Katakan kau cinta aku
Sehingga hujung dunia
Segalanya
Ku berikan
I know I love you.
.
.
Straw yang dikeluarkan dari plastik di cucuk pada kotak minuman susu coklat dutchlady. Susu tersebut diberikan kepada budak perempuan tadi.
"Terima kasih akak sebab tolong saya" ucapnya sambil bow 90°. Terus Eunyo menyuruhnya duduk.
"Tak apa. Lagipun nama adik?"
"Nam Jiwoo."
"Jiwoo.... Jiwoo ada baju untuk salinan baru ke?" Tanya Sera. Dia menggeleng perlahan.
"Tak apa. Akak ada baju lama. Tak tahulah awak muat lagi ke tak. Tapi tu baju tahun lepas. Tak apakan?" Jiwoo menggeleng sekali lagi.
"Tak apa asalkan muat sudah cukup bagi saya" balasnya lembut.
Sera menunggu di tandas perempuan bersama Jiwoo. Manakala Eunyo kembali dengan pakaian uniform sekolah lamanya.
"Nanti Jiwoo coverlah nama akak guna nametag Jiwoo." Kata Eunyo. Jiwoo mengangguk.
Sempat dia tanya rakan kelasnya jika ada sesiapa bawa syampu. Manalah tahu ada yang guna beg sekolah sebagai beg travel ataupun tertukar beg.
Jihoon menyerahkan syampu miliknya yang tinggal sedikit isinya. Itupun Eunyo sudah rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya kepala Jiwoo rasa segar.
Setelah selesai menukar baju dan mengeringkan rambut. Eunyo dan Sera menghantar Jiwoo ke kelas kembali. Risau nanti budak tu kena attack.
Coklat m&m pemberian Hansol tadi diberikan kepada Jiwoo. Katanya rezeki. Sempat dia menyelitkan sedikit wang agar Jiwoo dapat membeli makanan ketika pulang ke rumah.
"Terima kasih Eunyo unnie, Sera unnie" katanya sambil menunduk. Eunyo dan Sera pun sama. Dengan gembira mereka pun pulang ke kelas.
.
.
.
"Eunyo apa jadi?" Tanya Seungkwan. Ketika itu dia berada di tandas, teman Seokmin. Jihoon dan Mashiho pun ingin tahu sekali. Maka mereka berkumpul di meja Eunyo dan Taehyun.
Maka Eunyo pun mulalah cerita dari pembuka kata sehingga akhir kata. Sera pun ada menambah sedikit.
Mereka bertiga mengangguk faham.
"Lah ingatkan berlagak sangat. Bila tahu identiti kau terus senyap" kata Jihoon yang disambut anggukan Mashiho.
"Betul betul betul"
"Baguslah kalau diorang dah kena basuh dengan kau" setuju Seungkwan.
"Kalau gitu story dia baik aku tengok secara live tadi" kata Mashiho. Gempak betul.
"Aku confirm kau jadi bahan bualan esok" sampuk Jaehyuk. Soobin mengangguk.
"Famous kau Eunyo. Habislah kau" kata Soobin. Sera disebelah hanya gelak.
Eunyo sekadar mengangkat bahu. Sejak tadi Taehyun genggam tangannya erat seperti tak mahu lepas.
Kadang kala Eunyo akan mengukur saiz tapak tangan mereka. Baginya ia menyeronokkan.
Taehyun sekadar tersenyum suka dari tadi apabila dia melihat Eunyo yang kadang-kadang malu.
"Taehyun lepaslah. Macam mana aku nak menulis nanti?"
"Aku tuliskan untuk kau" jawabnya selamba. Eunyo sabar sahajalah. Nasib sayang. Kalau tak campak nanti.
Taehyun memberinya banana milk dan Eunyo terus minum. Guru yang mengajar di hadapan dia fokus.
Beberapa jam berlalu maka selesailah pembelajaran mereka hari ini.
"Minggu depan saya ada kursus dekat luar Seoul. Jadi esok Hueningkai akan ambil modal fizik di atas meja saya. Boleh ye?" Kata Cikgu Lu sambil memandang Hueningkai. Hueningkai sebagai ketua kelas mengangguk. Dah tugas dia nak buat macam mana.
"Okay itu sahaja hari ni."
"Kelas bangun! Terima kasih, cikgu!"
"Terima kasih, cikgu!" Maka kesemua pelajar pun pulang.
"Bye Eunyo jumpa nanti" ucap Taehyun. Sempat dia cium tangan aku sebelum dia lepas. Aku terkedu disitu.
Argh sekali lagi aku macam tak tentu arah.
Aku berjalan menuju ke pagar sekolah. Jalan sahaja aku melihat kereta abang aku di situ. Dengan selamba dia. Kurang asam punya, abang. Macamlah aku tak nampak.
Sempat aku lambai ke arah kawan aku sebelum aku membuka pintu kereta.
"Eh hyung kau kenapa pakai macam ni siot?" Tanya aku kepada Minhyuk. Butang kemeja terbuka dari atas. Jangan memain kamu nak try goda anak orang. Suruh eomma tarik telinga tu baru tahu.
Jangan tanya kenapa aku kadang panggil dia oppa atau hyung. Ikut mood lah. Tapi sama je kan maksud dia.
"Sukahatilah. Aku punya stail kot. Adik apa tahu?" Aku mencebik.
"Eleh katalah nak ngorat anak dara orang. Pigidah" dia membuat muka ada aku kesah.
"Singgah starbucks jap. Adik nak beli air. Teringin nak try java chip frappucino" muka terkejut Minhyuk tunjuk.
"Teringin?! Kamu mengandung ya?! Anak siapa?! Taehyun?!" Sudah keluar ayat mengarutnya. Aku menampar kuat paha dia.
Padan muka
"Memandai je kata adik preg. Oppa nak mati ke? Hish orang teringin nak try je. Bongok betul. Otak tu pergi basuh." Marah Eunyo. Terus stereng dibelok ke drive thru starbucks.
"Huhuhu bukan rupanya" kata Minhyuk dengan nada sedih yang di buat buat.
"Selamat datang ke starbucks! Order?" Sapa akak yang mengambil order. Macam mana aku tahu dia perempuan. Suara dia lah. Cepuk karang.
"Saya nak order java chip frappucino satu. Medium cup" kata aku dengan jelas dan teliti. Setelah membuat bayaran semua. Kami menuju ke destinasi yang perlu dituju.
YOU ARE READING
0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) ||Kang Taehyun||
القصة القصيرة𝙆𝙖𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙎𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙝𝙪𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙎𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙆𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙄 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪 Maafkan aku..... Short story 0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) (Kang Taehyun feat Kim Eunyo) Statu...