang sikit. " Suzy berdecit dalam diam. Menyampah pula rasanya apabila melihat seluruh penghuni rumah kecuali keluarganya begitu bersungguh-sungguh sekali ingin memujuk Gempa supaya keluar dari biliknya.

Sofia menatap sahaja pembantu rumahnya itu. Dalam diam dia sedikit kurang senang dengan perubahan Gempa. "Apa kes pulak budak kampung ni? Nak mati dah ke? Heh, kalau dah nazak, senanglah kerja aku lepasni~" Dengan sinis Sofia tersenyum dan dirinya mula membayangkan saat-saat di mana dia dapat menghancurkan keluarga Gempa.

Kembali ke Yaya dan Ying, kelihatannya mereka masih gagal untuk memujuk Gempa keluar dari biliknya. Masing-masing mula mengeluh kesah. Perasaan risau semakin membuak-buak dalam jiwa mereka memikirkan keadaan Gempa yang masih belum menjamah apa-apa sejak pagi tadi.

"Gempa... Jangan macam ni. Share lah dengan Yaya dan Ying. Mana tahu kitorang boleh tolong? " Yaya masih cuba memujuk Gempa.

"Ya loh... Jangan macam ni maa... Tuan Amato sangat susah hati wo.. Kamu ada masalah kah? Share lah dengan kami. " Ying juga tidak jemu memujuk Gempa.

Hening. Itu sahaja yang mereka dapat dari gadis itu. Yaya dan Ying mengeluh kecewa. Walaupun mereka masih tidak ingin menyerah kerana dari segi mereka rapat, namun mereka harus faham akan status mereka bahawa mereka berdua hanyalah hamba kepada seorang gadis yang merupakan anak kepada tuan mereka.

"Macam mana ni, Ying? " Yaya menoleh ke arah Ying dengan wajah sedih.

"Kita biarkan sajalah dia dulu. Nanti bila sudah baik, kita tanya baliklah. " Ying membalas sambil cuba memberi semangat buat sahabatnya.

Yaya hanya mampu pasrah. Dirinya cukup risau akan Gempa. Entah apa sudah jadi kepadanya kelmarin tak tahulah dia. Akhirnya, Yaya dan Ying terpaksa berganjak dari situ dengan hati yang tidak rela.

Klik!

"Kak Yaya... Kak Ying... "

Terdengar suara lemah dari arah bilik Gempa sebaik sahaja Yaya dan Ying baru beberapa langkah ke hadapan. Mereka berdua kenal sangat akan suara itu. Pantas mereka berpaling lalu melihat pemilik asal suara tadi.

"Gempa! " Seukir senyuman kegembiraan muncul di wajah 2 orang pembantu rumah itu sebaik sahaja mereka melihat wajah Gempa berada di ambang muka pintu biliknya. Segera 2 gadis tadi berlari mendapatkan Gempa.

"Gempa! Gempa kenapa? Gempa sakit ke? Gempa lapar? Nak makan tak? " Yaya bertanya dengan nada yang khuatir ke arah gadis itu. Di belek-beleknya wajah Gempa takut-takut kalau ada sebarang luka yang mereka terlepas pandang.

Gempa sekadar menggeleng bagi menjawab pertanyaan Yaya. Dia menatap wajah runsing Yaya dan Ying secara bersamaan. "Kak Yaya dan Kak Ying... Boleh dengar masalah Gempa tak? " Dengan sayu Gempa bertanya pada 2 orang pembantu rumah itu.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now