Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Tidak lama tatapan antara Ain dan Luthfi, Ain mula menolak tubuh Luthfi jauh daripadanya. Ain mengundur ke belakang sedikit menjauh daripada Luthfi ketika itu. Semua lelaki dekat kelab ni semuanya sama ! Sengaja nak ambil kesempatan.." Ain ! "
Ain menoleh. Kelihatan Iman mula mendekati dirinya. Luthfi hanya menjadi pemerhati. Oh ni lah isteri Iman yang dia cakapkan hari tu ? Melihatkan keadaan Ain sekarang, Luthfi sudah dapat mengagak yang Red dan Kirin telah berjaya melakukan plan mereka malam ni.
" Nak pergi mana ? " soal Iman. Wajahnya sedikit marah.
" Ain nak balik ! Ain tak nak ada dekat sini lagi...Tudung dengan baju Ain dah kotor teruk ni.. " kata Ain seraya mula ingin mengatur langkahnya semula.
Zappp !
Pergelangan tangan Ain pantas ditarik Iman.
" Ya kita balik ! " putus Iman sedikit bengang.
Seketika Iman memandang Luthfi. Dia memberi isyarat mata mengatakan dirinya harus balik terlebih dahulu. Nanti tolong informkan pada Red dan Kirin.
Luthfi mengerdipkan matanya sedikit sebagai tanda mengiyakan. Itu lah kelakuan mereka setiap kali bertemu. Ada saja bahasa isyarat akan mereka gunakan. Kadang - kadang dah macam orang bisu ! Muka saja handsome tapi mulut pun susah nak guna ke ?
Seketika Luthfi hanya memandang dua figura itu berlalu. Setelah itu dia pula berlalu masuk ke dalam kelab.
Masuk - masuk saja ke dalam kereta. Ain mula memarahi Iman. Dia menghambur segala ketidakpuasannya atas apa yang telah dilakukan oleh kawan - kawan Iman tadi.
" Ain tak suka dengan kawan - kawan Iman tu. Diaorang jahat lah Iman...macam mana Iman boleh berkawan dengan orang - orang yang macam tu hah ? " bebel Ain.
" Diam ahh kau perempuan ! " bentak Iman tiba - tiba.
Ain tersentak. Iman mula menoleh memandang tajam ke arah Ain saat ini. Bingit telinganya mendengar segala bebelan Ain itu.
" Kau siapa nak tentukan aku patut kawan dengan orang yang macam mana pun ? " kata Iman mendatar.
Terdiam Ain dibuatnya. Tidak menyangka seorang Iman bukanlah orang yang tenang tapi agak baran rupanya. Kecut perut Ain dibuatnya. Ya Allah...aku betul - betul dah silap menilai Iman ke sebelum ni ?
" Diaorang tu kawan baik aku tau...aku lebih kenal diaorang lama..daripada kau....so jangan sesuka hati kau nak judge kawan - kawan aku ! " kata Iman sinis. Anak matanya mula meliar disegenap tudung dan baju Ain yang sudah kotor.
Ain mula menyilangkan tanganya apabila diperhatikan seperti itu. Hahaha dengan suami sendiri pun nak takut ke ?
" Kau tu yang buat masalah tadi kan ? Sampai kotor macam ni...childish ! " Iman mula memutar belitkan keadaan sedangkan dia sudah tahu itu memang plannya dengan Red dan Kirin.
Ain menggeleng. Kenapa pulak aku yang disalahkan ?
" Bukan Ain...tapi kawan..."
" Diam ! Jangan banyak songeh sangat ehh ! Dah tadi kau nak balik sangat kan ? Jom balik ! " kata Iman seraya memulakan pemanduannya.
Iman mula memecut laju kereta BMW nya tanpa menghiraukan Ain disebelah lagi. Dia makin bertambah menyampah dengan acara malam ini yang tidak jadi. Ikutkan dia mahu lebih lama enjoy di kelab malam itu bersama kawan - kawannya. Susah betul bila dah ada bini ni haish.
YOU ARE READING
Hidden Love
Teen FictionIMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pada mulanya dia rasa akan mengecapi kebahagiaan dengan penjodohan oleh ibunya dan ibu pihak lelaki te...