Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Ain hanya tertunduk lesu menanti entah apa yang akan terjadi. Dirinya tak henti - henti berdoa akan keselamatan dia dan anak yang ada di dalam kandungan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadap segala kemungkinan yang bakal terjadi. Aku kena kuat untuk anak aku dan Iman.Tetiba kedengaran pintu stor dibuka. Ain masih menunduk,langsung tidak berminat untuk melihat siapa gerangan yang datang. Dia tahu pasti saja orang itu Fared atau Dian. Tiada yang lain lagi melainkan mereka berdua.
" Kau nak minum air ke ?" soal Fared.
Ain masih menunduk tidak mahu menyahut. Dia takut kalau itu hanya lah umpan semata - mata. Fared sedikit mendengus. Hm berlagak nak mampus kan minah ni time - time macam ni ?
" Hm tak nak sudah !" bentak Fared sedikit tercabar. Dia mula ingin melangkah pergi semula.
" Lepaskan saya Fared..."pinta Ain tiba - tiba cuba menahan langkah Fared waktu itu.
Fared menoleh.Dia melihat Ain yang juga memandang ke arahnya.
" Tolong lah...keluarkan aku dari sini....Aku merayu sangat dekat kau Fared....kalau kau tak kesian dekat aku sekalipun...tolong kesiankan anak aku...dia tak bersalah...."rayu Ain semahunya. Air matanya kembali meleleh.
Fared hanya merenung Ain saja tanpa sedikit bicara. Dia seakan memikirkan sesuatu. Lama kelamaan dia menggeleng pantas.
" Perlu ke aku lepaskan kau ? Tak ! Kau memang layak dekat sini...Kau memang patut kitaorang seksa dekat sini ! " hambur Fared. Setelah tu dia mula berlalu keluar semula dari situ.
Ain menggeleng apabila rayuannya tidak berhasil. Ya Allah kenapa susah sangat hati Fared ni nak lembut hah ? Tangan yang diikat, Ain masih memcuba untuk dibukanya namun hanya tangan yang terluka dia dapat.
Selang beberapa minit saja Fared keluar, Dian pula yang muncul kini. Ain kecut perut jadinya. Hmm kalau dengan Dian memang mati dia akan kerja kan. Pasti saja tiada belas kasihan langsung !
" Kau nak cuba lari ke hah ?"
Ain terdiam. Dia mengetap bibirnya kejap. Ya Allah lindungi aku.
Dian mula mengeluarkan sesuatu daripada belakangnya. Ain sedikit tersentak.
Kenapa ?
Kelihatan sebilah pisau tajam mula ada di pegangan tangan Dian saat ini. Dian tersenyum sinis.
" Kenapa ? Hmm takut ke ?" soal Dian kedengaran agak menakutkan.
Seketika dia mula melangkah mendekati Ain. Pisau ditangannya mula dimain mainkan ke arah Ain. Ain sedikit menggigil jadinya.
" Kau ingat semudah tu aje kau boleh hidup bahagia dengan Iman ke ? " kata Dian sinis sambil mata pisau ditekan - tekan kecil ke pipi Ain.
Ain hanya mendiamkan diri. Takut kalau dia cakap apa - apa nanti yang mencabar diri Dian boleh menyebabkan dia bertindak yang bukan - bukan pulak. Habis melayang nyawanya nanti.
" Kenapa diam ? Tak ada apa - apa nak cakap ke ? Selalu berani sangat melawan aku kan ? " teriak Dian apabila dia merasakan yang Ain hanya berlagak tenang.
Ain menggeleng kecil.
" Dian...please...jangan buat macam ni...kita boleh bincang baik - baik kan..." Ain mula cuba memujuk.
" Hahahaha " Dian tertawa mendengarkan pujukan Ain itu.
Ain hanya menahan debaran.
" Bincang baik - baik ? Kalau kita bincang baik - baik kau nak ke lepaskan Iman untuk aku hah perempuan cacat ? " teriak Dian seraya mula mencengkam pipi Ain kuat.
YOU ARE READING
Hidden Love
Teen FictionIMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pada mulanya dia rasa akan mengecapi kebahagiaan dengan penjodohan oleh ibunya dan ibu pihak lelaki te...