Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Iman baru saja sampai di rumahnya setelah penat seharian bekerja. Dia mengatur langkah naik ke biliknya apabila dia tidak nampak langsung kelibat Ain di bawah waktu itu. Sudah ditanyanya akan keberadaan Ain pada Aida. Aida mengatakan Ain ada di bilik. Tali leher dilonggarkan seketika seraya melangkah menuju ke bilik waktu itu.Perlahan - lahan pintu dikuak Iman. Kepala dijengukkan seketika mencari kelibat Ain. Mana isteri aku ni ? Sunyi aje daripada tadi ? Pandangannya mula terarah ke suatu sudut di mana Ain sedang termenung jauh duduk di atas kerusi roda sambil memandang bulan dan bintang dari balkoni bilik.
Kaki diatur perlahan apabila dia menyedari bahawa Ain langsung tidak menyedari akan kepulangannya. Sengaja ingin sergah Ain bagi dia terkejut sikit hahaha.
" Bahhhh ! "
Ain tersentak kecil. Dia pantas menoleh ke belakang.
" Eeee Iman ni...." rungut kecil Ain.
Ketawa kecil Iman dibuatnya.
" Punya termenung jauh sampai suami balik pun tak perasan eh ?"
Ain hanya tersenyum hambar.
" Sorry lah.."
" Eh jap...kenapa...dengan pipi sayang ni ?" soal Iman seraya mula menyentuh pipi Ain. Dia perasan akan lebam di pipi Ain.
Ain sedikit mengetap gigi menahan peritnya kesan tamparan tadi apabila disentuh Iman.
" Sayang..tell me what wrong with your face ?" soal Iman kedengaran risau.
Ain sedikit terdiam, namun lama kelamaan dia menggeleng kecil.
'' Tak ada apa - apa lah...Ain tak sengaja terjatuh dan terlanggar bucu meja tu tadi..."bohong Ain. Dia masih tidak mampu menceritakan apa - apa pada Iman.
"Ya Allah...lain kali hati - hati ea sayang...Ni dah letak ubat belum ? " pipi Ain diusap perlahan Iman.
Ain mengangguk kecil.
" Dah - dah Iman pergi lah mandi dulu...nanti kita dinner sama - sama.."
Iman mengangguk seraya mula beredar untuk membersihkan dirinya.
Ain hanya melihat figura Iman yang kian menghilang itu. Ya Allah berikanlah aku petunjuk untuk semua masalah yang melanda ini.
*Flashback*
" Aku nak kau minta cerai dekat Iman ! " jerkah Nisrina. Sudah lama dia tahan perasaan bengang pada Ain sejak datang tadi.
Ain pantas memandang ke arah Nisrina. Dia sedikit terpinga. Kenapa tiba - tiba aje ibu mentuanya hendak menyuruh dirinya berbuat sedemikian ?
" Apa maksud mama ni ? Kenapa Ain kena minta cerai pulak ? "
" Heyy perempuan ! Kau tak payah nak buat bodoh lagi lah...buat - buat tak faham bagai ? " mencelah Dian tiba - tiba.
" Dian jangan sibuk boleh tak ? " bidas Ain.
Pang !
Pipi yang tadi ditampar Nisrina mula ditampar oleh Dian tiba - tiba. Tersentak hebat Ain jadinya. Dia juga mula tidak sabar dengan Dian dan ingin menarik rambutnya.
Namun belum sempat Ain hendak berbuat begitu pada Dian , Nisrina mula merentap tangan Ain. Ain agak terkejut dengan tindakan Nisrina itu.
" Mama ? Kenapa mama macam ni ? Ain tak faham lah..."
YOU ARE READING
Hidden Love
Teen FictionIMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pada mulanya dia rasa akan mengecapi kebahagiaan dengan penjodohan oleh ibunya dan ibu pihak lelaki te...