Pihak polis dan 7 orang itu mengambil masa 1 jam untuk bersoal siasat akan kejadian yang tiba-tiba itu. Untunglah mereka bertujuh terselamat dari sebarang pertuduhan dan pihak polis ingin membantu siasatan akan serangan tiba-tiba tadi. Kini mereka bertujuh kembali ke niat asal mereka iaitu menikmati waktu makan tengah hari di dalam mall yang besar di hadapan mereka. Mereka masuk dengan keadaan bersahaja seolah-olah serangan yang mengejutkan tadi tidak memberi apa-apa impak langsung ke atas mereka.
Namun, Gempa dalam diam semakin memperlahankan langkah kakinya dari mengekori 6 Saudara Boboiboy itu. Sebaik sahaja jaraknya dan mereka agak menjauh, Gempa keluar dari mall tadi dan melilau di sekeliling seolah-olah sedang mencari sesuatu.
"Cis, kat mana pula..? " Gempa mendongakkan pula kepalanya ke atas untuk melihat bangunan-bangunan yang tinggi di bandar itu. Terdapat sebuah kawasan perumahan kondominium di hadapan mall itu dan jaraknya hanya 1 kilometer sahaja. Gempa melihat kondominium itu lama sehingga dia tertangkap susuk tubuh pelik di bahagian atas kondominium yang tingginya mungkin dalam lingkungan 15 tingkat.
Gempa mengenyitkan matanya sedikit cuba memfokuskan susuk tubuh itu. Seperti seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang memandangnya. Namun kerana penglihatan yang agak kabur dan ditambah pula jarak mereka agak jauh, Gempa tidak dapat mengecam wajah lelaki berselubung tersebut.
"Siapa tu..? " Desis hati Gempa hairan.
"Gempa? "
Terkejut Gempa jadinya apabila seseorang menegurnya dari belakang. Dia segera memalingkan wajahnya ke belakang dan mendapati bahawa 6 Saudara Boboiboy sedang berdiri sambil memerhatikannya dengan riak wajah tertanya-tanya dan khawatir. Taufan yang berada lebih berdekatan dengan Gempa semakin mendekat dan memandang Gempa dengan penuh kerisauan. "Kau ok? "
"Aaa...? Uuhh... O-ok je.. Jom masuk? " Gempa cuba mengalih perhatian.
Taufan tahu akan helah Gempa namun dia tidak mempersoalkannya. Yang lain juga sama.
Kemudiannya, mereka bertujuh pun seiringan masuk ke dalam mall besar itu bersama-sama. Seolah-olah melupakan segala kejadian yang di luar jangkaan berlaku. Al-maklum sudah biasa... :v
💖✨💖✨💖✨💖
"Baiklah, hari ni kita nak makan apa? " Dengan penuh perasaan yang teruja Thorn melihat setiap nama hidangan yang terdapat dalam menu yang diberikan oleh pelayan restoran itu. Kecur air liur jadinya apabila melihat begitu banyak hidangan yang menyelerakan ditayangkan di setiap muka menu.
"Aku nak western jelah. " Solar mengangkat suara.
"Aku fastfood. " Ais juga tidak ketinggalan.
"Eewww.. Kau ni asyik fastfood je! Tu yang berat badan tak turun-turun tu! " Blaze menjeling Ais yang duduk di sebelahnya.
Jelingan Blaze dibalas dengan jelingan sebal pula dari Ais. Menyampah ditambah pula geram kerana terlalu suka masuk campur hal hidupnya dan paling tidak dapat dimaafkan bila pergi mention berat badannya depan Gempa. Ada ke patut?
Gempa tertawa kecil melihat telatah mereka berdua. Dan dia tidak terlalu mempermasalahkan tentang kehidupan Ais. Baginya, setiap insan bebas menentukan hidup masing-masing. Mereka ada hak ke atas hidup mereka. Cuma maut sahaja mereka tidak akan dapat mengawalnya.
"Tidak perlu gaduh-gaduh. Semuanya sila nikmati sahaja makanan yang tersaji. Saya harap, kita dapat menikmati sajian pada hari ini, ya? " Dengan pakej senyuman manisnya Gempa mempelawa yang lain.
YOU ARE READING
Don't Play with Her! [🔰]
Fanfiction[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahnya selepas sekian lama tinggal bersama atoknya. Tetapi dia sering diperlekehkan kerana dia sudah sekian lama dibesarkan di suasana kampung d...