9

16 8 0
                                    

Katakan kau cinta aku
Sehingga hujung dunia
Segalanya
Ku berikan
I know I love you

.

.

.

"Morning Eunyo! Kau nak sandwich? Tuna mayo ni. Sedap!" Sapa Seokmin dengan ceria dipagi hari. Aku mengeluarkan buku yang berada di loker aku semalam.

Aku buat latihan sejarah semalam. Buku nota aku tinggal. Lagipun sikit je nota.

Seokmin masih lagi berdiri dengan sandwich tuna mayo. Dia tak tahu ke?! Tu sandwich kegemaran aku!

Dia memberi dan aku ambil. Senyuman manis aku berikan. Tak lupa ucapan terima kasih.

Appa cakap "selalulah ucapkan terima kasih walaupun benda tu buruk....tapi kalau buruk sangat adik bagi je penampo. Okey!" Ayat belakang tu dibisiknya takut eomma dengar. Aku hanya angguk angguk daechwita sahaja.

Tak lupa errmelloo dia bagi aku. Tapi aku tolak dengan baik sebab aku tak minum mello pagi ni. Aku minum susu coklat dutchlady. Barulah boleh jadi kuat macam dekat tv tu. Aku heran cam mane dia boleh angkat orang cam tuh.

"Errmello tu kau minumlah. Aku tak nak" kata aku. Dia sekadar menjawab okey. Setelah berborak sebentar dengan dia kami pun masuk ke kelas masing-masing.

Taehyun dia mesej aku dia datang lambat sikit walaupun sekarang jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Masuk sampai pukul 8:00 pagi.

So, no problem.

Sempat aku pinjam nota sejarah Soobin. Walaupun tulisan dia mengalahkan doktor yang mengambil izajah. Terima kasih kepada penglihatan yang tuhan beri aku mampu baca.

Sebab nota dia pendek pendek. Barulah taste Kim Eunyo.

Dalam 30 minit tepat-tepat Taehyun masuk kelas. Aku suruh Jaehyuk passkan buku nota sejarah dekat Soobin.

|Sera||Soobin|             |Jihoon||Shiho|

|Sungkwan| |Jaehyuk|      |Eunyo||Taehyun|

Itulah susunan meja kelas kami. Meja aku belakang sekali tengah sebab ada pintu keluar kot. Ada je lagi pelajar kat depan tu

Meja Jaehyuk and Sera ada tingkap. Haritu anak Yoon tu dia pergi buka tingkap time aku tengah susun semua kerja lapangan geo aku. Nasib baik pintu belakang dah ditutup time tu. Kalau tak habis melayang kertas aku sampai luar kelas.

Nak cakap je, Jihoon dan Mashiho tu kawan kami juga.

Setelah beberapa minit, Miss Cha guru bahasa inggeris kami pun masuk

Maka bermulalah sesi pembelajaran kami sepertj biasa dari pukul 8:30pagi - pukul 12:00 tengah hari. 12:00-1:00 lunchtime. Pukul 1:30 belajar. Sampai pukul 2 kami balik.

.

.

.


"Itadaima (i'm home)" kata aku. Dah kenapa aku berbahasa jepun pula ni.

"Okaeiri (welcome home)" sambut satu suara yang tak asing.

"Eo Kim Minhyuk oppa!" Jerit aku dengan terkejut. Nak balik tak call. Dasar punya abang.

"Oppa buat apa dekat sini?" Soalan paling bijak dalam abad ini aku tanya. Terus Minhyuk oppa jentik dahi aku.

"Cutilah. Apa lagi." Jawabnya selamba.

Aku mengembungkan pipi. Marah and geram. Sukahati je jentik dahi orang. Dahlah kasar. Taehyun pun tak buat macam tu.

"Lain kali call lah. Bolehlah adik masak-"

"Kau pandai masak ke? Seriuslah?" Aku syak dia nak menganjing aku.

Aku menjeling dia.

"Eh adik dah boleh masak okey. Cuma oppa microwave jelah makanan dalam peti sejuk tu. Lauk mama Taehyun bagi ada lagi. Fast food semalam ada lagi masa adik makan dengan kawan semalam" terang sambil naik tangga. Nak tukar baju mandi. Busyuk! Ehe!

"Okay! Mint choco frappe ni aku habiskan ea!" Tanya dia sambil tunjuk.

"Tak payahlah! Oppa minumlah kalau berani. Adik dah bubuh air liur dalam tu!" Jerit aku. Taktik agar makanan kegemaran aku tidak disentuh.

Korang pun buat juga kan? Baik mengaku!

"Kau ni selekehlah" kata dia kuat.

Aku sekadar ketawa jahat.

.

.

.

You're my love
And my only one
Please stay with me
Together forever
I love you
And I want you
Hmm~

Aku sekadar menyanyi kecil sahaja. Langit yang semakin gelap aku tatap sambil memikirkan sesuatu.

Lagu yang aku hanya nyanyi berdasarkan memori yang lalu membuatkan aku macam pernah dengar. Tapi di mana ya?

"Akak Sera masuklah. Eomma suruh tidur. Kang nanti macam badak liat taknak bangun" kata adik aku, Park Jinho. Umur tak perlu tanya sebab perangai dia lahanat nak mati.

"Sibuk lah kau. Dah syuh syuh aku sumbat cili dalam seluar kau nanti. Kacau je" halau aku. Jinho sekadar mencebik.

"Fikirkan pasal Soobin hyung lah tu" kata dia sambil ketawa mengejek. Terus aku keluarkan satu alat yang boleh buat dia diam.

"Eh akak janganlah macam tu. Kitakan adik beradik" pujuk dia dengan muka yang dah berpeluh habis.

"Adik beradik atau tak mari sini kau!" Tarik Sera. Lalu Jinho pun mula lari sambil minta maaf.

"AMPUN KAK!!!!" jerit Jinho. Maka nasiblah siapa yang satu taman dengan diorang.

"Park Sera! Park Jinho! Pergi tidur, S.E.K.A.R.A.N.G." arah Puan Park dengan kuat. Maka mereka pun berhenti.

Malam pun sunyi dan mereka telah pun pergi tidur.










Sebenarnya senjatan yang dimaksudkan Sera adalah Odi. Landak kecil peliharaan Soobin. Dia nak masukkan dekat belakang baju adiknya.

Kesimpulannya, Jinho tak suka Odi.









0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) ||Kang Taehyun||Where stories live. Discover now