8

16 8 0
                                    

Katakan kau cinta aku
Sehingga hujung dunia
Segalanya
Ku berikan
I know I love you

.

.

.

Aku teruskan berlari tanpa melihat belakang. Dalam fikiran aku hanya ingin menyelamatkan dia. Peluh yang menitik aku biarkan.

Tolonglah jangan. Itu yang aku jerit dalam hati.

Aku tak tahu sebab apa kami di kejar. Tapi ketika itu aku dan dia terpisah.

Dapat aku lihat keluarga aku dibunuh di istana. Aku dan dia berlari untuk menyelamatkan diri.

Sampai sahaja aku melihat dia memegang pedang untuk berlawan dengan penjahat tersebut. Lantas aku berlari untuk melindunginya.

Aku menjerit memanggil namanya. Tapi tak dapat didengari oleh aku sendiri.

Dia memandang aku sambil menggeleng

Berpuluh anak panah mereka lepaskan dan aku sempat memberhentikan masa dan memeluk dia.

Hanya kami yang dapat bergerak ketika itu. Dia mula menangis.

Dia berkata sesuatu tapi aku tak dapat mendengarnya. Apabila aku menjawab aku juga tidak dapat mendengar apa yang aku katakan dan seperti aku tidak faham apa yang dikatakan oleh kami.

Dengan angguk dia tersenyum dan dia menukar posisi ingin melindungi aku. Masa yang diberhentikan kembali pulih. Sayap besar miliknya berwarna putih terus melindungi aku.

Kesemua anak panah memenuhi sayap putih suci miliknya. Tepat satu anak panah mengena pada dadanya. Aku menangis teresak lalu memeluknya. Terasa dia bernafas dengan susah.

Ketika penjahat mula mendekati kami aku undur ke belakang tanpa sedar tiada lagi jalan dibelakang, kami jatuh ke dalam jurang paling dalam.

Aku mengeluarkan sayap lalu memberhentikan masa. Badannya aku peluk erat. Satu pedang muncul di tangan aku. Iris mata aku bertukar menjadi warna emas. Dengan perasaan marah, aku membunuh mereka tanpa belas kasihan. Kesemua kepala aku pancung.

Diriku bertukar menjadi asal

.

.

.

Taehyun terus tersedar dari mimpi yang dialaminya. Airmata yang berbekas di pipinya di usap. Terasa seperti mimpi yang dialaminya amatlah benar. Detak jantungnya berdebar dengan laju.

Baju diselak. Tanda ♧ yang berada di belakangnya dilihat melalui cermin. Masih dia ingat kata seorang nenek tua bahawa tanda yang berada pada dirinya amatlah istimewa. Terus dia mengeluh dan berfikir.

Kenapa mimpi tadi seperti benar? Itulah soalan yang sedang bermain dalam fikirannya.

Peti sejuk dibuka. Botol air diambil lalu dia meneguk air agar dapat melegakan tekaknya yang haus tadi.

Malas berfikir dia sambung kembali tidur.

.

.

.

Aku teruskan melawan berpuluh penjahat yang berada di hadapan aku. Dalam fikiran aku hanya berharap dia selamat. Peluh yang menitik aku biarkan.

Tolonglah selamatkan diri kau. Abaikan aku disini. Kau selalu melindungi aku. Kalini biar aku balas. Kata aku dalam hati sambil melawan penjahat tersebut.

Aku tak tahu sebab apa kami di kejar. Tapi ketika itu aku dan dia terpisah.

Dapat aku lihat keluarga aku dibunuh di istana. Aku dan dia berlari untuk menyelamatkan diri.

Ketika aku sedang berlawan aku mendengar dia seperti memanggil aku. Tapi seperti mute nama aku.

Aku memandangnya dan menggeleng agar jangan datang kesini.

Aku melihat dari jauh anak panah yang ingin dilepaskan

Berpuluh anak panah mereka lepaskan dan dia sempat memberhentikan masa dan memeluk aku.

Hanya kami yang dapat bergerak ketika itu. Aku mula menangis.

Aku berkata sesuatu tapi aku tak dapat mendengarnya. Apabila dia menjawab aku juga tidak dapat mendengar apa yang dia katakan dan seperti aku tidak faham apa yang dikatakan oleh kami.

Aku angguk lalu tersenyum dan aku segera menukar posisi ingin melindungi dia. Masa yang diberhentikan kembali pulih. Aku terus mengeluarkan sayap besar putih aku agar aku dapat melindunginya.

Kesemua anak panah memenuhi sayap putih suci milik aku. Pedih dan sakit. Aku terasa seperti ditusuk dan aku melihat tepat jantung dada aku terdapat anak panah menembusi kulit daging badan aku. Aku terbatuk darah dan air mata aku mengalir.

Dia menangis teresak lalu memeluk aku. Waktu tu aku susah hendak bernafas dengan teratur.

Ketika penjahat mula mendekati kami dia mengundur ke belakang tanpa sedar tiada lagi jalan dibelakang, aku dan dia jatuh ke dalam jurang paling dalam.

Sungguh erat dia memeluk aku seperti tidak lepas.

Dia mengeluarkan sayapnya lalu memberhentikan masa. Sempat aku lihat sebelum mata aku hendak tutup. Badannya aku peluk erat. Perkara terakhir yang aku dengar bunyi pedang yang sedang memenggal sesuatu.

.

.

.

Eunyo tersedar dari mimpi. Masih dia rasa bagaimana sakitnya anak panah seperti menusuk habis badannya. Dia menyentuh dada kirinya seperti rasa sakit yang sedang mencengkam habis.

Tanda ◇ yang berada pada bahunya dilihat. Masih dia ingat bahawa seorang nenek tua mengatakan bahawa tanda pada bahunya istimewa. Walaupun dia tidak menunjukkan tapi nenek tua tersebut seolah-olah tahu.

"Kenapa ianya seperti betul. Ni kalau aku tak dapat tidur ni siap kau. Tak guna punya mimpi" kata Eunyo marah. Sekadar cuma menyedapkan hati.

Maka mereka berdua kembali ke alam mimpi.

0X1=LOVESONG (I KNOW I LOVE YOU) ||Kang Taehyun||Where stories live. Discover now