Selepas melihat keberadaan Ais dan Gempa hilang, Halilintar dan yang lain kembali memandang ke arah kumpulan pengganas tersebut. Masing-masing menunjukkan wajah serius dan bersedia. Mereka mula membuka kekuda untuk bersedia berlawan.
"Sedia? "
BANG!!
"AARGHH!! "
"BOSS!!? "
Terkejut para pengganas tersebut setelah mereka mendapati ketua kumpulan mereka tiba-tiba ditembak tepat mengenai dada kanannya. Manakala 5 sekawan tadi (kecuali Ais) sudah terlopong luas mulut mereka melihat keadaan tersebut. Blaze terkebil-kebil hairan. "Err... S-siapa yang tembak tadi? "
"Gempa! Tunggu dulu! Bahayalah!! "
Pantas orang yang berada di situ berpaling ke belakang dan mendongak melihat keberadaan Gempa yang kini sedang turun dari tangga dengan cepat manakala Ais di belakangnya terus mengejarnya. Pandangan Gempa pada kumpulang tadi langsung tidak dialihkan dan ia seolah-olah membakarkan semangat Gempa untuk terus menyerang kumpulan tersebut.
Taufan, Blaze dan Thorn terbuka mulut mereka dengan luas sampai boleh nampak anak tekak masing-masing sewaktu memandang Gempa. "Gila cool Gempa. " Solar berbisik sambil sweatdrop. Sebenarnya dia sendiri kagum dengan Gempa yang walaupun kecil badannya namun keberaniannya sangat mengagumkan.
"Kau dah tembak ayah aku. Kali ni... KAU MAKAN PULA PELURU NI!! "
"LARI WOOOII!! "
BANG!
BANNGG!!
BANG!!!
BANG!!"Weeyy!! Anak sapa yang ganas sangat ni?! " Taufan berlari sambil menjerit ketakutan. Nasib baik tak terkucil dalam seluar kerana ingin mengelakkan diri dari tembakan Gempa yang dikhuatiri mengena mereka. Tsk! Ini Gempa lah! Tak main lah tembak tak kena ni!
"Taufan! Saya nak awak keluar sekarang dan bawa masuk awak punya kereta! Sekarang!! " Gempa menjerit lantang ke arah Taufan yang membuatkan jejaka beriris biru sapphire tersebut kaku seketika. Namun dia tidak menunggu lama sebelum dia mengangguk laju dan terus keluar dari keramaian tersebut.
Gempa masih tidak berhenti dari menuruni tangga. Dia terus-menerus melepaskan das tembakan ke arah kumpulan tersebut. "Ckh! Kurang asam laksa punya budak!! " Salah seorang dari kumpulan pengganas tersebut terus mengacukan pistolnya ke arah Gempa dan mula menembak.
Solar yang perasan akan hal itu terus memandang ke arah Thorn. "Thorn! Cepat lindungi Gempa! " Tidak membantah, Thorn terus meluru ke arah Gempa untuk melindungi gadis tersebut dari setiap tembakan.
Halilintar mengeluarkan satu lagi pistolnya. (Seriously? Berapa banyak mamat ni ada pistol sebenarnya? :v) lalu, membalingkannya ke arah Solar. "Dah, jom habiskan semua ni. Aku tak nak dipanggil lelaki dayus balik sebab tengok perempuan tu je yang lindungi kita. "
Solar tertawa sinis sambil menerima pistol tadi. "Heh, padan muka. "
Halilintar mengabaikan kata-kata sinis Solar dengan mendengus lalu mereka berdua pun mula berlari menuju ke arah pengganas tersebut.
Manakala Blaze yang sedari tadi melihat hanya menahan rasa semangatnya untuk berlawan. "Kkhh!! Nasib baik aku pandai main bom je! Kalau tak, habis semua aku tembak!! Ceehh.. Tapi bosan lah pula duduk sorang-sorang. Hm? " Blaze ternampak Amato yang nyatanya masih berada di atas lantai dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Seriuslah? Takde ke siapa-siapa nak tolong Tuan Amato tu? Kang kena pijak naya pakcik tu. Hmm... Takpela. Alang-alang aku tengah duduk rilek ni. Jom buat amal ibadat kejap. " Blaze terus berlari mendapatkan Amato yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
YOU ARE READING
Don't Play with Her! [🔰]
Fanfiction[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahnya selepas sekian lama tinggal bersama atoknya. Tetapi dia sering diperlekehkan kerana dia sudah sekian lama dibesarkan di suasana kampung d...