Bab 3

1.3K 93 13
                                    

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Ain mula beratur di barisan kaunter Tealive. Hari ni agak ramai ea orang yang beli Tealive hmm. Ahhh aku tak kesah ! Aku craving sangat dah ni Vanilla Famous Amos ni. Dia menoleh sedikit ke belakang. Hmm nampaknya aku adalah orang terakhir dan orang kesepuluh yang beratur sekarang ni. Agak - agak sempat tak ehh dapat ? Tengok - tengok nanti habis pulak.

Sejam telah berlalu dan akhirnya tibalah Ain untuk memesan air Tealive nya.

" Harga Rm 11.23 sen aje Cik..."

" Oh hah kejap ea.." tangan terus membelek beg tangan cuba mengeluarkan pursenya. Eh kenapa tak ada ?

Ain mula sedikit gelabah jadinya. Pekerja Tealive di hadapannya sudah memandang pelik.

" Ada tak Cik ? " soal pekerja Tealive lebih menambahkan rasa gelabah Ain. Aduh mati aku.nak bayar pakai apa ni ? Purse tak ada pulak.

" Errr ada...ada tapi..."

" Satu lagi Vanilla Famous Amos...saya bayarkan dengan yang ni sekali..." satu suara mula singgah dari sisi kanan Ain ketika itu.

Ain sedikit terpana apabila melihat si gerangan yang menyelit di sisinya.

Iman. Itu lah kemunculan Iman yang tidak pernah disangka hari itu.

" Kau tenung apa tu ? Tak nak masuk ke ? " kata Iman mula menghapus segala bayangan masa lalu Ain ketika itu.

" Hah ? Ohh hah ya masuk - masuk.."

Seusai meninggalkan villa selepas makan tengah hari, masing - masing mula kembali ke rumah. Ain pula telah dibawa ke rumah Iman. Iman memang ada rumah sendiri. Jadi mereka tidak perlu tinggal di mana - mana rumah family mereka berdua. Ain hanya akur tanpa banyak membantah. Yelah sekarang ni dia hanya ikut saja keputusan Iman. Iman suaminya jadi setiap tempat Iman pergi sudah seharusnya Ain juga ke situ.

" Wah cantiknya rumah awak.." Ain mula teruja apabila dia dan Iman mula menapak masuk ke dalam.

Iman terseyum bangga dalam diam. Gila tak bangga ? Dia bina rumah dua tingkat ni dengan duitnya sendiri tau hasil bekerja di syarikat papanya.

Buat seketika mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah waktu tu kelihatan agak sunyi namun tersusun rapi. Hmm mana pembantu rumah ? Takkan lah rumah besar - besar macam ni, Iman tak pakai pembantu rumah ?

" Iman ? Kita dua aje ke yang stay sini ? "

Iman berpeluk tubuh sambil memandang Ain.

" Iya lah..habistu ? Kau nak berapa orang yang stay sini ? "

" Errr tak..bukan macam tu maksud Ain...errrr tak ada pembantu rumah ke ? "

" Tak dak ! Sebelum ni aku just pakai perkhidmatan tukang bersih yang bersihkan rumah aku setiap hari sampai petang aje..." bohong Iman.

Ain terangguk kecil.

" Sekarang aku dah ada isteri enn ? Isteri aku lah yang kena uruskan semua kerja dalam rumah ni.." Iman mula bersuara lagi.

Glurp ! Nak tercekik Ain mendengarnya. Mati lah aku...

" Heh padan muka kau Ain...aku sengaja nak kenakan kau...sebenarnya memang aku ada pembantu rumah...dua orang...tapi dua - dua aku cutikan 2 bulan ! Aku nak kau yang jadi pembantu rumah aku pulak lepas ni...Kau ingat kau boleh jadi mem besar dalam rumah ni ? Hmm no way ! " monolog hati Iman sinis.

Hidden Love Where stories live. Discover now