PROLOG

3.7K 128 20
                                    

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Kaki diatur naik ke tingkat paling atas bangunan bookstore. Fikirannya juga saat ini terbang menerawang entah ke mana. Apa yang dia harapkan gadis pujaan hatinya akan sampai dengan kadar segera. Walaupun dia sudah mendapatkan kepastian bahawa dirinya kini sudah ditolak semasa dia confess minggu lepas namun dia masih tidak dapat menerima itu semua.

Sempat dia menghantar pesanan ringkas yang lebih berbaurkan ugutan kepada si gadis.

- Kalau Ain tak datang...abang Aiman akan pergi buat selama - lamanya...Ain jangan menyesal -

Aiman mula mendekati tebing tingkat paling atas bangunan bookstore yang sering dikunjungi dirinya dengan si gadis pujaan hatinya yang bernama Nurul Ain. Di sini lah tempat di mana dia sering menghabiskan waktu dengan si gadis apabila hendak mencari bahan untuk tugasan Universiti mereka. Dia mula berdiri di atas tebing buat seketika. Langsung tidak gentar dengan ketinggian yang agak gayat ini.

" Sini tempat yang selalu kita habiskan masa sama - sama...biar dekat sini juga tempat abang habiskan nyawa abang...Abang tak sanggup tanpa Ain..."

Seribu satu penyesalan buat Iman apabila dia tidak dapat berjumpa dengan arwah abangnya, Aiman buat kali terakhir memandangkan dia baru saja balik dari luar negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seribu satu penyesalan buat Iman apabila dia tidak dapat berjumpa dengan arwah abangnya, Aiman buat kali terakhir memandangkan dia baru saja balik dari luar negara. Kenapa abangnya membuat keputusan terburu - buru sebegini ? Kenapa abangnya harus pergi buat selamanya dengan keadaan sebegini ?

Iman hanya melutut menahan sebak di hadapan pusara arwah abangnya.

" Abang Aiman....Iman tahu abang Aiman jadi macam ni sebab perempuan tu kan ? Iman bersumpah, Iman akan balas dendam pada dia atas apa yang dah berlaku dekat abang Aiman.."

Nurul Ain. Nama itu akan mula tersimpan kemas di ingatan Muhammad Nur Iman. Dia sudah berjanji dan dia akan tunaikan janji itu. Janji untuk membalas dendam atas apa yang telah terjadi ke atas abang kesayangannya, Muhammad Nur Aiman.

" Aku akan cari budak Ain tu dan aku akan buat dia terseksa ! "

Nurul Ain atau senang dipanggil Ain mula menapak ke ruang tamu apabila anak gadis itu dipanggil oleh uminya, Maryam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nurul Ain atau senang dipanggil Ain mula menapak ke ruang tamu apabila anak gadis itu dipanggil oleh uminya, Maryam.Dia mula mengambil tempat duduk di salah satu ruang kosong sofa.

" Kenapa umi  panggil Ain ? "

Si umi mula mempamerkan senyuman lebar.

" Umi  ada berita gembira..."

" Berita gembira ? Maksud umi? "

" Minggu depan kawan umi nak datang rumah masuk meminang Ain untuk anak teruna dia..."

Ain sedikit tersentak dengan pengkhabaran tersebut.

" Anak kawan umi ? Yang mana satu ? "

" Anak aunty Nisrina. Classmate umi masa sekolah menengah dulu...kitaorang baru contact balik lepas umi pergi reunion sekolah dulu..."

" Ohh...ermm dia ada anak lelaki ? "

" Haah ya..dia ada bagitau umi hari tu yang anak dia tengah nak cari calon isteri...so umi  suggestkan anak dara umi  ni...Aunty Nisrina cakap dia nak balik tanya anak dia dulu...end up tak sangka pula yang anak teruna dia tu setuju...mungkin berkenan kot dengan anak dara umi ni...Ain kan cantik orangnya..."

" Ehh umi tunjuk gambar Ain dekat diaorang eh ? "

Maryam hanya tersengeh kecil. Itu tanda dia mengiyakan soalan Ain.

" Eee umi  ni...malu lah ain macam ni..."

" Ah tak kisah lah...yang penting Ain setuju kan dengan penjodohan ni ? "

Ain terdiam buat seketika. Dia sendiri tak pernah menyangka yang dirinya akan dijodoh - jodohkan macam ni...hmm...

" Boleh Ain nak tengok gambar anak teruna aunty Nisrina ? Ada tak umi? "

" Ohh lupa pula. Mesti lah ada nah.."

Sekeping gambar dihulurkan. Makk aiii zaman sekarang pun still bertukar - tukar gambar ke ? Orang dah teknologi forward whatsapp aje !

Lama kelamaan Ain mula menatap wajah penuh anak aunty Nisrina itu. Dia sedikit tersentak dan tergamam. Dia ?

" Handsome kan Ain ? Sesuai lah dengan Ain.." puji Maryam lagi.

" Nama dia apa umi ? "

" Iman...Muhammad Nur Iman...handsome nama dia macam tuan badan juga.."

" Iman..." gumam Ain seraya tersenyum kecil.

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Coming Soon Story
The End of 2021

Hidden Love Where stories live. Discover now