Bab 10

1.6K 85 7
                                    


Hidden Love

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰ 


Kelihatan seorang lelaki sedang setia menantikan seorang gadis yang amat disukainya bersama sejambak bunga di tangan. Debar di hati terasa tanpa sedikit pun tersisa. Agak resah ingin membuat pengakuan perasaan terhadap gadis yang disukainya selama ini dalam diam.

" Abang Aiman !" suara Ain mula menyapa dari jauh. Setelah itu dia mula berlari anak ke arah Aiman.

Aiman mula menoleh. Senyuman manis dihadiahkannya kepada Ain.

" Wah ada bunga lah...untuk siapa ?" soal Ain polos sambil mata dilirik ke jambangan bunga rose dipegangan Aiman itu.

Aiman menghulurkan jambangan bunga rose itu kepada Ain.

" Untuk Ain lah.."

Ain sedikit terpinga. Hah untuk aku ? Asal pulak ?

" Ain...ada benda abang nak cakap sikit ni..."

Ain terdiam jadinya. Bunga rose yang dihulur Aiman itu masih tidak disambutnya.

" Abang sebenarnya...dah lama simpan perasaan dekat Ain...abang sayangkan Ain lebih daripada seorang kawan...ataupun seorang senior dengan junior..."luah Aiman akhirnya.

Ain tersentak hebat ketika itu. Apa ? Abang Aiman suka aku ?

" Abang harap Ain pun ada perasaan yang sama dengan abang....dan boleh terima abang sebagai...."

" Kejap...Ain...ermm Ain...just anggap abang senior Ain aje...tak lebih daripada tu pun..." pintas Ain mula cuba jujur akan perasaannya terhadap Aiman selama ni.

Aiman agak terkesima. Sudah pasti cintanya bertepuk sebelah tangan.

" Maaf abang...Ain tak boleh nak balas perasaan abang tu ya...hmm tapi kita masih boleh berkawan baik kan ? Kita masih boleh ada untuk satu sama lain...okay ?" kata Ain lalu tersenyum manis. Dia tidak mahu hubungannya dengan abang Aiman menjadi renggang disebabkan hal ini.

Aiman tertunduk buat seketika sebelum dia mula memandang Ain semula.

" Hmm baiklah kalau macam tu..abang terima.."putus Aiman.

Ain menghembus nafas lega. Maka mereka mula menjalinkan hubungan sebagai senior dan junior seperti biasa saja. Mereka tetap rapat seperti selalu. Study sama - sama. Keluar jalan sama - sama.

Namun apabila sampai suatu ketika di mana Aiman masih saja tidak mampu menghapus perasaannya dan dia mula hampir hilang kewarasannya....

Ain berlari pantas ke falkulti muzik  apabila dia mendapat mesej daripada Aiman yang menyatakan dia dalam bahaya di kawasan tersebut. Penuh rasa risau mula bertandang di hati Ain jadinya. Sesampai saja Ain waktu tu dekat kawasan yang agak sunyi di falkulti Muzik mencari kelibat Aiman tiba - tiba tidak semena - mena tubuhnya dipeluk daripada belakang.

Hidden Love Where stories live. Discover now