Katakan kau cinta aku
Sehingga hujung dunia
Segalanya
Ku berikan
I know I love you.
.
.
Jaehyuk p.o.v
Bosan tahu semua orang busy ada hal masing-masing. Nak buat macam mana? Tapi tulah aku okey je.
And now aku dekat arcade. Menggamit kenangan kejap.
Setiap kali datang sini aku mesti teringat dia.
Siapa dia? Mesti korang nak tahu kan?
Dia merupakan kawan baik aku. Satu-satunya kawan paling istimewa buat aku.
Moon Mirae, her name is nice isn't it?
Mirae means future. But my future already gone cause I couldn't take care of her.
Dia mati sebab kes dera. Waktu tu aku sempat selamatkan dia tapi aku lambat sebab waktu tu mak dia campak pasu dekat depan mata aku.
Betapa sakitnya hati aku ketika aku rawat bekas luka yang penuh diseluruh badannya. Sebab itulah dia sering menutup tangannya walaupun mukanya jelas kelihatan seperti sakit.
Ketika aku sedang berlari sambil mengendong dia di belakang, dapat aku rasanya detak jantungnya lemah. Dengan peluh yang membasahi wajahku aku berlari dan terus berdoa
“Mirae tolong bertahan kita dah nak sampai.” rayuku walaupun dia tidak sedar tika itu.
Sampai sahaja dia hospital aku terus merempuh ke pintu kecemasan dan memanggil nurse dan doktor yang berada disitu. Segera dia di bawa pergi.
Masih aku ingat sentuhan tangannya berasa sedikit dingin. Aku tunggu di luar sambil berdoa agar dia baik-baik sahaja.
Semakin galak aku berfikir semakin galak juga memori aku dan dia bermain di minda. Gelak tawanya, senyumannya bahkan suara lembutnya seakan terngiang-ngiang. Lebih membuat aku sedih apabila aku teringat pertama kali dia menangis teresak-esak di hadapan ku.
Berkali-kali dia masuk hospital, tapi tak pernah dia cerita padaku.
Sisa darah dari kepalanya masih berbekas pada sweater jingga milikku. Ketika aku menunggu aku rasa seperti separuh bahagian badanku kosong.
Tanpa sedar doktor terus memanggil aku.
“Jaehyuk....” Dr. Han Yura, doktor yang merawat Mirae tu seringkali nampak aku ketika aku menjaga Mirae di hospital buat pertama kalinya. Terus aku memandangnya.
“Doktor Han.... macam mana? Mirae okay?” tanyaku.
Doktor Han sekadar tersenyum pahit. Terdapat kesedihan pada mukanya. Dia kenal Mirae sejak pertama kali dia rawat. Malah menganggap Mirae seperti adiknya.
“Dia lemah. Terlalu lemah. Bahkan ketika aku merawatnya detak jantungnya lemah. Macam mana boleh jadi sampai begitu?” soal Doktor Han dengan kerutan sedih pada wajahnya.
“Mak dia.” jawab aku mendatar. Semakin benci aku terhadap orang tua tersebut. Anak patut dijaga bukan dibuat seperti patung.
“Sekali lagi?” tanya dia kecewa. Aku mengangguk.
Mirae juga pernah kata padaku yang Doktor Han ingin membawa dia tinggal bersama tapi dia menolak walaupun berkali-kali diajak.
YOU ARE READING
0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) ||Kang Taehyun||
Short Story𝙆𝙖𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙎𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙝𝙪𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙎𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙆𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙄 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪 Maafkan aku..... Short story 0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) (Kang Taehyun feat Kim Eunyo) Statu...