Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
" Iman ? " desis hati Ain. Bila masa dia balik ?
Iman mula melangkah mendekati Ain akhirnya. Seketika kerusi roda Ain ditarik menjauh daripada mamanya dan Dian.
" Apa yang mama dah buat ni ? Mama dah hilang akal ke ? Kenapa mama paksa Ain untuk minta cerai dengan Iman ? " bentak Iman.
Ain sedikit tersentak. Dia mula memandang Iman di sisinya itu. Mana Iman tahu pasal ni ? Takkan lah Aida dah bagitahu ? Kan aku dah suruh rahsiakan ?
" Tak Iman ! Bukan macam tu...mama buat semua ni sebab perempuan tu yang dah bunuh abang kamu Iman..."
Iman menggeleng pantas.
" Tak maa..bukan Ain yang bunuh abang Aiman...Ain tak bersalah dalam hal ni.."
" Iman...sudah lah tak payah nak back up sangat perempuan cacat tu..."mencelah Dian.
" Kau diam perempuan ! Kau jangan nak masuk campur...ni urusan aku dengan mama aku lah !"tengking Iman kepada Dian.
Dian agak terkelu dan terkedu jadinya. Iman dah mula kasar bahasa dengan dirinya.
" Hmm Iman dah tahu pasal tu...memang pada mulanya Iman pun salahkan Ain...tapi Iman silap..tuduh Ain tanpa dengar penjelasan dia dulu....Ain bukannya tak datang selamatkan abang Aiman masa tu tapi dia terlambat datang sebab selamatkan Iman dulu maa...Mama still ingatkan yang Iman excident masa hari yang sama dengan kes abang Aiman dulu tu ? "
Nisrina terkesima jadinya.
" Kalau Ain tak selamatkan Iman masa tu....mungkin mama pun takkan dapat tengok Iman berdiri dekat sini sekarang..."kata Iman sebak.
Ain juga agak tersentuh mendengarkan penjelasan Iman itu. Dia mula menyentuh tangan Iman agar dapat memberikan sedikit semangat kepada Iman ketika itu.
" Please maa ! Kalau mama still buat perangai macam ni...jangan lagi datang rumah Iman...jangan lagi paksa - paksa Ain untuk minta cerai dengan Iman...."
Nisrina masih terdiam. Dia baru tersedar akan kesilapan yang dibuatnya terhadap Ain.
" Aida ! " teriak Iman.
Aida mula berlari anak mendekati ruang tamu.
" Suruh dua orang tetamu ni keluar dari rumah saya...pesan dekat diaorang jangan berani - berani datang sini nak kacau rumah tangga saya lagi..."arah Iman tegas seraya mula menolak kerusi roda Ain berlalu dari situ untuk naik ke atas.
" Iman...mama..Iman..." Nisrina mula mengejar namun Iman hanya buat tidak peduli saja. Dia malas mahu berhadapan dengan mamanya lagi. Kali ni mamanya dah betul - betul melampau !
Dian pula hanya memandang tidak puas hati. Hmmm habis rosak plan aku ! Tak guna betul.
Hampir beberapa saat Iman dan Ain hanya mendiamkan diri di dalam bilik mereka. Iman memeluk tubuh seketika sambil duduk di birai katilnya. Mata mula merenung tajam Ain yang menunduk pandangan di hadapannya.
" Hmm kenapa benda penting macam ni kena rahsia kan pada Iman ? " soal Iman bernaca tegas.
Ain masih diam. Dia masih menunduk. Langsung tidak berani bertatapan dengan Iman waktu tu.
" Bila Iman cakap..pandang Iman.. lawa sangat ke lantai tu Ain pandang sampai Iman pun Ain tak nak pandang ? "
Perlahan - lahan Ain mula mengangkat wajahnya. Iman sedikit tersentak. Kenapa ?
YOU ARE READING
Hidden Love
Teen FictionIMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pada mulanya dia rasa akan mengecapi kebahagiaan dengan penjodohan oleh ibunya dan ibu pihak lelaki te...