10

17 8 0
                                    

Katakan kau cinta aku
Sehingga hujung dunia
Segalanya
Ku berikan
I know I love you

.

.

.

Selesai sahaja pembelajaran waktu pagi, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

Apa dia tu?

Ianya adalah waktu rehat!

Benar semua pelajar menantikan saat tersebut. Kerana hari ni hari Rabu, jadi terdapat menu yang amatlah dinantikan.

Termasuk juga Eunyo and the gang.

"Jom cepat wey. Harini menu sup rumpai laut weyh. Menu yang kita tunggu-tunggu dari semalam!" Dengan bersemangat Sera menarik tangan aku. Baru sahaja aku ingin memanggil mereka bertiga, mereka terlebih dahulu berada di dalam barisan.

Cis tak guna kau!

"Ehh bangang punya kawan tinggalkan kitorang" sumpah Sera. Taehyun, Soobin dan Jaehyuk yang sedang beratur memandang mereka sambil tersengih.

Aku sekadar menggelengkan kepala sambil senyum. Ada ada jelah korang ni.

Aku dan Sera mengambil tray serta chopstick dan sudu. Dan kami pun menunggu sehinggalah giliran kami.

Aku hanya ambil sederhana sahaja, tapi bila sampai sayur tadi aku minta makcik tu letak lebih.

Sempat lagi dia puji aku rajin makan sayur. Ahaks! Yelah biasanya yang minta sayur lebih selalunya muka aku.

Sera aku tengok dia macam tak makan sebulan je. Takkan mak ayah dia tak bagi makan.

Apa pun aku menuju ke meja yang diduduki oleh sahabat aku. Dengan bacaan doa aku pun mula makan.

Eomma kata makan dengan sederhana.

Jadi aku sebagai anak yang tak beberapa taat pun ikut jelah. Sorry eomma dapat anak terlucknut di dunia ini. But don worreh ai still pollow ur werd okeh!

Selesai habis makan aku pun menghantar kembali tray ke tempat khas agar makcik makcik kafeteria dapat kumpul untuk membersihkan.

Apalagi selepas makan, kami pun belilah desert. Taehyun belanja aku. Dan aku pun terserempak dengan Lee Chan dan Choi Hansol. Mereka mengucapkan terima kasih atas makanan yang aku belanja haritu. Alah yang booseoksoon bawa balik tu.

Mereka memberi aku coklat m&m dan susu coklat dutchlady.

Betullah orang kata buat baik di balas baik.

Alhamdullilah rezeki aku harini.

Susu yang dibayar oleh Taehyun aku pegang. Kami duduk kembali ke meja tetapi kali ni lagi ramai kerana terdapat beberapa rakan kelas aku join. Kami pun sekadar borak-borak kosong.

Baru sahaja aku ingin minum susu, terdapat seorang pelajar yang menjerit menarik perhatian aku.

Aku lihat terdapat kes buli dekat sana.

0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) ||Kang Taehyun||Where stories live. Discover now