Bab 23

1.4K 79 7
                                    

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰ 


Hari ni Ain didatangi oleh tetamu.Siapa ? Siapa lagi tak lain tak bukan kalau Helena.

" Eeee tak sabarnya nak tunggu baby akak lahir..." kata Helena yang datang menjenguk Ain hari ini.

" Hahaha lambat lagi Helena..baru aje berapa bulan.."

" Yelah - yelah....by the way macam mana abang Iman layan akak sekarang okay kan ? "

Ain mengangguk sambil menguntum senyuman.

Sejak pengkhabaran Ain mengandung, Iman lah suami yang paling menjaga. Dia banyak kali pesan dekat Ain jangan buat itu dan ini. Excited sungguh Iman kali ni. Pergi kerja pun balik awal memanjang.

" Alhamdulillah...dia dah banyak sangat berubah..."

" Heee bagus lah..ermmm akak...akak tak nak terima rawatan untuk kaki akak  ? "

Ain sedikit terdiam.

" Akak tahu kan doktor cakap akak masih ada peluang untuk sembuh...tapi akak kena buat rawatan tu...untuk pulih semula.."

" Ermm yelah...nanti akak fikir ya..."

Helena mengangguk. Hmm ya Ain sebenarnya dah sedikit putus asa untuk berjalan semula tapi bila fikir - fikir balik ada baiknya juga kalau dia boleh kembali berjalan seperti sedia kala memandangkan dia bakal membesarkan anaknya suatu hari nanti. Takkan nak terus menerus duduk aje atas kerusi roda ni ?

Susahkan Iman aje nak kena jaga dia yang berkerusi roda ni lepas tu anak diaorang lagi ?


Setelah hampir beberapa jam Helena di rumah Ain maka dia perlu beransur pulang memandangkan abang Luth nya juga sudah datang menjemput.

" Kak Ain jangan buat kerja yang bukan - bukan ya ! Hati - hati....jaga diri jaga kandungan tu..." kata Helena.

Ain hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Helena ni tak habis - habis pesan macam tu. Takut sangat kalau dirinya terjadi apa - apa.

" Helena pun take care ya..ada masa datang lah lagi..."

Pin ! Pin !

Hon kereta sengaja ditekan Luthfi.

" Ish abang Luth ni sabar lah kejap ! " bebel Helena. Tak menyempat lah abang Luthfinya ni.

" Dah - dah...abang Luth dah tunggu lama tu...."

" Yelah - yelah...bye kak Ain..." Helena menyalam tangan Ain. Pipi Ain juga turut sama diciumnya.

Ya Helena sekarang dah anggap Ain macam kakak kandungnya sendiri memandangkan memang Helena tak ada kakak pun. Hmm nak tunggu abang Luthnya bawa balik kakak ipar ? Lambertt lagi !

Ain hanya menghantar kepergian Helena dengan anak matanya saja di dalam perkarangan rumah. Sempat lagi Luthfi membunyikan hon tanda dia ingin beredar dari situ.

Selepas itu Ain mula hendak beredar masuk bersama kerusi rodanya ke dalam. Baru saja beberapa tolakan kerusi roda tetiba satu kereta pula mula sampai.

Ain sedikit terpinga. Dia kenal akan kereta tersebut. Hmmm tetiba dia rasa tak sedap hati pula. Jangan lah dia buat hal lagi dekat sini. Iman pun tak balik lagi ni.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Iman agak terlewat sedikit balik hari ni disebabkan ada urusan syarikat yang harus dia selesaikan dengan kadar segera. Dia telah mengkhabarkan pada Ain tadi yang dia balik lambat melalui whatsapp. Ain pula hanya membalas ' okay ' saja.

Hidden Love Where stories live. Discover now