Bahagian 1

359 12 0
                                    

Adara. Iya. Hari ini, aku mahu bercerita mengenai Adara. Adara bukanlah orang yang bertakhta dalam hati aku. Selalu, apabila seseorang bercerita mengenai seseorang, mereka akan bercerita mengenai orang yang paling dia sayang. Tidak aku. Aku sayang orang lain. Aku mahu bercerita mengenai seseorang yang sayang aku.

Kisahnya bermula beberapa bulan selepas aku putus cinta. Pada suatu hari, waktu tengahari yang panas terik, tekak pun tengah kering meminta air sejuk. Aku baru keluar dari site, nak pergi cari makan tengahari. Ada satu dereten macam foodtruck dekat satu kawasan lebih kurang 5 minit dari tempat kerja aku. Aku pun ke situ cari makan.

Dah selesai beli nasi kukus ayam berempah, aku berjalan-jalan nak cari minuman pula. Sampai dekat foodtruck dua terakhir, ada menjual air blended. Aku dah telan air liur. Memang ngam. Tengah panas terik, dapat air blended.

Dekat foodtruck tu, ada dua pekerja, perempuan. Sementara tunggu giliran air chocolate blended aku siap, aku terdengar perbualan penjual itu, memanggil seorang lagi dengan gelaran kak. Aku buat andaian yang dorang adik beradik la. Muka pun hampir seiras.

Tengah tunggu air aku, boleh pulak si adik tu tertolak air kosong, habis tertumpah atas baju aku. Walaupun air kosong, tapi sebab air dalam cawan tu banyak lagi, memang basah la baju aku.

"Kak, sorry. Sorry kak. Alamak kak. Kejap ya,"nada si adik sudah mulai gelabah. Dia cepat-cepat ambil kain yang terdekat dan keluar dari truck dan menghampiri aku.

Dia cuba untuk lap baju aku yang dah basah. Dia mintak maaf berulang kali. Aku perasan beberapa mata sedang memerhati kejadian itu. Aku pula jadi serba salah nampak dia rasa bersalah sangat.

"It's okay. Tak pa. Bukan sengaja pun. Nanti kering la ni,"aku cuba nak tenangkan dia.

"Air akak saya bagi free ja la. Mintak maaf tau,"balas dia, lepas nampak usaha dia macam sia-sia ja. Dia berhenti mengelap.

"Eh tak apa. Saya bayar,"ujarku lagi.

"Jangan macam tu kak. On the house,"balas dia pula.

Lepas dah dipujuk, si kakak dia pun menambah. Aku pun terima la air chocolate blended free dari mereka. Baju ni, nanti kering la. Lagipun nak masuk site nanti, pakai vest, orang tak perasan sangat dah basah ni.

Kejadian air kosong tumpah itulah tempat pertama aku bertemu dengan Adara. Tapi masa tu, aku tak berkenalan lagi dengan dia. Tambah pula, sebenarnya aku tak cam pun lagi wajahnya buat kali pertama itu.

Lepas dah beli, aku duduk dekat meja yang berhampiran tempat itu. Masa tu, aku tak tahu, rupanya Adara sedang memerhati aku. Aku memang jenis forever alone makan sambil belek telefon. Mana nak tengok sekeliling.

Selanjutnya lagi, aku cerita lepas pergi tandas ya. Oh ya, sekarang aku dekat hospital. Tengah jaga orang sakit. Siapa yang sakit? Next.

ADARAWhere stories live. Discover now